Kelas hari ni amatlah membosankan. Alahaii kenapa entah Miss Tyra hari ni ajar tak berapa nak faham. Adam sekejap memangku dagunya. Sekejap dia kacau Ikhwan kat sebelah. Hahahaha Ikhwan pulak hari ni acah - acah fokus.
" Ish kau ni Adam..jangan kacau aku boleh tak ? " bebel Ikhwan perlahan.
" Hahaha yang kau hari ni fokus sangat dalam kelas kenapa ? Kau tak rasa hari ni kelas Miss Tyra ni membosankan ke ? " kata Adam.
" Tak ada lah...Best aje..Aku kena lah fokus sebab aku nak berjaya ! Nak dapat kerja bagus ... Nanti nak sara hidup adik kau lagi...Mesti lah aku kena buat yang terbaik.." jelas Ikhwan bersemangat.
" Hahaha amboi kau...hahaha yelah..buat lah yang terbaik...buat adik aku happy...jangan sakitkan hati dia ya..." kata Adam.
" Siap boss .." kata Ikhwan sambik tabik kepada Adam.
Adam percayakan Ikhwan. Dia memang calon yang terbaik untuk Humaiera. Harap impian Ikhwan untuk berkahwin dengan Humaiera nanti menjadi kenyataan.
Sejam kemudian kelas Miss Tyra akhirnya tamat. Fuhh lega. Kalau lama lagi kelas Miss Tyra ni aku boleh jadi murung seminggu hahahaa.
" Eh Adam..aku nak pergi jumpa prof jap..." kata Ikhwan.
" Nak aku temankan ke ? " tanya Adam.
" Tak payah...aku pergi sorang aje..Ok lah aku pergi dulu tau...bye.." kata Ikhwan seraya berlalu pergi.
Seketika Adam terasa haus pulak. Hmmm malas nak pergi cafe. Pergi mesin air aje lah...
Adam menuju ke mesin air yang berdekatan. Namun hampa mesin air tu tiba - tiba rosak pulak hari ni...
" Ish time - time macam ni lah nak rosak pun..." getus hati Adam.
Selepas itu , Adam tak jadi nak beli air. Dia pun ingin berlalu dari situ namun tiba - tiba dia nampak Damia sedang study seorang diri di taman rekreasi..
" Mia...ermm aku pergi tegur dia lah..." desis hati Adam.
Baru sahaja kaki Adam ingin melangkah menuju ke Sang isteri tiba - tiba muncul Firdaus bersama air tin. Rupa - rupanya Damia tengah study dengan Firdaus. Terbantut terus Adam hendak menegur. Adam melihat dari jauh sahaja keakraban yang terjalin di antara Damia dan Firdauas.
" Hmmm Mia nampak happy bila dia bersama Firdaus..." desis hati Adam sedih.
Tidak tahan Adam melihat semua itu , Adam terus bergerak hendak menuju ke keretanya. Pedih rasa hatinya melihat keakraban di antara Damia dan Firdaus. Ingin dihalangnya mereka berkawan namun dia tahu akhirnya nanti Damia akan salahkan dirinya juga lalu menuduh yang dirinya ada hubungan dengan Sofee lagi. Adam penat nak bergaduh dengan Damia lagi. Dia mahukan kebahagiaan seperti dulu bukan pertelingkahan dan sengketa.
Adam membuka pintu kereta untuk masuk namun belum sempat Adam melangkah sebelah kaki untuk masuk ke dalam kereta tiba – tiba kepalanya dipukul kuat oleh seseorang dari belakang. Adam tersentak ! Lalu dia melorot jatuh pengsan.
************
Damia hanya mundar mandir sejak dari tadi. Hmmm dia tetiba risau dengan Adam. Kenapa Adam masih tidak balik – balik lagi ke rumah sedangkan angka sudah menunjukkan pukul 8 malam. Adam pergi mana hah ? Sikit pun tak khabarkan aku....Aku tanya Ikhwan tadi, Ikhwan cakap last dia jumpa Adam sebelum dia pergi jumpa prof. Lepastu memang dia tak nampak Adam langsung.
Seketika Humaiera turun dari tingkat atas. Dia menyapa Damia.
" Mia ? Abang Adam still tak balik lagi ke ? " tanya Humaiera.
Damia menggeleng kecil.
" Belum lagi lah Maiera...Mia call pun dia tak angkat....Apa yang dia busy sangat pun tak tahu lah...Hmmm sibuk dengan perempuan lain kot..." kata Damia sempat lagi menuduh Adam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...