Bab 16

3.6K 372 29
                                        

Keesokan harinya datang aje sekolah, 3 triplet itu digemparkan dengan berita bahawa pelajar - pelajar yang telah mengenakan Humaiera kini sudah digantung sekolah selama sebulan. Pelajar - pelajar itu telah dikenal pasti bahawa mereka adalah senior - senior yang telah menganggu Damia tempoh hari. Senior - senior itu juga telah mengaku bahawa mereka membuat semua itu kerana tidak berpuas hati dengan Humaiera yang membela Damia tempoh hari. Hmmm tapi pelik siapa yang berjaya buat senior - senior tu ditangkap pengetua ea ?

Jeng ! Jeng ! Jeng !

Siapa lagi kalau bukan Prince Charming Humaiera lah.

Ikhwan telah merancangkan semuanya. Dia mengumpul semua bukti - bukti yang berkaitan dengan senior - senior tersebut. Hmmm namun ada sesuatu yang buat Ikhwan tertanya. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior - senior tersebut. Rasanya macam ada lagi orang yang menyuruh mereka berbuat demikian namun susah untuk disiasat oleh Ikhwan.

Hari ni semuanya berjalan dengan lancar bagi Humaiera. Dia juga dah makin membaik. Tiada apa lagi yang menganggunya. Pelajar - pelajar lain jugak tidak lagi bercakap pasal Damia. Heee Damia juga dah kembali berkawan dengannya seperti biasa begitu juga dengan abang - abangnya. Heeee ni semua berkat prince charmingnya ehhhh ?🙈

" Erm...abang Adam , abang Adwa..temankan Damia makan kejap boleh ? " kata Humaiera yang tiba - tiba bangun dengan roti dan air kotak di tangan.

" Hah ? Asal ? Maiera nak pergi mana ni ? " tanya Adwa.

" Haah..Maiera nak pergi mana ? " tanya Damia jugak.

Adam hanya mendiamkan diri.

" Ada hal sikit nak uruskan..kejap aje.." kata Humaiera.

" Sure ? Boleh sorang - sorang ni ? Nak abang Adwa temankan ? " tawar Adwa. Risau sungguh lah dia dengan adiknya ini.

Hah ? Abang Adwa nak teman ? No tak boleh ! Nanti kantoi lah..

" Eh tak payah tak payah ! Maiera okay..Maiera akan hati - hati kali ni... Okay lah Maiera pergi dulu bye ! " kata Humaiera tergopoh gapah lalu berlari kecil meninggalkan Adam,Adwa dan Damia.

Lagi lama - lama cakap dengan abangnya Adwa memang tak jadi lah kerjanya.

Adam hanya tersenyum kecil dalam diam. Dapat diduga dah dia apa yang mahu dilakukan oleh Humaiera.

*****
Tangan dikibas - kibas di hadapan wajahnya. Arghhhh panas ! Malaysia so hot ! Aduhai kenapa aku boleh terlupa ? Kenapa lah aku tak letak duit sekolah tu siap - siap dalam beg duit tadi ? Ikhwan sekarang tengah duduk seorang diri dia pondok kecil yang berhampiran dengan padang bola sekolah.

Haish careless lah kau ni Ikhwan. Dah lah botol air pun lupa nak isi. Nahhh elok lapar + dahaga.

" Ya Allah...aku mohon satu keajaiban..turunkan lah bidadari yang membawa makanan dan minuman kepada aku..." doa Ikhwan sambil menadah tangan dan memandang langit yang membiru.

Hahahaha perangai entah apa - apa lah Ikhwan ni..

Tiba - tiba dalam sekelip mata, ada seseorang meletakkan air kotak dan sebungkus roti di atas tangan Ikhwan yang ditadah tadi. Ikhwan tersentak ! Seakan - akan doanya dimakbulkan.

Seketika dia memandang ke arah seseorang itu. Kelihatan Humaiera sedang tersenyum manis kepada Ikhwan. Ikhwan sedikit terkesima. Alahaii comelnya. Senyuman paling indah yang pernah aku tengok. Ya Allah apakah ini bidadari yang kau kirimkan ?

" Makan lah roti tu...saya belikan untuk awak..sebagai ucapan terima kaseh sebab dah banyak tolong saya.." kata Humaiera.

Ikhwan terkelu. Tak tahu nak cakap apa. Time - time ni juga la nak jadi bisu pun haish ! 😥

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang