part 71

18.8K 432 8
                                    

"Ayla!" jerit Nasya Eleena tatkala melihat sahabatnya itu memasuki pejabat.

Sudah hampir seminggu Ayla Ayuni tidak memasuki pejabat.

"Kau ni.Janganlah jerit-jerit.Takut anak aku tau tak?"

"Sorry.."

Nasya Eleena tersengih.

Ayla Ayuni berlalu ke mejanya.

"Korang dah berbaik ke?" soal Nasya Eleena ingin tahu.

"Alhamdulillah.Ni semua berkat doa korang lah.."

"Bagus lah kalau macam tu.."

"Pergi lah sambung kerja kau.Nanti Pak Long ingat kita dua ni makan gaji buta pulak.."

"Halau nampak?Ye,aku nak blah lah ni.Borak sikit pon tak boleh ke?"

Nasya Eleena berlalu ke mejanya.Ayla Ayuni tersengih.

Tiba disaat itu,interkom berbunyi.

"Ayla,masuk kejap.."

Ayla Ayuni masuk ke dalam bilik suaminya.

"Ye,Encik Azrif?Ada apa encik panggil saya?"

"Dah start dah perangai serius dia.." kata Azrif Ayril.

"Dah tu?"

"Sayang ni.Cuba kita kekalkan je panggilan kita.Tak payah lah berencik-encik bagai.."

"Mana boleh.Kita kenalah profesional time bekerja.."

"Baiklah,Puan Ayla Ayuni.Saya akan ikut semua kehendak puan.."

Ayla Ayuni senyum.

"Ada apa abang panggil Ayla?"

"Saja.Nak tengok muka sayang.."

"Ishh,mengada!"

"Abang rindu.."

"Ayla kan dah ada depan mata abang.."

"Ye,tapi abang still miss you sayang.."

"I miss you too.."

"Abang panggil sayang ni sebab nak ucapkan terima kasih.Sebab sayang lah kita dapat tender tu.."

"Hah?Seriously?"

"Ye,sayang.."

"Alhamdulillah.Ala,ni bukan sebab Ayla.Abang pon sama.."

"Ye lah.Erm..petang ni kita ada pape ke?"

"Takde.Petang ni abang free.."

"Boleh balik awal lah kan?"

"Mana boleh.Suka hati abang je.."

"Okay.Erm..abang nak sambung keje.Sayang jangan teruk sangat tau buat kerja.Abang risau.Abang kalau boleh tak nak sayang kerja time keadaan sayang macam ni.Bahaya.."

"Abang ni.Kecik lagi lah.Jangan lah risau.Ayla janji Ayla buat kerja yang ringan-ringan je.."

"Janji?"

"Ye,Ayla janji.Ayla keluar dulu ye.."

"Hati-hati.."

Ayla Ayuni mengangguk.Dia keluar dari bilik suaminya.

***

Nasya Eleena masuk ke pejabat setelah habis waktu lunch.

Tiba disaat itu,tangannya dirangkul kasar.

"Eh,encik ni siapa?!"

Lelaki itu membawanya ke pantry.

"Hai,sweetie.."

Terkejut Nasya Eleena.Setelah sekian lama dia tidak bertemu dengan Izhan.Namun pada hari itu,lelaki itu muncul kembali.

"Han?"

"Ye,aku.."

"Han,apa ni?Lepaslah!"

"Lepas?Kau ni memang tak faham bahasa ke?Aku sayangkan kau.Sanggup kau tunang dengan Nazrief?Apa kau ni?"

"Suka hati aku lah nak tunang dengan siapa.Kau tak de hak nak tentukan hidup aku!" ujar Nasya Eleena yang mulai bengang.

"Nasya,tolong lah.Aku sanggup buat apa je asalkan kau bersama aku.Putuskan pertunangan kau dengan Nazrief,please.." rayu Izhan.

"Han,lepaslah.Nanti budak pejabat nampak lah.Kau tak malu ke?"

"Han!Nasya!Korang buat apa ni?!" kata Pak Long.

Nasya Eleena sudah cuak.Izhan tersenyum sinis.

"Pa,Han nak kahwin dengan Nasya.." ujar Izhan.

"Han boleh tak jangan nak merepek?Nasya ni tunang orang!Tak!Papa tak benarkan!"

Azrif Ayril dan Ayla Ayuni hanya memerhati.

"Kenapa?Kenapa semua orang tak boleh faham Han?Apa kurangnya Han?Ohh,ni mesti sebab kau,Azrif.Kau dah burukkan aku kat papa aku kan?Dasar sepupu tak kenang budi!Kau ni memang masih tak sedar diri kan?Kau dah rampas hak aku dan sekarang kau rampas papa aku pulak?Kesiannya hidup kau.Terpaksa menagih kasih sayang papa orang.Ye lah,papa kau kan dah lama mampus.Ops!Meninggal.."

"Izhan!Kenapa dengan kamu ni?Kalau datang sini semata-mata nak buat hal,silakan keluar.Nasya,Ayla dengan Azrif,pergi tempat masing-masing.Sambung kerja.Han,kamu ikut papa.."

Pak Long beredar dari situ.Izhan hanya mengekori dari belakang.Sempat dia melanggar kasar bahu Azrif Ayril.

Apabila di bilik papanya,Izhan hanya membuat muka tidak bersalah.

"Han,papa tak pernah ajar tau anak papa biadap.Kenapa kamu ni?"

"Papa memang tak pernah ajar tapi papa yang buat Han jadi macam ni.Papa selalu lebihkan kakak dengan abang je.Termasuk dengan anak sedara papa tu.Han ni siapa?Bukan anak papa ke?"

"Han,papa tak pernah beza-bezakan kasih sayang anak-anak papa.Semuanya sama.Tak de kurang,tak de lebih.."

"Okay,kalau macam tu Han nak ambik alih tempat Azrif.Dia tak layak jadi Ceo syarikat ni!"

"Han,papa boleh je kalau kamu nak kerja dekat sini tapi bukan jadi Ceo syarikat ni.Tolonglah kamu jadi matang sikit.Jangan jadi budak-budak boleh tak?"

"Papa ni kenapa?Asyik menangkan anak yatim tu je.Han ni anak papa tau.Azrif tu anak yatim!"

Pak Long menahan amarahnya.Dia beristighfar di dalam hati.

"Okay,Han rasa dah tak de apa kot nak dibincangkan.Han balik dulu.."

Izhan berlalu dari situ.Pak Long meraup wajahnya.


Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now