Bab 27

3.3K 336 70
                                    

Aliya sedang meluangkan masa bersama pokok - pokok kesayangannya di halaman belakang rumah. Suka benar dia dengan halaman yang telah dicipta sendiri itu. Ni lah best kalau ada halaman. Macam - macam boleh buat.

Sedang Aliya sibuk menyiram pokok - pokoknya tiba - tiba di disergah oleh Humaiera.

" Bonda ! " teriak Humaiera mengejutkan Aliya.

" Oii mak aku pokok bunga ! " melatah Aliya dibuatnya.

Humaiera ketawa terkehkeh mendengar bondanya melatah. Lawak lah bonda ni.

" Maiera sayang ! Apa ni ? Terkejut bonda tau.." bebel Aliya.

" Alalala ampun bonda beribu - ribu ampun. Sembah patik harap diampun.." kata Humaiera masih berseloroh dengan Aliya.

" Haish Maiera apa cakap macam tu ? Maiera keturunan kerabat diraja , mana boleh cakap perkataan patik macam tu..." kata Aliya.

" Err yalah bonda...maaf.."

" Hah ni ada apa kacau bonda ni ? Ni mesti nak minta sesuatu ni kan ? " teka Aliya.

Humaiera tersengih seperti kerang busuk lalu mengangguk.

" Maiera ada hal nak cakap dengan bonda.." kata Humaiera.

" Hmm baik lah. Duduk sana dulu bagi bonda habis siram pokok bunga ni dulu.." kata Aliya masih dengan pokok bungannya.

Humaiera hanya akur lalu duduk di kerusi yang telah disediakan.

Dalam beberapa minit selepas itu, Aliya mengambil tempat duduk di hadapan Humaiera setelah dia siap menyiram pokok bunganya itu.

" Hah ada apa ? Nak cakap apa dengan bonda ni ? Macam serious aje ? " kata Aliya.

" Memang serious pun bonda...ni pasal abang Adam.." kata Humaiera straight to the point.

" Pasal abang Adam ? Kenapa ? Dia gaduh kat sekolah ke apa ? " kata Aliya jauh terpesong.

Humaiera menggeleng.

" Tak ...ni pasal penjodohan abang Adam..." kata Humaiera.

" Oh penjodohan abang Adam ... ehhh bukan abang Adam dah setuju ke ? Ayahnda dah bagitahu bonda cakap abang Adam dah setuju.." kata Aliya jujur.

Humaiera sedikit tersentak ! Apa ? Ayahnda tipu bonda ke ? Patut lah bonda tak tanya langsung pasal keadaan abang Adam selepas dapat tahu pasal penjodohan ni. Apa ayahnda buat macam ni ?

" Abang Adam setuju ? Mana ada lah bonda..abang Adam kena paksa dengan ayahnda..Dia tak pernah setuju pun bonda..Hmmm Maiera kesian dengan abang Adam...dia dah ada pilihan hati sendiri lah bonda..tapi ayahnda halang sebab pilihan hati abang Adam hanya rakyat biasa...." luah Humaiera.

Aliya terdiam. Huzairie tipu aku lah ni ? Haish ada kang yang kena tidur luar nanti.

" Bonda tolong abang Adam...kesian dia..Tolong pujuk ayahnda batalkan semua penjodohan ni..tolong fikirkan macam mana perasaan abang Adam..Maiera sayang abang Adam...Maiera tak nak tengok dia terluka.." pinta Humaiera.

" Hmm baiklah nanti bonda cakap dengan ayahnda..Maiera jangan risau ea.." kata Aliya.

Maiera mengangguk untuk kesekian kali.

**********
Huzairie baru balik dari menguruskan sesuatu di luar. Balik - balik aje dia terus tuju biliknya. Sepanjang naik ke bilik , matanya tak lepas - lepas mencari kelibat isteri kesayangannya. Hmm mana Aliya ea ? Rindu lah..Cehh mengada betul !

Huzairie memulas tombol pintu biliknya lalu masuk ke dalam. Kelihatan Aliya sedang duduk di atas kerusi malas yang menghadap balkoni bilik mereka.

" Sayang..Ayie dah balik ni.." kata Huzairie manja.

Smile Again Please ?Where stories live. Discover now