Adam menunaikan solat istikarah pada tengah malam itu. Mencari petunjuk daripada Allah. Hanya itu yang mampu dia lakukan saat ini. Inginkan kepastian tentang penjodohan ini. Harap solat yang ditunaikan olehnya ini membantu sama sekali.
" Bantu aku Ya Allah..beri aku petunjuk.." desis hati Adam sebak.
Keesokan harinya Adam bersiap ke sekolah seperti biasa. Masalah - masalah juga namun pelajaran sebagai keutamaan jangan diabaikan. Dah lah tahun depan nak SPM dah.
Hari ni kelas untuk masa sebelum rehat berjalan dengan lancar. Namun selepas rehat tetiba timbul satu isu apabila tiba - tiba guru disiplin nak buat spot check sebab ada pelajar yang lapor dia kehilangan telefon bimbitnya.
Ya sekolah Smk Tunku Abdul Putra memang diberi kebenaran untuk bawa telefon bimbit cuma apabila waktu P&P saja semua telefon bimbit perlu disimpan di loker masing - masing.
Adam terasa pelik seketika. Siap pulak yang hilang phone ni ? Sebelum ni tak ada isu hilang pun ? Semua pelajar kelas 4C1 juga kelihatan tertanya - tanya antara satu sama lain.
Seketika , guru disiplin yang bernama Cikgu Kamarul dan beberapa pengawas sekolah yang telah ditugaskan memeriksa setiap satu - satu beg sekolah pelajar.
Semua beg sekolah telah digeledah oleh pengawas dan tidak menjumpai apa - apa telefon bimbit pun. Namun apabila tibanya giliran terakhir beg Damia untuk diperiksa tiba - tiba...
Ting ! Ting ! Ting !
Kedengaran ada bunyi masuk notification handphone dari dalam beg Damia.
Damia sedikit tersentak !
Seketika pengawas sekolah menyelongkar beg milik Damia dan akhirnya mereka menjumpai satu telefon bimbit berjenama Iphone 6.
" Cikgu tu telefon saya ! " kata Amanda.
Semua pelajar mula berbisik antara satu sama lain. Adam juga sedikit terkejut.
Damia menggeleng kecil. Tak mungkin ! Kenapa boleh ada dalam beg aku ?
" Damia..boleh awak jelaskan macam mana Iphone Amanda ni ada dalam beg awak ? " tanya Cikgu Kamarul tegas.
" Err..tak..bukan saya yang ambil cikgu..saya pun tak tahu macam mana Iphone tu boleh ada dalam beg saya..saya..." kata Damia gugup.
" Sudah ! Sekarang awak ikut saya jumpa dengan pengetua ! " teriak Cikgu Kamarul.
Damia dah terkejut gila. Tetiba dia memandang ke arah Adam. Cuba untuk melihat bagaimana reaksi Adam saat ini. Namun hampa , Adam sedikit pun tidak memandang ke arahnya.
Damia ! Kenapa kau masih mengharapkan dia untuk tolong lindungi kau lagi ? Berhenti berharap ! Pandang muka kau pun dia dah tak ingin lagi !
" Cepat ! Ikut saya sekarang ! "
Akhirnya Damia terpaksa akur. Matanya juga mula berkaca. Ya Allah , kenapa macam - macam dugaan yang engkau berikan kepada aku. Apa salah aku Ya Allah ?
Dalam diam Amanda dan Farah tersenyum kemenangan ! Hahahaha mati kau budak malang ! Tu lah tunjuk berani lagi dengan kitaorang ! Kau still tak tahu siapa Amanda !
********
Damia di bawa menghadap pengetua. Pengetua tidak mahu memperpanjangkan lagi masalah ini , maka Damia diberikan 2 hukuman iaitu bersihkan setiap tandas pelajar perempuan di setiap blok selama seminggu dan sebelum balik sekolah hari ini Damia di denda lari padang sebanyak 10 pusingan." Weyhh Adam..kau tak kesian ke dekat Damia ? Dia kena denda teruk kot...kau tak nak tolong dia ke ? " tanya Ikhwan di dalam kelas.
" Kenapa pulak aku nak tolong dia ? Dah dia yang cari pasal. Siapa suruh dia curi barang orang lagi ? Tanggung sendiri lah. Tak ada kena mengena dengan aku lah.." kata Adam selamba.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomantizmFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...