Hujung minggu itu,Ayla Ayuni bangun untuk menunaikan solat subuh.
Azrif Ayril memandang isterinya.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?Cepatlah ambil wuduk.." kata Ayla Ayuni.
"Saja.Sejuk je mata ni bila pandang kau.."
Ayla Ayuni tersenyum.Cair dengan kata-kata Azrif Ayril.
Azrif Ayril bangun kemudian masuk ke dalam bilik air.
Setelah itu,mereka memulakan solat subuh berjemaah.
Beberapa minit kemudian selesai.Ayla Ayuni menyalam tangan suaminya.
Azrif Ayril menyambut lalu mengucup dahi Ayla Ayuni.
Setelah itu,Ayla Ayuni melipat telekung dan juga sejadah.
Matanya memandang Azrif Ayril.
"Err..Rif.." ujarnya.
"Ye?"
"Kalau aku nak keluar,boleh tak?"
"Keluar?Pergi mana?Dengan siapa?"
"Erm..dengan geng aku.Kitaorang saja nak jalan-jalan.."
"Betul?" soal Azrif Ayril curiga.
"Ermm..Rif.Zhaf ikut sekali tau.." jujur Ayla Ayuni berkata walaupun dia takut dengan reaksi Azrif Ayril apabila mendengar kata-katanya.
"Kalau macam tu,biar aku join sekali.."
"Nanti apa pulak dia cakap.."
"Salah ke seorang abang nak temankan adik dia?Atau lebih tepat,salah ke seorang suami nak teman isteri dia?"
Ayla Ayuni diam.Tidak tahu mahu membalas apa.
"Okaylah.Aku izinkan.Tapi janji jangan balik lambat.Make sure Hanees dengan Nasya ada sekali.."
"Ye.."
"Aku pon nak keluar ni.."
"Dengan Indah erk?" duga Ayla Ayuni.
"Otak kau ni fikir Indah je kan?Tak lah.Aku bukan macam kau curang depan-depan.Aku keluar dengan Naz and Heidy je.."
"Amboi,sempat lagi perli orang erk?Aku tak curang,okay?"
"Ye,aku tahu kau takkan berani curang dengan aku.Sebab kau kan sayang aku.."
"Ye.Aku sayang kau sangat-sangat.."
Ayla Ayuni segera menyiapkan dirinya.
Setelah itu,mereka berdua keluar dari rumah bersama.Seperti yang dijanjikan mereka akan berkumpul di mall yang berdekatan.
"Jaga diri,tau.." pesan Azrif Ayril.
Ayla Ayuni mengangguk.Dia keluar dari kereta Azrif Ayril.
Matanya melilau mencari sahabatnya dan Zhafran Amirul.
"Ayla.." kata Hanees Hafeera.
"Dah lama ke korang sampai?" soal Ayla Ayuni.
"Baru je.." balas Zhafran Amirul.
Mereka mula meronda di sekitar mall itu.
Tiba disaat itu,fon Hanees Hafeera berbunyi.
"Kejap ehh,aku jawab call ni kejap.." kata Hanees Hafeera.
Dia berlalu ke tempat tertutup sedikit.
Setelah selesai,dia kembali.
"Kenapa Nees?" soal Nasya Eleena.
"Aku kena balik.."
"Hah?"
Terkejut Ayla Ayuni.
"Err..nenek aku masuk hospital.Nasya,teman aku.." kata Hanees Hafeera sedikit cemas.
"Habis aku?" soal Ayla Ayuni.
"Zhaf,awak boleh kan tumpangkan Ayla balik?" pinta Hanees Hafeera.
Ayla Ayuni menarik Hanees Hafeera ke tepi.
"Kau gila ke?Nanti Azrif tahu aku balik dengan dia,mati lah aku!" katanya separuh berbisik.
"Aku minta maaflah.Err..kitaorang pergi dulu.."
Hanees Hafeera dan Nasya Eleena beredar dari situ.
Ayla Ayuni sudah serba tidak kena.Macam-macam dalam kepala otak dia.
"Ayuni,jom.." ajak Zhafran Amirul.
Ayla Ayuni hanya menurut.Mereka masuk ke dalam kereta.
Kereta mula bergerak.Seram sejuk Ayla Ayuni sebumbung dengan Zhafran Amirul.
Setelah lama perjalanan,Ayla Ayuni perasan yang jalan sudah ke arah lain.Bukan lagi menuju ke rumahnya.
"Zhaf,awak nak bawa saya ke mana ni?" ujar Ayla Ayuni sedikit gusar.
"Ke syurga.."
Zhafran Amirul tersenyum.
"Awak jangan main-main boleh tak?"
Suara Ayla Ayuni sedikit meninggi.
Zhafran Amirul masih lagi dalam keadaan senyum.
Mereka tiba di kawasan perumahan elit.
"Ni rumah siapa ni?"
"My parents.."
"Your parents?"
"Ye,kenapa?"
"Tak..tak de pape.."
Mereka mula keluar dari kereta apabila kereta sudah siap parking.
Ayla Ayuni terpegun melihat kawasan perumahan itu.
"Jom.."
Mereka masuk ke dalam banglo 3 tingkat itu.
"Assalamualaikum,mummy,daddy,Zhaf balik ni.." kata Zhafran Amirul.
"Ya Allah,anak mummy!Rindunya mummy dekat Zhaf.." ujar Datin Zarina.
Ayla Ayuni menyalam Datin Zarina.Datin Zarina menyambut huluran itu kemudian memeluk Ayla Ayuni.
Ayla Ayuni terkejut namun hanya membiarkan.
"Ni lah orangnya ye?" kata Datin Zarina.
Zhafran Amirul hanya mengangguk.
"Kalau ini lah,kami berdua setuju.Kan daddy?"
Dato Amril mengangguk mengiakan kata-kata isterinya itu.
Ayla Ayuni tidak faham apa yang anak beranak itu bincangkan.Dia hanya diam.
"Ayla,jom teman mummy hidangkan makanan.." pinta Datin Zarina.
Ayla Ayuni menurut.Mereka berdua menuju ke dapur.
"Ayla tolong ambikkan pinggan tu.."
"Baik,datin.."
"Apa pulak datin?Mummy lah.."
"Baik,mummy.."
"Kan sedap bunyi tu.Lagipon tak lama dah.Mummy dah tak sabar ni.." ujar Datin Zarina teruja.
Setelah siap menghidangkan makanan,mereka mula menjamu selera.
Tepat jam 2 petang,mereka meminta diri.
"Ayla,nanti selalu-selalu lah datang sini.Teman kan mummy.." kata Datin Zarina.
"Insya-Allah,mummy.Thanks sebab layan Ayla baik sangat.Sedap masakan mummy.."
"Aik?Belum pape lagi dah mummy-mummy bagai?" kata Dato Amril.
"Biarlah.Biar lagi mesra.." balas Datin Zarina.
"Err..kami balik dulu ye.Assalamualaikum.." kata Zhafran Amirul.
"Waalaikumusalam.." kata Datin Zarina dan Dato Amril serentak.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...