Special Edition ( Part 19 )

2.8K 250 41
                                        

Adwa terjaga dari tidurnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Adwa terjaga dari tidurnya. Dia menoleh ke sisi. Kosong.  Hanya ruang kosong yang menemaninya sejak semalam. Mana taknya, dah Nadine teman ibu Nia dekat hospital.

Alahai nasib badan tidur sorang-sorang. Seketika Adwa memandang jam tidur yang terletak elok di meja sisi katil. Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Alhamdulillah nasib baik tak terlepas solat subuh.

Seketika Adwa bangun sambil merenggangkan tubuh badannya. Selepas itu dia mencapai tuala mandi lalu bergerak menuju ke toilet. Nak siap - siap untuk solat Subuh dulu. Hmm hari ni solat sorang-sorang lah nampaknya. Kalau tak berjemaah dengan Nadine.

Beberapa minit kemudian Adwa selesai solat Subuh. Diakhirinya dengan sedikit doa.

" Ya Allah.. ya tuhan ku... berikan lah kesihatan yang baik buat ayahnda, bonda, ahli keluarga ku... dan juga isteriku... Ya Allah ya tuhan ku.. engkau lindungi lah mereka di mana saja mereka berada... Engkau tambahkan lah kebahagian buat keluargaku Ya Allah... Ya Allah engkau akhiri lah segala kesedihan dan penderitaan isteriku... engkau permudahkan lah segala urusannya.. Aku mohon Ya Allah.. engkau makbulkan lah doaku ini... Amin.... Amin rabal alamin.. " ucap Adwa tulus di dalam setiap doanya itu. Semua doanya hanya terucap buat orang-orang yang dia sayang sehinggakan dirinya sedikit pun tidak diucap.

Setelah selesai solat, Adwa mendekati katil lalu mengambil telefon bimbitnya. Dia ingin menelefon Nadine untuk bertanya akan keadaan di sana.

Nombor telefon Nadine di dail Adwa. Beberapa saat kemudian, panggilan di angkat.

" Hello Assalamualaikum... sayang... " panggil Adwa.

" Hello waalaikumusalam habib... "

" Sayang macam mana? Okay ke kat sana? "

" Ya.... okay aje.. cuma keadaan Nia tak menentu lah sekarang... "kata Nadine sedikit sedih di hujung talian.

" Oh hmmm tak apa... kita doakan untuk Nia ya.. semoga cepat sedar.. "

" Hmm ya.. oh by the way... hari ni saya tak masuk class tau.. errrr maybe saya akan temankan ibu sampai petang... hah awak okay kan? " kata Nadine.

Adwa mengetap bibir sedikit. Hmm alone lagi aku! 

" Habib? " soal Nadine setelah Adwa hanya mendiamkan diri di hujung talian. 

" Err hah.. ya tak apa lah... sayang temankan lah ibu... ibu perlukan sayang sekarang kan... Habib okay aje.. janji sayang happy aje... " kata Adwa cuba beriak bersahaja. Actually dia sedikit kecewa.

" Hee thanks habib sebab faham Nadine.. Okay lah habib... Nad kena pergi tengok ibu dulu ni... bye... take care.. Assalamualaikum... " kata Nadine seraya menamatkan panggilan.

Tut.....

Adwa sedikit tersentak. Macam tu aje dia putuskan panggilan? Wehhh dia tak cakap pun yang dia rindukan aku? Ohhh sadisnya. Tak tanya ke suaminya ni dah makan ke apa ke? Alahaiii..

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang