Damia memandang sekelilingnya. Hanya tinggal dia dan hutan tebal sahaja. Mana pergi yang lain ni ? Macam mana Damia boleh terpisah dengan yang lain ?
Sebenarnya macam ni, semasa Damia dan groupnya sedang mencari kayu api tetiba abang fasi kumpulannya menyuruh mereka berpecah untuk mencari kayu api dengan lebih mudah. Maka abang fasi menyuruh dirinya mengikut abang fasi tersebut untuk mencari kayu di sebelah kanan , lagi 2 orang pelajar sebelah kiri. Abang fasi ada pesan jumpa kat tempat tadi balik dalam masa setengah jam. Tanpa berfikir panjang Damia hanya mengikut arahan dan langkah abang fasi tersebut. Namun lama kelamaan Damia baru perasan yang mereka dah terlalu jauh masuk ke dalam hutan.
Abang fasi tu pula tiba - tiba dia suruh Damia tunggu dekat situ , sebab abang Fasi tu tiba - tiba cakap nak buang air kecil. Macam - macam lah 😂
Dalam beberapa minit lepas tu abang fasi tu tak muncul - muncul dah. Kenapa abang fasi tu tak balik semula ? Dia sesat ke atau dia sengaja tinggalkan Damia ?
Langit semakin berubah warna dari cerah kini kian gelap. Damia sudah ketakutan. Dia cuba untuk mencari jalan keluar namun hampa ! Damia dah terlalu dalam tersesat.
" Adam....tolong saya...saya takut..." desis hati Damia.
Damia cuba menguatkan dirinya untuk berjalan lagi mencari jalan keluar. Namun tiba - tiba langkahnya terhenti. Kenapa terhenti ? Damia sedikit kecut perut. Kenapa time - time macam ni la benda - benda semua ni nak muncul ?
Apa yang muncul ? Kelihatan seekor ular tedung sedang berhadapan dengan Damia. Damia tergamam. Langkahnya kaku. Dia tidak tahu sama ada mahu bergerak atau hanya berdiam diri di situ sahaja...
" Ya Allah...tolong aku..." desis hati Damia. Mata Damia sedikit berkaca. Dia terlalu takut tika ini. Nyawanya hampir terancam.
Ular tedung tersebut tiba - tiba bergerak mendekati Damia. Damia pula melangkah setapak demi setapak ke belakang. Namun tiba - tiba ular tedung tersebut terus menerpa dan mematuk kaki Damia.
" Arghhhhhhhhh ! "
Prangggg ! Gelas yang dipegang oleh Tengku Safira Hazwani terlepas dan terjatuh dari genggamannya. Habis gelas tersebut pecah di atas lantai.
" Mia..." nama itu yang terpancul di bibirnya.
" Andinda kenapa ni ? " tanya Tengku Aiman Namzin.
" Mia kanda....Adinda rasa tak sedap hati....soal Mia..Rasa macam ada sesuatu yang berlaku dekat Mia.." luah Tengku Safira Hazwani.
" Tak ada la adinda...mainan perasaan sahaja tu.." pujuk Tengku Aiman Namzin.
Tetiba muncul Damian tidak disangka - sangka.
" Bonda ! Ayahnda ! " panggil Damian.
" Ada apa anaknda ? Kenapa nampak cemas sangat ni ? " tanya Tengku Aiman Namzin.
" Mia...Mia hilang dalam hutan ! "
" Apa ?! "
*************
Setelah kaki Damia dipatuk , terus ular tedung tersebut bergerak pergi entah ke mana. Damia terjatuh dan tersandar pada sebatang pokok yang agak besar di situ. Kesakitan yang teramat sangat Damia rasa kini. Tak pernah Damia rasa sesakit ini. Tubuhnya menjadi lemah. Peluh menitis di dahi Damia saat ini. Nafas Damia juga menjadi tidak teratur dibuatnya." Adam....mana awak....sa..ya..perlukan awak....to..long.. saya...." panggil Damia perlahan. Damia sudah tidak terdaya untuk menjerit lagi.
Mata Damia juga kian berat kini. Adakah begini takdir hidupnya ? Harus mati sebegnini kah dia ? Kenapa bila dia baru nak rasa bahagia bersama orang yang tersayang pasti akan ada sahaja bencana yang menimpa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...