" Kejap ...awak..budak kecil tu kan? " kata Adwa seperti teringatkan sesuatu.
Nadine menoleh ke arah Adwa. Apa maksud Adwa dengan budak kecik tu?
" Awak budak yang suka kejutkan saya kan? Pasal hantu? " kata Adwa.
Nadine tersentak ! Wait a minute ! Jangan cakap Adwa ni...
" Awak... Budak yang tolak saya dulu tu kan? " kata Nadine mendatar.
Adwa pulak yang tersentak. Haah aku yang tolak dia dulu. Sampai dahi dia ada parut kecil macam tu. Serious sebenarnya Adwa rasa bersalah jugak lah masa tu. Dia tak sengaja tolak budak kecil perempuan tu sampai dahi dia terhantuk dekat batu.
Adwa pun dah bertekad andai suatu hari nanti dia berjumpa semula dengan budak perempuan tu, dia akan minta maaf.
" Awak lah budak jahat tu kan?! " teriak Nadine mula berasa geram.
Tak sangka budak tak guna yang tolak dia tu ternyata suaminya sendiri! Hampeh betul lah...
" Errr... Saya minta maaf... Saya tak sengaja lah....Lagipun masa tu kita masih budak-budak. " jelas Adwa baik-baik.
Nadine mencebik. Dia betul-betul geram dengan Adwa saat ini. Bukan sahaja dia geram atas sebab parut yang masih berbekas di dahinya tapi ada satu lagi membuat rasa geram itu membuak- buak!
Benda apa?
Disebabkan kata - kata dia aku jadi macam sekarang ! Disebabkan kata - kata dia jadi kenyataan, sekarang aku boleh nampak semua benda - benda halus tu ! Tu semua disebabkan budak dekat depan mata aku lah yang dah besar sekarang and malangnya jadi suami aku pulak tu?
" I ' m sorry okay.. " kata Adwa lagi merayu kecil.
Nadine pantas menggeleng.
" Dah awak sambung masak ni.... Saya tak jadi nak masak untuk awak... " kata Nadine seraya berlalu pergi dari situ.
" Nadine ! Please! Forgive me? " teriak Adwa.
Namun Nadine sikit pun tak peduli dan dia cepat- cepat berlari naik ke bilik.
Adwa menghembus nafas berat. Marah betul kan dia dengan aku? Alahaiiii tak sangka pulak aku yang dia budak perempuan tu. Dah jadi isteri aku pulak tu 😂😂😂
*****************
Pintu bilik ditutup kuat. Pintu juga dikunci dari dalam. Nadine terus melangkah ke arah katil lalu menghempas tubuhnya di situ. Dia terlentang di atas katil.
" Ya Allah... Kenapa semuanya jadi macam ni? Kenapa dia juga yang jadi suami aku? " ngomel Nadine sendiri. Dia masih tak percaya.
" Hahahahahah tak sangka gila kan? Budak lelaki yang tolak kau tu suami kau yang sekarang ni? " menyampuk Nia yang tiba-tiba muncul.
Nadine sedikit tersentak lalu menoleh.
" Ish kau ni.. Suka muncul tiba-tiba hah? Boleh buat aku sakit jantung tau ! "
Nia tersengeh seperti kerang busuk.
" Hehe sorry lah... Lain kali aku bagi salam ea kalau aku muncul.. " kata Nia berseloroh.
Nadine menjeling.
" So kau nak buat apa sekarang? Mintak cerai ke? " kata Nia..
Dengar saja perkataan CERAI , automatik Nadine terduduk.
" Gila kau nak minta cerai ? Mana boleh ! " jawab Nadine pantas.
" Eh ? Kenapa pulak tak boleh ? "
ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...
