Jam menunjukkan pukul 2 petang ketika itu. Wafa hanya duduk bersantai di hadapan televisyen. Rumah agak sunyi ketika itu. Hmmm suami sedang bekerja. Manakala anak perempuannya ada kelas di U hari ini.
Terasa agak sunyi juga ketika itu. Setelah sekian lama dia duduk di hadapan televisyen yang hanya menyiarkan program - program tidak menarik, Wafa mula bangun seraya menutup suis televisyen.
Buat seketika dia menapak untuk naik ke tingkat atas. Ingin berehat sekejap di dalam biliknya. Makanan juga telah siap dia masak pada hari itu. Hanya menunggu kepulangan anak dan suami tercinta saja untuk makan bersama.
Wafa sampai di hadapan pintu biliknya, namun apabila dia baru saja mahu memulas tombol pintu tetiba tingkah lakunya terhenti apabila ada suara yang menegur.
" Hai wafa? "
Wafa tersentak! Pantas saja dia menoleh ke belakang. Wafa terkejut. Macam mana dia boleh masuk dalam rumah aku ni?
" Kau buat apa dekat sini? " tanya Wafa penuh debaran.
" Hmmm aku buat apa dekat sini? Hahaha salah ke aku nak melawat rumah yang bakal aku pindah nanti? "
" Apa maksud kau ni hah? " tanya Wafa mula berasa tidak selesa.
" Kau tak payah tanya apa maksud aku lah. Aku rasa kau tahu kan yang tak lama lagi aku yang akan jadi mem besar dalam rumah ni... dan aku yang akan jadi isteri kepada tuan rumah ni.. " kata orang dihadapan wafa sinis.
" Apa yang kau merepek ni? Boleh tak kau stop buat semua kerja gila ni? Jangan ganggu kebahagiaan aku! Jangan ganggu family aku.. Tolong lah... " kata Wafa hampir merayu.
Orang itu ketawa sinis jadinya.
" Kau yang rampas kebahagiaan aku wafa! Sekarang aku nak ambik balik apa yang sepatutnya jadi hak aku.. "
Wafa menggeleng.
" Sudah lah kau pergi balik lah.. " kata Wafa seraya menarik tangan orang itu lalu dibawa ke tangga rumah. Mereka sudah menuruni beberapa anak tangga.
Orang itu terikut - ikut langkah Wafa kerana Wafa menariknya agak kuat jugak.
" Kau nak halau aku? Lepaskan tangan aku lah! "
" Dah lah.. kau pergi balik lah... Jangan ganggu family aku.. " kata Wafa masih dengan kata-kata baik..
" Ahhhh aku tak nak balik! " teriak orang itu seraya menarik kuat tangannya lalu dia menolak bahu Wafa.
Wafa tidak seimbang jadinya. Seketika dia jatuh bergolek di setiap sisa anak tangga yang tinggal.
" Mama! " teriak Nadine lantas terjaga dari tidurnya.
Jantung Nadine berdegup kencang. Wajahnya juga berpeluh. Ya Allah aku mimpi apa ni? Kenapa semua tu macam petanda? Mama tengah cuba tunjuk sesuatu dekat aku ke? Selalu kalau apa yang aku mimpi tu memang betul - betul kenyataan...
Seketika Nadine memandang di sisinya. Kelihatan Adwa masih nyenyak tidur. Sikit pun tidak terkesan dengan teriakannya sebentar tadi. Letih sangat kot Adwa? Hari ni pun kelas dia padat sangat.
Tetiba terukir senyuman nipis di wajah Nadine apabila dia memerhati wajah Adwa yang sedang tidur itu. Nyaman aje muka Adwa waktu tidur ❤
***************
Adwa sedang kusyuk menyiapkan tugasan dari prof zainal di library. Haish minggu ni banyak betul benda yang dia nak kena siapkan. Hmm sampai masa dia dengan Nadine juga agak terbatas.Dah lah Nadine tu tak boleh tinggal sorang-sorang sangat. Nanti macam-macam hal yang jadi. Susah juga ya aku ni ada keistimewaan untuk lindungi orang dari hantu haish. I'm sorry Nadine. Adwa kena rushing siapkan assignment ni.
YOU ARE READING
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...