"Papa nak kahwin dengan Aunty Rina.." ujar Encik Aril tiba-tiba semasa mereka berdua sedang melayan drama pada petang itu.
"What,papa?Papa apa ni?Papa dah tak sayangkan arwah mama ke?" kata Ayla Ayuni sambil memandang geram ke arah papanya.
"Ayla,Aunty Rina tu baik lah.."
"Memang lah Aunty Rina tu baik.Bila masa pula Ayla cakap Aunty Rina tu jahat?Tapi perlu ke papa jadikan Aunty Rina isteri papa?"
"Ayla,look at me.I love you so much.Papa nak Ayla rasa kasih sayang seorang mama.."
"Cukuplah Ayla ada papa.."
"Ayla,papa buat semua ni untuk Ayla,sayang.."
"Papa,Ayla pergi dulu lah.Dah lewat ni.." ujar Ayla Ayuni sambil memandang jam di telefon kesayangan.
Dia sudah berjanji dengan sahabat-sahabatnya mahu bertemu petang itu di taman.
"Jangan balik lewat sangat.." pesan Encik Aril.
Ayla Ayuni menyalam tangan papanya.
Dia berlalu ke taman permainan seperti mana dia dan gengnya janji untuk bertemu.
Kelihatan sahabat-sahabatnya terlebih dahulu sampai di taman itu.
"Sorry,guys.I'm late.." ujar Ayla Ayuni serba salah.
"Ni lambat sangat.Kau pergi mana?" kata Putri Amyra tidak puas hati.
"Aku ada hal tadi.."
"Hal apa?" soal Nasya Eleena pula.
"Papa aku.."
"What's wrong with your dad?" kata Hanees Hafeera pula.
"Papa aku nak kahwin.."
"Hah?!"
Terkejut mereka bertiga.
"Kalau ye pun slow lah sikit jerit tu.Malu aku.." kata Ayla Ayuni sambil matanya meliar memandang sekeliling.
Takut jika ada orang yang dengar cerita itu.Malu dia nanti.
"Papa kau meroyan erk?" kata Nasya Eleena sambil tersengih kecil.
"I don't know.."
"Siapa bakal mak tiri kau tu?" soal Putri Amyra ingin tahu.
"Aunty Rina.."
"Aunty Rina?Mama kepada KP kita tu?" kata Hanees Hafeera nyata terkejut dengan jawapan dari Ayla Ayuni.
"Tu lah masalah dia.Aku tak nak wehh.."
"Cuba korang bayangkan Ayla dengan Azrif jadi adik beradik tiri.." kata Nasya Eleena yang tersenyum-senyum sambil membayangkan sahabatnya dan ketua pengawas sekolah mereka menjadi adik beradik.
Mesti comel!
Nasya Eleena dan Hanees Hafeera juga turut begitu.Tersengih-sengih mereka.Ayla Ayuni sudah memandang geram melihat sahabat-sahabatnya sebegitu.
"Aku serius lah!Jangan lah main-main!" marah Ayla Ayuni.
"Okay,sorry.Aku gurau je.."
Nasya Eleena mempamirkan muka bersalah.
"Eh,tak sangka jumpa kat sini.." ujar Azrif Ayril yang tiba-tiba muncul bersama gengnya.
Ayla Ayuni mengangkat mukanya.Dipandangnya wajah lelaki itu.
"Pahal pandang aku macam tu?" kata Ayla Ayuni tidak berpuas hati dengan pandangan lelaki itu.
"Aku pandang pun salah ke?"
"Jom guys blah.." ajak Ayla Ayuni.
Ayla Ayuni dan gengnya berlalu dari situ.Azrif Ayril dan gengnya juga turut beredar dari situ.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...