Bab 51

2.8K 284 14
                                        

Adam mundar mandir di hadapan biliknya. Sedang menunggu doktor yang memeriksa Damia di dalam. Hati Adam tidak tenteram jadinya kini. Betul lah tadi hatinya kuat mengatakan yang Damia dalam bahaya. Tak dapat bayangkan sekiranya dia terlambat tadi. Masa sampai kat kolam tadi pun , Adam dah nampak yang Damia terapung - apung di dalam kolam. Adam memang tak fikir apa dah. Dia terus terjun ke dalam kolam untuk selamatkan Damia. Majlis juga sudah ditamatkan. Kini hanya tinggal ahli keluarga kerabat yang rapat sahaja masih menunggu keadaan Damia.

" Hmmm macam mana Damia boleh terjatuh dalam kolam ? " desis hati Adam.

" Lydia ! " teriak bonda Hazwani tiba - tiba.

Adam menoleh ke arah bonda mentuanya itu.

" Ni semua mesti kerja kau kan ! Kenapa ? Kenapa kau nak bunuh sangat anak aku hah ?! " kata Hazwani marah.

Adam sedikit terkejut. Apa ? Kenapa bonda mentuanya tiba - tiba menuduh kemalangan yang terjadi ke atas Damia ini kepada bonda Lydia ?

" Apa yang kau merepek ni Hazwani ? Aku nak bunuh Damia ? Heyyyy...kau yang buat semua ni kan ? Dari dulu lagi kau memang nak bunuh Damia ! Sebab tu kau hantar dia dari kecil dekat orang upahan tu...Sebab apa ? Sebab kau takut kalau kau tak boleh nak control rasa ingin bunuh anak sendiri kan ? " balas Lydia tidak mahu mengalah.

Adam lagi tersentak ! Apa ? Bonda nak bunuh anak sendiri ?

" Cukup ! Lydia ! Hazwani ! " teriak Tengku Aiman Namzin menghentikan pergaduhan yang terjadi di antara Lydia dan Hazwani.

Ya Lydia dan Hazwani memang tak pernah sehaluan sejak dari dulu lagi. Berlaku bermacam - macam konflik di antara mereka berdua ini.

" Kamu berdua ni tak habis - habis nak tuduh antara satu sama lain ! Sepatutnya kita berdoa agar Damia baik - baik sahaja ! " kata Tengku Aiman Namzin.

Terdiam jadinya bonda Lydia dan bonda Hazwani. Adam pula hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu menahu apa yang terjadi sekarang. Yalah dia kan orang baru dalam keluarga ni..Hmm rupa - rupanya keluarga ni tak seharmoni yang Adam sangka. Tiba - tiba bahu Adam di tepuk - tepuk oleh Damian.

" Kau jangan layan sangat drama yang tengah berlaku ni...Semua ni memang selalu berlaku sejak dulu lagi...Aku dah lali lah dengan semua ni...Satu aje aku nak pesan...jangan pernah percayakan sesiapa pun dalam keluarga ni.." kata Damian serious.

Adam merasa berdebar - debar jadinya. Mendalam betul kata - kata abang Damian. Tak pernah dia dengar kata - kata yang seserious tu dari mulut abang iparnya itu.

Seketika doktor peribadi keluarga Tengku Aiman Namzin pun keluar.

" Doktor ? Macam mana dengan keadaan Mia ? " tanya Tengku Aiman.

" Alhamdulillah..dia okay...tak ada kecederaan yang teruk pun...nasib baik Tengku Adam cepat - cepat selamatkan dia...kalau tak paru - paru dia boleh masuk air dengan banyak sekali dan dia akan menanggung risiko yang amat besar...." jelas doktor..

Adam meraup wajahnya lega mendengarkan kata - kata doktor. Alhamdulillah Damia selamat.

" Doktor boleh saya berjumpa dengan anak saya ? " tanya Hazwani.

" Boleh tu boleh tapi...tadi sebelum saya keluar , Damia ada berpesan...yang dia tak nak jumpa sesiapa dulu dan dia hanya minta bonda Lydia yang temankan dia..." kata doktor menyampai pesan Damia.

Hazwani tersentak ! Begitu juga Adam. Seketika Lydia berselisih dengan Hazwani untuk masuk ke dalam bilik Damia dan dia sempat berbisik di telinga Hazwani.

" See ? Anak kau sendiri lebih memilih aku dari bonda kandung dia sendiri..." kata Lydia.

Hazwani tersentak ! Selepas sahaja Lydia masuk ke dalam. Hazwani terus beredar dari situ.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang