Ayla Ayuni memandang kotak cincin yang terletak elok di dalam laci meja soleknya.
'Aku kena selesaikan masalah ni cepat sebelum Azrif tahu.Maafkan saya,Zhaf.Saya tak boleh terima awak.Saya dah ada Azrif.My beloved husband.I love him so much..' getus Ayla Ayuni.
Azrif Ayril masuk ke dalam bilik.Dilihatnya Ayla Ayuni sedang termenung sambil memandang sesuatu.
"Jauh termenung?" tegur Azrif Ayril.
Oleh kerana terlalu terkejut,Ayla Ayuni dengan segera menolak laci meja solek itu.
"Kau buat apa?"
"Tak..tak de pape.." bohong Ayla Ayuni.
Dia cuba menutup rasa berdebar di dadanya.
"Ayla,aku nak puding karamel.." pinta Azrif Ayril.
"Kau ni kenapa asyik mintak makanan je?Mintak benda pelik-pelik pulak tu.."
"Pelik ke?Aku mintak benda yang senang je lah.Tu pon tak boleh ke?"
Suara Azrif Ayril sedikit meninggi.
"Okay.Yang kau nak marah-marah ni kenapa?"
"Bila masa aku marah?Aku cakap je kan?"
"Kau tunggu lah sini.Aku nak keluar nak beli barang.."
"Jom aku ikut.."
"Kau nak ikut?Tak payah lah.Aku pergi beli barang je.Tak jauh pon.."
"Aku ni risaukan kau.Buatnya kau pitam kat supermarket tu macam mana?Kau tu bukannya sihat lagi.."
"Tak pe.Kalau aku pitam,ramai jejaka-jejaka idaman malaya kat situ boleh tolong angkatkan.." kata Ayla Ayuni berlagak.
"Okay.Aku nak tengok siapa yang berani angkat kau tu.Meh sini aku kerat dia 14.."
Ayla Ayuni tergelak.
"Okay,we will see!"
Ayla Ayuni memakai bawal lembut yang berwarna pink itu.Nasib owningnya menjadi seperti pagi tadi dia memakai untuk ke universiti.
Dia segera keluar dari bilik.Dia mengambil kunci kereta Azrif Ayril.
Azrif Ayril memerhati gerak geri isterinya.Sungguh menebal perasaan risau di dadanya.
Sampai di supermarket,Ayla Ayuni segera keluar dari kereta.
Dia menuju ke bahagian barang basah dahulu.Setelah di bahagian itu,dia menuju ke bahagian bakery pula.
Sedang asyik memilih bahan untuk membuat puding,dia terasa dirinya dicuit.
Dia pantas menoleh.
"Korang?"
"Kau buat apa dekat sini,Ayla?" soal Hanees Hafeera.
"Ha'ah,Ayla.Sorang pulak tu.Azrif mana?"
Giliran Nasya Eleena pula bertanya.
"Aku beli barang sikit ni.Azrif kat rumah lah.Dia tu hah mengada nak makan puding karamel.Tu sebab lah aku dekat sini.Alang-alang tu aku nak beli barang basah sikit.." kata Ayla Ayuni.
"Ohh.Erm..puding karamel?Sedap tu.Nanti dah siap tapau untuk kitaorang sikit ehh?" pinta Hanees Hafeera.
"Banyak cantik muka kau?"
"Muka aku memang cantik.Kau jelah yang kureng sikit.." kata Hanees Hafeera tidak ingin mengalah.
"Amboi!Sedap erk mengata aku?"
"Apa salahnya sekali sekala?"
Nasya Eleena hanya ketawa melihat telatah sahabat-sahabatnya itu.
"Okaylah,korang.Aku rasa aku nak kene gerak ni.Nanti Azrif tunggu lama pulak dekat rumah tu.." ujar Ayla Ayuni.
Hanees Hafeera dan Nasya Eleena mengangguk.
Setelah setengah jam berada di supermarket itu,Ayla Ayuni sampai di rumah.
Setelah selesai meletakkan semua barang di dapur,Ayla Ayuni naik bilik sebentar.
Dia keluar setelah menukar pakaian dan mengikat rambut.
Dia kembali menuju ke dapur.
"Kau nak aku tolong tak?" soal Azrif Ayril.
"Kau duduk je lah dekat depan tu.Nanti dah siap aku panggil kau.."
Azrif Ayril tidak bergerak.Dia hanya memerhati Ayla Ayuni membuat puding.
Setelah 45 minit bertukang di dapur,puding karamel siap.
Ayla Ayuni meletakkan ke pinggan.Diberikan kepada Azrif Ayril.
Azrif Ayril menyambut huluran itu.Dia pantas menyuap puding itu ke dalam mulutnya.
"Macam mana?" soal Ayla Ayuni.
"Sedap!"
Ayla Ayuni tersenyum.
"Nanti nak makan selalu,boleh?"
"Banyak hensem muka kau?Puding ni mana boleh makan selalu.Tak sihat tau tak?Sebulan sekali boleh lah.."
"Ala,puding yang kau buat ni sedap sangat.."
"Sedap pon takkan nak makan hari-hari?Boleh gemuk tau tak?"
"Gemuk-gemuk pon suami kau juga.."
"Ye memang lah suami aku.Tapi aku tak nak kau kena sakit kencing manis sebab selalu makan makanan macam ni.."
"Ala,sayang jugak kau kat aku ehh?Tak pe lah kalau macam tu.Aku tak jadi lah makan hari-hari.Erm,Ayla.Esok aku nak makan chicken chop pulak boleh?"
Membuntang mata Ayla Ayuni.Kenapa Azrif Ayril jadi begini sejak akhir-akhir ini?
"Kau ingat aku ni restoran ke kau nak order hari-hari?Arhh tak de.Lepas ni kalau kau nak pape kau pergi makan kat kedai makan.."
"Sampai hati kau,Ayla.Aku mintak makanan yang senang-senang je.Bukannya susah pon.." kata Azrif Ayril seakan-akan merajuk.
"Ishh,yelah-yelah.Mengada lah kau ni.." balas Ayla Ayuni mengalah.
"Macam tulah wife aku.."
Azrif Ayril menyuap puding karamel itu ke dalam mulut Ayla Ayuni.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...