Amyra&Affan

7.7K 300 12
                                    

💐Special chapter 2💐

Putri Amyra menuju ke meja makan.Kelihatan mummy dan daddynya sedang bersarapan.

"Morning.." sapanya sambil menarik kerusi di sebelah Puan Alya.

"Morning,sayang.." balas Encik Putra Aiman dan Puan Alya hampir serentak.

Hampir beberapa minit bersarapan,Encik Putra Aiman memulakan perbualan.

"Myra,bila nak bawakan menantu kami ke rumah ni?" katanya.

Putri Amyra yang sedang menghirup secawan teh'o buatan mummynya,tiba-tiba tersedak akibat daripada soalan daddynya.

Puan Alya menepuk-nepuk belakang puteri tunggalnya.

"Erm..lambat lagi kot,daddy.." balasnya setelah kembali okay.

"Cepatlah sikit.Kami tak sabar nak ada menantu,ada cucu.Kan,my?"

"Ye lah,Myra.Semua kawan mummy dah kahwin.Takkan anak dara tunggal mummy ni jadi anak dara tua sampai bila-bila kot?" sokong Puan Alya.

"Err..Myra dah lambat.Myra masuk ofis dulu.."

Putri Amyra segera berdiri.Dia menyalam kedua orang tuanya.Dia segera beredar ke luar rumah.

"Ada je alasan anak dara kita tu.." kata Puan Alya.

"Kita doa je lah supaya dia cepat-cepat jumpa jodoh.." ujar Encik Putra Aiman pula.

***

Putri Amyra bermain pen yang berada di tangan kanannya.Fikirannya memikirkan apa yang dikatakan mummy dan daddynya di meja makan tadi.

Fon yang berbunyi menyentakkan lamunannya.Ternyata whatsapp dari Hanees Hafeera yang mengajak lunch beramai-ramai.

Tiba di waktu lunch,dia mula mengemas mejanya.Kemudian,dia beredar keluar dari biliknya.

Dia mula menuju lif.Tiba disaat itu,seorang jejaka berdiri di sebelahnya.Dia hanya membuat tidak tahu.

Lif dibuka.

Mereka berdua masuk ke dalam.Syed Affan sempat memandang ke arah gadis yang bertudung yang berdiri di sebelahnya.

Terkejut dia melihat wajah perempuan itu.

"Eh,minah semalam.Yang tak sabar nak bayar kan?" ujarnya sekadar mahu mengusik gadis itu.

Dahi Putri Amyra sedikit berkerut.Mamat mana pula yang menegurnya ini?Dia turut membalas pandangan lelaki itu.

Baru dia teringat lelaki itu adalah lelaki semalam yang mahu cari pasal dengannya.

"Kau buat apa dekat sini?Kerja sini ke?"

"Penting ke saya jawab soalan awak?Kita bukan kenal pun.."

"Kau ni memang jenis sombong eh?"

"Mana ada.Dah saya tak kenal awak,buat apa saya.."

"Okay,kita kenalkan diri masing-masing.Aku,Syed Affan.Kau?" pintas Syed Affan.

"Putri Amyra.." balas Putri Amyra acuh tidak acuh.

Dia sendiri tidak pasti kenapa dirinya jadi bersikap begitu apabila bertemu lelaki bernama Syed Affan itu.

Hilang sudah sikapnya yang lemah lembut.Ceh.

"Okaylah.Aku nak minta maaf pasal semalam.Kosong-kosong eh?"

Putri Amyra hanya menggangguk.Sedar rupanya diri tu salah.Ingatkan tak sedar.

"Err..saya pun nak minta maaf.." katanya tidak lama kemudian.

Mungkin dia juga ada salahnya.

"Tak pe.Aku dah maafkan.Aku gerak dulu.Jumpa nanti.."

Beberapa saat selepas itu,lif dibuka.Syed Affan meluru keluar.Putri Amyra juga begitu.

***

"Asal kau lambat?" ujar Nasya Eleena tidak puas hati.

"Jalan jammed lah.Kau apa tahu?" balas Putri Amyra.

Ketiga-tiga sahabatnya itu duduk bersama suami di sisi.Anak-anak mereka ditinggalkan di rumah ibu bapa masing-masing kecuali Ayla Ayuni dan Azrif Ayril yang meninggalkan puteri kembarnya di rumah maksu dan paksu.

Mujur Adam Daniel dan isterinya tidak ada sekali.Kalau tidak,dia tidak tahu mahu memberikan reaksi bagaimana.

"Myra,bila nak rasa nasi minyak kau ni?" kata Heidy Rykarl.

Peha lelaki itu dicubit perlahan oleh Hanees Hafeera.Dia risau Putri Amyra tidak selesa membahaskan soal itu.

"Aduh,sakit lah.." Heidy Rykarl mengaduh kesakitan.

Bisa juga cubitan dari isteri tercintanya itu.

"Err..insya-Allah.." balas Putri Amyra.

Ketiga-tiga jejaka itu tahu mengenai Putri Amyra yang masih menyimpan perasaan terhadap Adam Daniel.

"Myra,aku doakan kau dapat jumpa jodoh kau satu hari nanti.." doa Nazrief Nauffal.

"Terima kasih.."

"Myra,apa cerita mamat yang kau cerita semalam tu?" soal Ayla Ayuni ingin tahu.

Azrif Ayril sudah memandang isterinya.

"Mamat?Mamat mana?" ujar Azrif Ayril pula.

"Aik,Myra.Dah jumpa ke?Tak bagitahu kitaorang pun.." kata Nasya Eleena.

"Mana ada.Aku dengan dia jumpa secara tak sengaja.." bidas Putri Amyra.

"Nanti cinta pun secara tak sengaja.." sampuk Nazrief Nauffal.

Azrif Ayril dan Heidy Rykarl sudah tersengih-sengih.Kedua-dua isteri mereka sudah memberikan pandangan yang agak tajam.

"By the way,aku ada berita gembira nak bagitahu korang.Aku pregnant.2 weeks.." beritahu Ayla Ayuni.

"Wah,cayalah.Congrats,bro.Yura dengan Yuna nak jadi kakak dah.Sayang,kita pun kena bagi adik dekat Hazieq.." kata Heidy Rykarl.

"No way.Tunggu Hazieq besar sikit.."

"Dia dah cukup besar,sayang.."

Yang lain sudah ketawa melihat gelagat Hanees Hafeera dan Heidy Rykarl.


Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now