Nadine terduduk sendirian di luar rumahnya. Menghirup udara segar petang itu. Dulu petang- petang macam ni mama selalu lepak sama - sama dengan aku. Sekarang ni ? Lepak sorang aje lah yang mampu.
Sedang leka Nadine merenung ke suatu sudut tetiba datang seseorang menganggu ketenangan Nadine ketika itu.
" Hoiii budak ! " teriak Batrisya.
Nadine tidak menoleh. Hmmm malas nak layan. Bukannya dia tak tahu tu siapa. Kakak tirinya a.k.a Batrisya atau digelar Trisya.
" Kau buat pekak ea aku panggil kau ni ! " jerkah Batrisya lalu menunjal kepala Nadine.
Nadine pantas menoleh lalu bangun dan memandang tajam ke arah Batrisya. Hish dua beranak ni sama aje ! Suka main kepala aku kenapa entah ? Kalau aku bodoh macam mana ?
" Kakak nak apa ? Jangan kacau Nad boleh tak ? " balas Nadine.
" Ewah - ewah dah pandai melawan ye kau ni ? Mentang - mentang dah kahwin dengan anak raja nak berlagak dengan aku ya ? " kata Batrisya sinis.
Nadine diam jadinya.
" Untung kau kan ? Mama kau dah mati pun still tinggalkan wasiat suruh kau kahwin dengan anak raja ? Hebat ! " kata Batrisya sambil bertepuk tangan.
" Kakak jangan libatkan mama Nad dalam hal ni.." kata Nadine tidak suka kalau arwah mama masih dilibatkan dengan hal sebegini.
" Hahahaha kenapa ? Tak suka ? Ada aku kesah ? Kau dengar sini ea Nad , kau tu tak layak dapat semua ni ! Anak raja tu tak layak kahwin dengan kau ! Dia layak kahwin orang macam aku ni . Lagipun kau ingat anak raja macam si Adwa tu berselera ke dengan kau ? " kata Batrisya sinis.
" Cukup kak ! Jangan kakak nak libatkan Adwa pulak dalam hal ni. Kakak siapa yang nak tentukan siapa yang lebih layak nak kahwin dengan anak raja ? Semua ni takdir Allah. Jodoh Nad dengan Adwa semuanya Allah yang tentukan. Lagi satu tolong lah jangan cakap yang bukan - bukan tentang Adwa..." hambur Nadine. Kalau dengan Batrisya memang dia berani sikit berbanding dengan ibu tirinya.
Batrisya tersenyum sinis setelah mendegarkan kata - kata dari Nadine.
" Aku bukan cakap kosong tapi aku ada bukti..."
" Bukti ? Bukti apa ? "
Seketika Batrisya dengan senang hati menayangkan phone miliknya di hadapan Nadine. Ada video yang dirakam dimainkan oleh Batrisya.
Nadine melihat video itu semua. Nadine tersentak !
" Puas hati kau ? Hahahaha see dia tak berselera dengan kau ! Tapi dengan aku. Kalau lah dia ni baik sangat takkan lah dia ambik kesempatan peluk aku time aku tengah mabuk kan ? " kata Batrisya sinis.
Ya Arini yang merakam semua adegan malam itu. Dia memang dah plan semua ni pun. Dia memang nak rosakkan hubungan Adwa dan Nadine. Dia bukannya setuju sangat pun dengan perkahwinan wasiat ni semua.
" So kau dah boleh fikir sekarang kot , sama ada nak teruskan dengan perkahwinan yang tak ikhlas ni atau hentikan semua perkahwinan yang sia - sia ni ? Semua pilihan ada di tangan kau..." kata Batrisya.
Nadine terdiam jadinya. Fikirannya berserabut tika ini. Terngiang - ngiang kembali kata - kata Adwa.
" Errrr saya tengah cu..cuba jugak lah ni...Lagipun kita suami isteri kan ? Memang kena ada perasaan tu semua....Sebab kita bukan nak hidup bersama untuk beberapa bulan aje tapi untuk selama - lamanya.."
ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...
