part 73

17.1K 431 11
                                    

Nasya Eleena mengemaskan tempatnya sebelum pulang.

"Ayla,aku balik dulu ye.." ujarnya.

"Okay.." balas Ayla Ayuni yang masih menghadap laptopnya.

Azrif Ayril keluar dari biliknya.Kelihatan isterinya masih belum mengemas.Masih menghadap laptop.

"Sayang,buat apa lagi tu?Jom balik.." ujarnya.

"Ala,kejap lagi lah,abang.Ayla tak siap lagi ni.."

"Apa yang busy sangat tu?Mengalahkan abang je.."

"Pak Long suruh siapkan.Esok pagi ada meeting.."

"Okay,abang teman sayang.Tapi sayang buat kat bilik abang,okay?"

"Ala,Ayla malas nak gerak.."

"Tak nak tak pe.Jom balik.Esok kalau pak Long tanya kenapa tak siap kerja tu pandai-pandai jawab nanti.." ugut Azrif Ayril.

"Abang ni!Ye lah.Suka ugut-ugut orang.." rungut Ayla Ayuni.

Azrif Ayril tersengih.Mereka beredar ke bilik Azrif Ayril.

Ayla Ayuni kembali menghadap laptopnya.

Azrif Ayril pula hanya menghadap fon dan memerhati isterinya.

Sempat dia menangkap gambar isterinya yang sedang tekun membuat kerja.

Tidak lama kemudian,fon Ayla Ayuni berbunyi.

Pantas dia mengambil fonnya lalu dia terus menekan punat hijau tanpa melihat siapa yang menghubunginya.

"Ayla!Kau dekat mana?!"

"Siapa ni?"

Azrif Ayril hanya mendengar.

"Ni aku lah,Hanees.Ayla,Nasya dah balik ke?Ke dia kat ofis lagi?Selalunya time macam ni dia dah sampai rumah tapi tak de pon.."

"Hah?Nasya dah balik lah.Ala,kau jangan risau lah.Jalan jammed kot.."

"Okaylah.Nanti pape aku call kau balik.Sorry ganggu.Assalamualaikum.."

"Tak pe,waalaikumusalam.."

Talian dimatikan.

"Kenapa,sayang?" soal Azrif Ayril.

"Hanees call kata Nasya tak sampai rumah lagi.."

"Aik?Dia balik dulu dari kita kan?Takkan tak sampai lagi?"

"Tu lah yang Hanees risau.Ayla cakap je lah mana tahu jalan jammed.."

"Hurm,maybe.Sayang ni tak nak balik ke?Kalau nak tidur sini abang okay je takut sayang lah yang tak selesa.."

"Dah nak siap dah ni.Abang rehat lah dulu.Kita balik lepas Maghrib ehh?"

"Okaylah,dah sayang cakap macam tu.."

Ayla Ayuni menyiapkan kerjanya.

Setelah selesai solat maghrib di surau pejabat,mereka berlalu pulang.

Tiba disaat itu,fon Ayla Ayuni kembali berbunyi.

"Hello?"

"Ayla!Aku risau lah.Nasya tak balik lagi ni.."

"Hah?Okay,kau tenang.Erm..kau dah cuba call Naz?Mana tahu dorang bersama ke?"

"Dah.Aku dah call.Dia cakap dia tak de dengan Nasya.Macam mana ni,Ayla?"

"Okay,macam ni.Aku dengan Rif datang rumah kau.Kau call sekali Myra.."

Talian dimatikan.

"Abang!Kita pergi rumah Hanees.Nasya hilang!" kata Ayla Ayuni cemas.

"Okay.."

Mereka sampai di rumah Hanees Hafeera tidak kemudian.

"Ayla!"

Hanees Hafeera memeluk Ayla Ayuni.

"Kau sabar.Insya-Allah,Nasya okay.." pujuk Ayla Ayuni.

Putri Amyra mengangguk setuju dengan kata-kata Ayla Ayuni.

Serentak itu,tiga jejaka sampai di hadapan rumah.

"Nees,mana Nasya?" kata Nazrief Nauffal.

"Aku..aku tak tahu.." balas Hanees Hafeera.

"Sekarang ni kita buat report polis dulu.." ujar Azrif Ayril.

"Okay,jom.." kata Heidy Rykarl pula.

Disaat itu,fon Nazrief Nauffal berbunyi.

"Hello,Nasya.Awak dekat mana?"

"Saya..saya..saya nak putus tunang dengan awak.Maafkan saya.."

Talian dimatikan.

"Nasya cakap apa?" soal Adam Daniel.

"Dia..dia nak putus tunang.."

"Hah?Takkan lah.." kata Heidy Rykarl tidak percaya.

***

"Puas hati kau?!" jerkah Nasya Eleena.

"Kau ni.Sanggup buat apa je kan demi tunang kau tu?Huh.."

"Kau ni memang tak guna Izhan!Lepaskan aku lah!" kata Nasya Eleena sambil cuba melepaskan ikatan tali di tangannya yang diikat belakang.

Kaki dan tangannya diikat kemas oleh Izhan.Izhan hanya tersenyum puas.

"Sayang jangan marah-marah.Takut nanti lekas tua.."

Izhan menyanyi kemudian dia ketawa.

"Apa yang kau nak?!Aku dah cakap dekat Naz pasal tu.Aku dah buat apa yang kau suruh.Tak cukup lagi ke?!"

"Tak,sayang.Selagi sayang tak jadi milik abang,selagi tu abang rasa tak puas.Dan lagi satu,kawan-kawan sayang mesti tengah risau kan?Hurm..kesian.Apa kata sayang call Ayla.Abang call Azrif.."

"Apa kau nak buat dengan dorang?!"

"Ohh,tak nak buat pape pon.Cuma nak bermain je.Yelah,erm..kalau Azrif mati,mesti best kan cerita ni?"

"Kau ni memang tak guna kan?!Azrif tu sepupu kau!Kau tak patut buat dia macam tu!"

"Eh,pompuan!Kau diam boleh tak?Aku tak perlukan nasihat atau ceramah dari kau!Dia tu dah rampas hak aku!"

"Han,tak boleh ke awak berkongsi?Lagipon,syarikat tu arwah papa Azrif dengan papa awak yang punya.Tak boleh ke?"

"Aku tak suka berkongsi.Sama macam kau!Aku tak nak kongsi kau ngan siapa-siapa!Dah diam lah!Dari tadi aku culik kau,kau bising je.Tak boleh ke kau diam?!Dah lewat ni.Aku nak tidur.Selamat malam.."

Nasya Eleena mengetap bibirnya.Izhan berlalu keluar dan menutup kasar pintu itu.

"Izhan!!" jerit Nasya Eleena.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now