Special Edition ( Part 2 )

2.9K 260 33
                                        

Jam ditangan dilirih. Hmmm mana lah bas ni pun. Asal lah lambat sangat ? Aku dah lah ada kelas pukul 8.15 ni.

Hmmm tak pasal - pasal aku bangun lewat disebabkan tak boleh nak lelapkan mata semalam. Ni semua pasal cerita mengarut Noah lah..Sampai kan aku tak boleh tidur sebab fikirkan tentang deria rasa keenam tu..

Dah tu Noah dengan Syafawi pulak sengaja tak kejutkan aku pergi kelas. Tak gunee punya kawan !

Sedang Adwa mengomel sendiri di dalam hati , tiba - tiba suara seseorang itu menarik perhatiannya.

" Ish jangan kacau aku lah..." kata Nadine yang baru sampai di bas stop.

Adwa melirih sedikit ke arah empunya suara. Hmm ? Pelik ! Dia cakap dengan siapa ? Yelah bila Adwa melirih tadi , tak ada sesiapa pun di situ selain dia dengan perempuan tu.

" Ye nanti aku tolong lah...tapi sekarang kau blah dulu..." kata Nadine. Tidak sedar akan dirinya yang diperhati Adwa dari tadi.

" Dah kenapa dengan dia ni ? Gila ke ? Cakap sorang-sorang ? " desis hati Adwa.

Gadis yang berhoodie hitam itu dipandang penuh rasa aneh oleh Adwa.

Selepas itu tiba - tiba Nadine memandang ke arah Adwa. Akhirnya pandangan mereka berdua bertaut.

" Apa pandang - pandang ? " kata Nadine agak kasar.

Adwa terus memandang ke arah lain. Sikit pun tidak melawan akan kata - kata Nadine yang kedengaran agak kasar itu. Hmm malas nak layan. Kalau dia betul - betul gila kang tak pasal - pasal aku kena terkam pulak.

Beberapa saat selepas itu , bas pun tiba. Tanpa membuang masa lagi , Adwa cepat - cepat masuk ke dalam bas tersebut.

Namun siapa sangka yang Nadine juga sedang tunggu bas yang sama. Dia juga masuk ke dalam bas tersebut.

Adwa dan Nadine masing- masing mengambil tempat. Tetapi agak malang bila semua seat penuh dan hanya tinggal 2 seat saja. Sebelah menyebelah pulak tu. Alahaiii apa malang nasib aku duduk sebelah orang tak betul pulak.

Wajah penuh Nadine tak dapat dilihat oleh Adwa. Hal ini disebabkan Nadine memakai topi hoodienya. Namun hanya satu yang Adwa pasti. Gadis di sebelahnya seorang yang free hair.

Kelihatan Nadine menyumbat ear phonenya di telinganya. Ya lah kalau dia tak buat macam ni , benda - benda halus tu akan terus a berbisik di telinganya.Rimas.Boleh gila jadinya.

5 minit kemudian , Nadine terleka mendengar lagu sampaikan tak tersedar yang dia sudah sampai dekat U.

Adwa pulak jadi tak senang duduk dibuatnya. Dah la dia dh lewat nak masuk kelas ni. Sekarang ni nak turun bas pun masalah bila dia duduk di sebelah tingkap..Haish minah ni pun tak reti - reti nak kasi laluan kat aku ke ? Jangan lah kejam sangat ! Aku nangis kat sini juga kang !

Nadine masih berkeras di tempat duduknya.

" Ehem - ehem..." berdehem kuat Adwa.

Nadine sedikit tersentak lalu tersedar akan orang sebelah yang dah nak bangun. Seketika Nadine memandang sekeliling. Oh dah sampai U. Dia pun nak turun sini jugak.

Dengan selamba Nadine juga bangun lalu beredar. Adwa sedikit terpinga. What? Dia study sini jugak ke ? Aku tak pernah nampak dia pun sebelum ni ?

Adwa turut mengatur langkah. Sepanjang turun dari bas , dia bukannya melangkah untuk ke kelasnya namun dia mengatur langkah mengikuti setiap langkah Nadine tanpa Nadine sedar.

Entah macam ada satu aura yang membuatkan Adwa ingin mengikuti langkah gadis di hadapannya itu.

" Adwa ! " sapa Noah dan Syafawi tiba - tiba mengalih perhatian Adwa dari Nadine.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang