Cukup 1 semester Adam dan Damia belajar di UITM. Kini mereka telah masuk ke semester 2. Yess ! Boleh lah Adam dan Damia tinggal bersama. Heee Adam nak cuba tanya ayahnda lah boleh tak kalau dia nak tinggal di luar dengan Damia. Habistu Ikhwan macam mana ? Takkan nak dibiarkan tinggal seorang diri di hostel ? Hmm nampaknya macam tu lah kot tak pun mungkin Ikhwan akan mencari rumah sewa yang terdekat. Cuma Humaiera la yang akan ikut tinggal bersama mereka.Hujung minggu ni, bonda dan ayahnda mentuanya menyuruh mereka balik ke rumah. Katanya ada majlis kecil yang dibuat. Dengar kata majlis pertunangan Abang Damian. Hahahah akhirnya bertunang juga abang ipar aku tu. Tak sabar nak tengok calon dia siapa….
“ Mia…jangan lupa ea hujung minggu ni kita kena balik rumah bonda ngan ayahnda…” kata Adam mengingatkan Damia.
“ Cherating ke ? “
“ Apa pulak Cherating ? KL lah….abang awak kan nak bertunang…alahai lupa ke ? “ kata Adam.
Damia mengangguk kecil…Selepas itu dia mengeluh kecil.
“ Kenapa ni sayang ? “ tanya Adam setelah melihatkan riaksi Damia seperti itu.
“ Balik KL ea ? “ ulang Damia.
Adam mengangguk kecil. Oh okay Adam dah faham sekarang…Patut lah, Damia memang tak berapa suka balik ke rumah bonda mentuanya. Hmm Adam masih tak habis fikir, kenapa Damia terlalu tak sukakan bondanya sendiri. Hmm Adam sendiri pun tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni.
" Mia...jangan mengelak dari bonda lagi boleh tak ? " pinta Adam.
" Hmmm..."
" Dia bonda kandung Mia tahu ? Okay lah Adam tak tahu apa yang terjadi di antara Mia dengan bonda tapi benda yang lepas tu lepas lah..Jangan Mia berdendam dengan bonda Mia sendiri..." nasihat Adam.
" Hmm tengok lah macam mana nanti.." kata Damia.
Adam hanya menggeleng kecil. Hailahh Damia...
Tibanya hujung minggu, Adam dan Damia balik ke rumah besar Tengku Aiman Namzin. Rumah bonda dan ayahda mentua Adam nampaknya sudah dibuat persiapan. Ya lah kan esok dah nak start majlis pertunangan tu. Majlis akan di adakan pada waktu malam.
" Yooo..bro...apa khabar ? Sihat ? How relay dengan adik aku okay ? " sapa Damian lalu memaut bahu Adam.
" Err hah ? Hah ya khabar baik...okay aje..." kata Adam.
" Hah bgus - bagus.."
" Abang Damian...pulak apa cer ? Tiba - tiba aje bertunang ni ? " kata Adam.
" Hmmm semua ni atas permintaan ayahnda dengan bonda mentua kau tu lah...Tak pasal - pasal aku dijodohkan dengan anak kawan ayahnda..tapi kebetulan nasib baik sangat lah.." bebel Damian.
" Kebetulan nasib baik sangatlah apa ? " tanya Adam.
" Anak kawan ayahnda tu...first love aku masa kecik - kecik dulu....hahaha nice kan ? " bisik Damian.
Adam tersenyum senget. Hahahaha untung lah abang Damian ni dapat kahwin dengan first love dia masa kecik. Hahahaha patut lah tak banyak membantah kali ni.
" By the way...semalam kau tengok bola tak ? " tanya abang Damian mengubah topik tiba - tiba.
" Tak...tak keluar lepak mamak pun semalam hahah..." balas Adam. Well hostel mana ada tv pun.
" Nasib kau tak tengok..abang menyesal dho tengok..."
" Kenapa ? Kalah ke ? Siapa ? Malaysia ? " kata Adam. Ya dia tahu semalam adalah perlawanan bola di antara Malaysia dengan Vietnam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...