part 26

17.4K 548 7
                                    

Hari kedua kem

"Okay,pagi ni kita akan adakan ice breaking untuk bentuk kumpulan sepanjang kita berada di sini.." ujar Encik Hamidi.

12 kumpulan sudah terbentuk.Mereka duduk dalam bulatan.

"Okay,semua dah ada kumpulan.Jadi tunjukkan kerjasama dalam pasukan kamu semua ye.Aktiviti kita hari ni ialah dimulakan dengan senamrobik.Lepas tu kita akan main explorace.."

Setelah bersenamrobik,mereka diarahkan untuk melakukan aktiviti seterusnya.

"Okay,permainan ni ada 12 station yang kamu semua akan pergi.Saya harap kamu semua takkan berpecah.Ketua kumpulan pastikan ahli kamu semua cukup.Kumpulan mana yang sampai dulu dikira menang.."

Kumpulan 6

"Okay,jom gerak.." arah Azrif Ayril selaku ketua kumpulan 6.

Setelah lama berjalan,Ryana tiba-tiba berkata.

"Rif,kaki aku sakit lah.Kita berhenti jap.."

"Mana boleh.Nanti kita kalah lah.." ujar Ayla Ayuni.

"Okay,kita rehat jap.Pastu kita sambung balik.." kata Azrif Ayril.

'Ishh,pompuan ni.Menyusahkan orang betul..' getus hati Ayla Ayuni.

"Thanks,Rif.." ucap Ryana.

Sempat dia tersenyum sinis ke arah Ayla Ayuni.

Kumpulan 4

"Naz,kita rehat kejap.Aku penat lah.." kata Izhan.

"Kau nak rehat,kau rehat sorang.Kitaorang nak teruskan perjalanan ni.." ujar Nazrief Nauffal.

"Kau ni.Nasya,jom.."

Izhan menarik tangan Nasya Eleena.

"Han,apa ni?Lepaslah!" kata Nasya Eleena.

Nazrief Nauffal menarik Nasya Eleena.

"Kau jangan nak macam-macam,Han.." ujarnya.

"Kau ni memang berlagak macam hero kan?Nasya ni girlfriend aku!Kau siapa?"

"Sebagai ketua kumpulan,aku kena pastikan ahli group aku selamat.."

"Aku bukannya nak buat pape pon kat Nasya.Aku cuma ajak dia berehat.Salah ke?" kata Izhan.

"Dah lah.Jom kita teruskan ke station lain.."

Mereka mula bergerak.

Secara keseluruhannya,aktiviti itu dimenangi kumpulan 8 iaitu kumpulan Heidy Rykarl,kumpulan 10 iaitu kumpulan Adam Daniel dan kumpulan 6.

***

Pada sebelah petang pula,mereka berkumpul untuk aktiviti ikhtiar hidup.

Putri Amyra duduk berhadapan dengan Adam Daniel.Maklum lah sama group.Mereka duduk dalam bulatan.

Mata Putri Amyra memandang Adam Daniel.Namun hanya seketika.Takut ada pula yang perasan nanti.

Setiap kumpulan mula memasak pada petang itu.

Kumpulan 6

Ayla Ayuni dan Aryna memasak telur.

"Telur tu jangan bagi hangus tau.Kesian nanti Azrif makan telur hangus.." ujar Ryana.

'Apa masalah pompuan ni?Kau tu kalau tak reti masak baik diam!' kata Ayla Ayuni dalam hati.

Setelah itu,setiap kumpulan diarahkan untuk membuat persembahan makan mereka.

Aktiviti malam itu dimenangi kumpulan 4,kumpulan 6 dan kumpulan 10.

"Tahniah kepada pemenang kita pada malam ini.Okay,tepat jam 7.30 nanti saya nak kamu kemas peralatan semua.." kata Encik Hamidi.

Setelah itu,mereka masuk ke dalam khemah untuk bersiap menunaikan solat maghrib.

Tiba disaat itu,fonnya berbunyi.

Azrif Ayril
Sorry pasal siang tadi😉

You
Perlu ke?Aku tak kisah langsung lah..

Azrif Ayril
Aku tahu kau marah kan?

You
Suka hati kau lah nak buat apa.Dah aku nak keluar dari khemah ni..

Ayla Ayuni terus mematikan fonnya.

"Ayla,kau mesej dengan siapa tu?" ujar Ryana.

"Yang kau sibuk sangat nak tahu pahal?"

"Aku tak sangka pulak kau curang belakang Azrif.."

"Ada aku ganggu hidup kau ke?Suka hati aku lah nak buat apa pon.."

"Kau ni memang jenis macam ni ke?Patutlah Azrif tak suka kau.."

"Lantak dia lah.Dah lah malas aku cakap dengan kau.Aku keluar dulu.."

"Tak sangka dia jenis tak setia.." ujar Syazwina.

"Ohh,kau setia erk?" kata Ryana sinis.

"Kau apa masalah?Ye.Aku memang setia.Aku setia pada Azrif sorang je.."

"Wina,kau cakap macam aku tak kenal kau siapa je kan?Aku tahu semua pasal kau.."

"Aku pon tahu kau tu pompuan jenis macam mana.Budak pandai,tapi sayang.Huh.."

Masing-masing memerli.Mereka keluar dari khemah.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now