Bab 13

3.8K 369 27
                                        

Hari ni dah masuk sekolah macam biasa. Adam tak sabar nak tatap muka Damia 😂 Dia berjalan ke sekolah dengan lebih pantas hari ni. Tak macam selalu. Asyik jalan dekat belakang aje.

Sampai - sampai aje sekolah, Adam masuk dalam barisan seperti biasa. Dia tercari - cari jugak kalau ada Damia di dalam barisan. Namun masih tidak kelihatan. Mungkin hari ni Adam datang terlalu awal kot.

Dalam beberapa minit kemudian, figura Damia pun muncul. Dia memilih untuk beratur yang terakhir sekali. Maklumlah , siapa aje yang nak beratur dekat - dekat dengan dia kan ?

Adam dah nampak Damia. Terus dia ambik keputusan untuk beratur di belakang jugak even sekarang dia dah beratur di barisan tengah.

Dalam sekelip mata Adam dah beratur di sisi Damia. Ya sebab barisan lelaki dan perempuan hanya bersebelahan sahaja. Namun Damia masih tak perasan akan kehadiran Adam di sisi. Dia masih sibuk memandang ke arah kasut sekolahnya.

" Selamat pagi Damia.." ucap Adam di sebelah Damia.

Damia tersentak ! Suara ni...suara yang dah hampir 3 hari dia tak dengar. Damia lambat - lambat menoleh ke sisi.

Kelihatan Adam juga memandang ke arah Damia. Pandangan mereka bertaut seketika. Adam menghadiahkan senyuman nipis kepada Damia. Damia kaku. Tak tahu nak buat apa. Pandangannya dengan Adam juga tidak lepas...

Jantung Damia berdegup kencang. Terasa rindunya terubat. Eh rindu terubat ? Sejak bila Damia mula rindukan Adam ni ?

Bunyi microphone menyentakkan Adam dan Damia. Ya perhimpunan dah nak mula. Adam dan Damia akhirnya masing memandang ke hadapan lalu mula fokus pada perhimpunan.

Dalam setengah jam macam tu, perhimpunan tamat maka semua pelajar masuk ke kelas masing - masing.

" Bro ! Aku rindu gila kat kau dohh " kata Ikhwan lalu acah - acah usap air mata. Action lebih Ikhwan ni.

" Eleh ye ye aje kau ni...tak yah nak action lebih sangat lah " kata Adam.

Ikhwan tersengeh kepada Adam. Selepas itu dia memandang ke arah Damia pulak.

" Hah Damia ! Ni Adam dah datang hari ni. Tak ada lah nak tengok kerusi kosong lagi kan ? " usik Ikhwan.

Damia blushing ! Ya Allah malunya bila Ikhwan tegur macam tu. Adam jugak memandang Damia di meja sebelah. Kelihatan Damia hanya tertunduk - tunduk memandang meja.

" Ish kau ni Ikhwan. Jangan kacau orang pagi - pagi lah..dah buka buku tu baca lagi bagus.." kata Adam cuba menyelamatkan Damia dari terus blushing gitu.

Ikhwan menggosok belakang kepalanya yang tidak gatal lalu akur dengan kata - kata Adam.

Seketika mereka bertiga membuat hal masing - masing.

*******
Loceng rehat berbunyi. Semua pelajar menuju ke kantin untuk mengisi perut yang kekosongan. Namun Damia memilih untuk tidak ke kantin. Hari ni nenek membekalkan dia makanan dari rumah. Nenek bekalkan apa ? Nasi goreng kampung kesukaan Damia.

Damia memilih untuk duduk di astaka sekolah. Lagi pun astaka kini tak ada orang. Boleh lah Damia makan dengan tenang di sana.

Damia membuka bekal makanan yang disediakan oleh neneknya. Bau masakan neneknya menambahkan rasa lapar Damia. Lagipun semalam Damia tak makan apa - apa sebab tertidur. Pagi ni pulak dia juga tak sempat nak breakfast.

Baru sesudu Damia ingin menjamah nasi gorengnya tiba - tiba datang seseorang menepis ! Habis sudu Damia yang berisi nasi goreng itu jatuh ke lantai astaka.

Damia sedikit terkejut lalu memandang ke arah orang yang menepis itu.

" Kau buat apa kat sini ? Ni tempat kami lah ! " kata seorang pelajar senior kelas 5C1.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang