Damia dan Humaiera bergerak bersama – sama menuju ke dewan kuliah. Kejap aje dah sebulan mereka study dekat UITM ni. Damia dan Humaiera masing – masing suka dengan course yang diorang ambik ni. Hee macam-macam jenis pastri yang dapat diorang belajar.
Setibanya di pintu dewan kuliah, tak disangka – sangka Damia bertembung dengan seseorang.
" Damia ?"
Damia sedikit terkejut. Hah ? Dia study sini juga ? Tak pernah pulak nampak masa first day study sini.
" Firdaus ? Awak study sini jugak ? "
Firdaus mengangguk laju.
" Haah. Saya second intake dekat UITM....course seni pastri..." jelas Firdaus.
" Eh sama dengan kitaorang la kalau macam tu..First day ke ni ? " mencelah Humaiera.
" Wahhh sekelas lagi lah kita ya Damia ? Haah first day. " kata Firdaus teruja.
Damia hanya mengangguk kecil. Seketika Damia berasa sedikit terkedu. Hmm apa reaksi Adam ea kalau dia tahu Firdaus study sini jugak ? Satu course dengan aku pulak tu ?
" Ehh Mia jom masuk..kita tercegat dekat sini kenapa hahah " kata Humaiera lalu menarik tangan Damia.
Seketika Firdaus hanya membuntuti langkah dua gadis itu.
Mereka mencari tempat di bahagian tengah sedikit. Kelas hari ni adalah subjek Bahasa Inggeris. Tak ramai sangat budak pastri ambik subjek ni. Damia sedikit kekok jadinya apabila dia duduk bersebelahan dengan Firdaus dan di antara Humaiera. Hmmm memang lah Firdaus ni kawan dia tapi dah berapa bulan mereka tidak bertemu dan bersua muka. So jadi akward lah alahaii.
" Damia.." panggil Firdaus perlahan menyentakkan lamunan Damia seketika.
" Err hah ? " berpaling seketika Damia kea rah Firdaus.
" Nanti boleh la awak bawa saya melawat tempat-tempat kat sekitar U ni ea ? " kata Firdaus.
" Err ya..boleh.." jawab Damia acuh tak acuh.
Haish kau ni Damia. Tak baik lah layan Firdaus acuh tak acuh. Dia kawan kau kan ? Yang paling penting dia adik arwah Fir...Mesti Fir pun tak suka kau layan adik dia macam tu. Seketika Damia menghapus segala fikiran buruk dan cuba selesakan diri semula dengan Firdaus.
***********
Tengah – tengah Adam dan Ikhwan melepak dekat cafe tiba – tiba mereka berdua disergah oleh Humaiera.
" Bahhh ! "
" Oh mak aku nak kahwin empat ! " melatah Ikhwan.
Adam hanya beriak biasa. Humaiera sudah bercekak pinggang dan memandang tajam ke arah Ikhwan.
" Hah ? Apa ? Nak kahwin empat ?! " teriak Humaiera.
" Eh tak lah mana ada...siapa tu yang cakap nak kahwin empat ? Kau ke Adam ? " nafi Ikhwan seraya melemparkan tuduhan kepada Adam pulak.
" Please ea jangan nak libatkan aku pulak...." Balas Adam. Seketika matanya memerhati sekeliling seperti mencari sesuatu. Hmm mana pujaan hatinya ? Kenapa Humaiera seorang diri sahaja ?
Seketika Humaiera menarik kerusi kosong di situ.
" Berani lah nak kahwin empat...Maiera suruh ayahnda pancung kepala Ikhwan kang ! " ugut Humaiera.
Glurpp ! Ikhwan tertelan air liur sendiri. Perit dho !
" Hahahaha taka da lah angel....Ikhwan takkan mendua , mentiga dan menempatkan angel Ikhwan ni..." kata manis Ikhwan.
![](https://img.wattpad.com/cover/151203713-288-k713908.jpg)
YOU ARE READING
Smile Again Please ?
RomantikFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...