Damia mendongak ke atas namun silauan dari cahaya matahari menghalang dia untuk melihat wajah si gerangan. Selepas itu si penyambut itu melindung silauan cahaya matahari itu sehingga wajahnya jelas terpapar di hadapan Damia.
Damia tersentak !
Kenapa dia ? Macam mana dia boleh ada dekat sini ? Macam mana dia boleh tahu tempat ni ? Hampir 2 minit juga mereka berposisi seperti itu. Mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Tiba - tiba Damia tersedar pantas dia menolak Adam. Adam terundur ke belakang sikit jadinya.
Setelah itu tanpa membuang masa, Damia terus berlari dari situ. Adam tak kejar. Dia hanya melihat kelibat Damia yang meninggalkannya.
" Betul lah dia lah orang yang aku nampak dekat pantai hari tu. Tak silap lagi. " desis hati Adam.
Nasib baik Adam sempat kejar Damia tadi. Sebab tu dia ternampak Damia naik tangga menuju ke rooftop sekolah.
Selepas itu dia pun mula bergerak untuk balik ke kelas. Sesampainya di kelas, kelihatan cikgu matapelajaran matematik sudah masuk. Adam mengetuk pintu lalu masuk ke dalam kelas. Nasib baik cikgu matematik tu tak tanya banyak akan dirinya yang keluar kelas agak lama. Adam berjalan menuju ke tempatnya, sempat juga dia melirih ke arah Damia yang melihat ke luar tingkap .
Sejam telah berlalu , kelas math juga hampir tamat.
" Pst..pst.." bunyi pelik seseorang dari belah kanan Adam.
Adam menoleh. Alahhh rupa - rupanya yang buat bunyi tu Ikhwan. Apa lah budak ni nak ? Adam mengangkat keningnya sedikit sebagai tanda " Apa ? " . Ya kelas math tak boleh buat bising, sebab cikgu dia agak garang jugak lah.
Seperti biasa Ikhwan tersengeh dahulu.
" Kau pergi mana tadi ? " tanya Ikhwan busy body.
" Ermmm pergi toilet " bohong Adam.
" Yelah tu toilet..lama bebenor..ceri beri ke ? " kata Ikhwan selamba.
Hah ? Ceri beri ? Binatang apa pulak tu ?
" Apa kau ceri beri? " tanya Adam semula.
" Hish anak raja ni ! Ceri beri pun tak tahu ke ? " kata Ikhwan.
Adam mengangkat bahu tanda tidak tahu.
" Ceri beri tu maksud dia cirit birit lah.." terang Ikhwan.
Adam tayang muka toya. Amboi cirit birit boleh jadi ceri beri ?
" Apa - apa aje lah kau.." kata Adam lalu kembali fokus pada soalan math yang masih tak dibuatnya lagi.
Seketika Adam melirih ke meja kirinya. Budak perempuan tu tengah menongkat dagu lalu memandang fokus kepada soalan mathnya juga barang kali.
*********
Semua pelajar telah berpusu - pusu hendak balik ke rumah. Adwa dan Humaiera telah menunggu Adam di pintu pagar utama. Namun kelibat Adam masih belum kelihatan.
" Hish abang Adwa mana abang Adam ni ? Kenapa lambat sangat ? " bebel Humaiera sambil mengibas - ngibas mukanya yang semakin merah akibat menahan cuaca panas. Ya lah dia kan putih tu yang cepat muka merah tu.
" Sabar lah Maiera. Kejap lagi abang Adam datang lah tu.." kata Adwa.
Humaiera mencebik.
Part of Adam.
" Okay bye Adam ! Aku balik dulu. " kata Ikhwan lalu cepat - cepat beredar keluar kelas. Katanya ayah dia dah tunggu lama.
Adam hanya mengangguk kecil. Kini hanya tinggal Adam dan Damia aje berdua dalam kelas. Eh kenapa Damia tak balik lagi ? Dia tak balik sebab Damia tertidur. Namun seorang kawan perempuan pun tiada yang kejutkan Damia. Adam pun pelik ! Kenapa satu kelas ni pinggirkan budak perempuan ni ? Dia ada masalah ke sampai dipinggirkan ?

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
Storie d'amoreFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...