part 56

15.4K 463 35
                                    

Ayla Ayuni dan gengnya menuju masuk ke dalam kafe.

Ayla Ayuni hanya diam.Kepalanya terasa berat dan ditambah pula dengan memikirkan masalah itu.

"Ayla,aku tengok kan,kau dari dalam kelas lagi tak fokus.Kenapa ehh?Ada masalah ke?Gaduh dengan Azrif?" kata Hanees Hafeera.

"Tak de.Aku pening kepala je sikit.Kitaorang okay,jangan risau.Ni bukan pasal Rif tapi Zhaf.." balas Ayla Ayuni.

"Hah?Kenapa dengan Zhaf pulak ni?Kau sedih ke dia tinggalkan kau?" kata Nasya Eleena pula.

Pelik dia dengan kata-kata Ayla Ayuni.

"Jangan mengarut boleh tak?Kau tahu tak dia tu dah buat kerja gila?Aku tak expect langsung benda ni boleh berlaku.."

"Apa yang dia dah buat?"

"Dia lamar aku.."

"Hah?"

Terkejut Hanees Hafeera dan Nasya Eleena.

"Kau terima ke?" soal Hanees Hafeera.

"Memang tak lah!Tapi aku tak cakap lagi dekat dia.Aku nak terangkan hal sebenar pastu fon dia pulak berbunyi.Ni kalau Azrif tahu memang masak aku.."

"Salah kau jugak!Pergi bagi muka sangat kat Zhaf tu kenapa?Tengok,apa dia dah buat!Kau ni memang suka cari pasal lah,Ayla!" kata Nasya Eleena.

"Aku mengaku semua ni berpunca dari aku.Aku menyesal tak jujur pasal status aku dari awal.."

"Aku bukan marah,Ayla.Kau tau kan,kitaorang sayangkan kau?" ujar Nasya Eleena lagi.

"Aku faham.Tapi tulah.Sekarang ni apa aku patut buat?"

"Kau terus terang dengan family Zhaf.Insya-Allah,dorang akan terima.." cadang Hanees Hafeera.

"Aku takut lah.Aku tak berani.."

"Kalau macam ni bilanya nak selesai?" kata Nasya Eleena.

"Mana Zhaf?" kata Alisya yang tiba-tiba muncul.

Terkejut mereka bertiga.

"I tanya you ni,Ayla.Mana Zhafran?"

"Awak tak tahu ke yang Zhaf dah pergi England?" balas Ayla Ayuni.

"What?Bila dia pergi?Kenapa dia tak bagitau I?"

"Sabtu minggu lepas.."

"You ni memang tak boleh tengok orang happy ke hah?Sejak dia jumpa you ,dia dah lain tau?I dah hilang sepenuhnya Zhaf yang I kenal dulu.You ni memang melampau,Ayla!"

Tangan Alisya segera naik ke pipi Ayla Ayuni.Namun dihalang seseorang.

"Kau siapa nak tampar dia?" ujar Azrif Ayril.

"You ni siapa pulak?Tetiba je nak back up dia?Ohh you all dua ni ade fair ehh?I tak sangka pulak gadis bertudung macam you ni playgirl rupanya.Dahsyat!"

"Aku suami dia!Kenapa?Ada masalah?"

"Hah?"

Alisya terkejut.

Azrif Ayril menarik tangan isterinya supaya beredar dari situ.

Sebelum mereka beredar,Azrif Ayril sempat memberi amaran kepada Alisya.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari isteri aku!Sekali lagi aku nampak kau cuba papekan isteri aku,nahas kau!"

Mereka berdua masuk ke dalam kereta.Azrif Ayril segera menghidupkan enjin keretanya kemudian bergerak meninggalkan perkarangan U.

Sepanjang perjalanan,mereka berdua hanya diam.Hanya kedengaran lagu dicorong radio.

"Jadi tu Alisya?" soal Azrif Ayril.

Ayla Ayuni mengangguk.Tidak berani dia menatap wajah suaminya.

"Ayla,kau nak pergi mana-mana tak?" soal Azrif Ayril lagi.

"Tak kot.Kita balik je lah.Aku penat lah.Kepala aku ni dari tadi berdenyut je.." ngadu Ayla Ayuni.

"Kau okay kan?"

"Aku okay.."

"Ala,kejap pon jadi lah.Aku rasa nak minum cendol lah.Macam craving pulak.."

Azrif Ayril ketawa.

"Kau nak pergi jugak ke?Kalau bungkus boleh tak?Aku malas nak jalan.Boleh kan?" kata Ayla Ayuni.

"Okay.Janji aku dapat cendol aku.."

Azrif Ayril segera memberhentikan kereta di Gerai Cendol Pak Mail.

Ayla Ayuni hanya duduk di dalam kereta.Tangan kanannya sibuk memicit kepala.

Setelah beberapa minit,Azrif Ayril kembali masuk ke dalam kereta.Dia kelihatan begitu gembira setelah membeli cendol.

Mereka sampai di rumah.Ayla Ayuni naik ke bilik.

Dia turun setelah menanggalkan tudungnya.Dia menuju ke meja makan.

Dilihatnya Azrif Ayril sedang enak menghirup cendol.

"Kau tak makan?"

Ayla Ayuni menggelengkan kepalanya.

"Meh aku suap.Kalau nak cakap jelah.Tak payah nak mengada geleng kepala sangat lah.."

Azrif Ayril segera menyuap cendol itu ke dalam mulut Ayla Ayuni.

Baru sahaja beberapa minit,Ayla Ayuni bingkas bangun dan berlari ke bilik air.

Azrif Ayril terpinga-pinga.Sesudah itu dia juga menuju ke bilik air.

"Ayla,kau okay tak ni?"

Tangannya menggosok-gosok belakang badan isterinya.

Setelah itu,Ayla Ayuni membasuh mulutnya dan Azrif Ayril membawanya naik ke bilik.

"Kau okay tak ni?Tetiba je muntah.." kata Azrif Ayril pelik.

"Tah lah.Santan cendol tu buat aku rasa loya.."

"Kau ni.Buat aku risau je.."

"Erm..aku nak tidur kejap.Nanti dah masuk Asar kau kejutkan aku tau.."

"Yelah.."

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now