Bab 55

3K 283 54
                                        


*Disuggestkan baca bab ini smbil dgr lagu hajat 2.0 hahaha sis dh letak video lagu tu kt atas ni 👆*

Adam mengikuti langkah Damia dari UITM lagi. Sedikit pun Damia tak perasan akan kehadiran Adam yang mengintipnya sejak tadi. Adam buat semua ni sebab dia risau apa - apa jadi dekat Damia. Even dia rasa agak terkilan Damia tak minta izin dia langsung nak keluar dengan Firdaus. Namun Adam rendahkan egonya demi keselamatan isteri tercinta.

Tertunggu lah Adam seorang diri di keretanya ketika Damia dan Firdaus masuk membeli buku. Selepas itu dia mengikuti Damia ke restauran pulak.

Selepas keluar dari restauran tu lah Adam mula rasa tidak sedap hati , maka dia keluar dari keretanya dan mengikut langkah Damia dalam diam untuk Damia dan Firdaus ke kereta. Sebab diaorang parking agak jauh kerana parking yang dekat semua penuh.

Namun tiba - tiba Adam dapat lihat ada 2 orang yang tidak dikenali sedang mengikuti Damia juga. Adam mula menegur 2 orang itu. Namun entah macam mana tiba - tiba 2 orang itu seperti gelisah lalu dia mengeluarkan pisau dan mula hendak berlawan dengan Adam.

Sambil Adam cuba control 2 orang itu , matanya sempat melihat yang Damia dah selamat berlalu dengan Firdaus. Mereka sikit pun tidak tahu apa yang berlaku. Sedang ralit melihat Damia beredar , Adam tak sedar yang salah seorang itu mengacukan pisau ke perutnya.

Akibat terkena pisau itu walaupun hanya sipi - sipi , kedua - dua orang itu terus berlari meninggalkan Adam. Mereka kelihatan begitu gelisah kerana lain yang mereka target , lain yang terkena pisau itu.

Begitulah ceritanya bagaimana Adam boleh terkena pisau itu. Hmmm betapa baiknya Adam menjadi penyelamat Damia dalam diam. Even dirinya sendiri yang terluka pun dia tak kesah , asalkan dia dapat menjaga Damia.

Tok ! Tok !

Pintu bilik tetamu yang sedang didiami Adam dari semalam diketuk pagi itu. Adam terjaga dari tidurnya. Dia rasa lemah sangat - sangat. Mulutnya juga pucat lesi. Adam bangun seketika dan cuba gagah melangkah untuk membuka pintu.

Buka - buka sahaja pintu bilik , terpampang wajah adiknya Humaiera.

" Abang Adam ? Kenapa tidur sini ? Pastu tak keluar bilik dari semalam pulak tu ? " tanya Humaiera risau. Ya well adik kembar mesti akan rasa apa - apa yang berlaku terhadap kembarnya.

Dilihat Humaiera abang Adamnya begitu tidak bermaya. Muka abangnya pucat gila ! Kenapa dengan abang Adam ni ?

" Mia...mana ? " itu perkara pertama yang ditanya Adam. Sakit - sakit pun masih tak habis fikirkan Damia.

" Mia ? Oh Mia dia pergi kelas...hari ni dia ada kelas..." jawab Humaiera.

" Maiera tak pergi kelas ? "

" Oh tak Maiera...tak ambil kelas yang Mia ambik tu..." kata Humaiera.

Adam mengangguk lemah. Tetiba Adam seakan - akan hendak terjatuh pada Humaiera. Humaiera terkejut lantas menyambut tubuh abangnya. Seketika Adam melorot jatuh di atas lantai dengan Humaiera.

" Abang ! Kenapa ni ? " tanya Humaiera cemas.

Adam tidak bermaya lagi hendak menjawab. Seketika kelihatan cecair berwarna merah mula meresap pada baju Adam. Membuntang mata Humaiera melihat itu , lantas dia menyelak baju abangnya di bahagian perut. Humaiera tersentak hebat dibuatnya.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang