"Okay,we will continue our class tomorrow.So saya harap kamu boleh siapkan kerja ni.Erm,Ayla.Tolong kumpulkan buku E1.Hantar dekat meja saya ye.." ujar Sir Faiq di akhir kelas.
"Class,stand up.Thank you,Sir Faiq.." kata Harris selaku ketua kelas.
Ayla Ayuni bangun dari tempatnya.Dia mengajak Nasya Eleena untuk membantunya.
Mereka membawa buku-buku itu.
"Sir ni orang mana?" soal Nasya Eleena sepanjang perjalanan.
"Saya orang Johor.."
Mereka berdua mengangguk faham.Sekali lagi Azrif Ayril melihat isterinya berjalan dengan cikgu muda itu.
Terasa panas hatinya.Entah kenapa dia harus rasa begitu.Matanya kembali fokus kepada pembelajaran di kelasnya itu.
Ryana tersenyum.
"Rif.."
"Apa?"
"Petang ni kau stay back kan?"
"Ha'ah.Sampai pukul 5 kot.Kenapa?"
"Aku teman kau lah.."
"Tak pe,geng aku ada lagipon Dhia pon ada.Ada hal sikit pasal pengawas.."
"Ala,aku bosan lah.Biarlah aku yang teman kau.."
"Tak pe.."
Ryana geram dengan perangai jejaka di hadapannya itu.
***
"Ayla.."
"Ye,Sir?Ada apa yang boleh saya bantu?"
Sir Faiq tersenyum.Kebetulan pula mereka terserempak di tangga bilik guru sewaktu hendak pulang.
"Kamu tinggal mana?Kalau tak keberatan,saya tumpangkan kamu.Nak?"
"Boleh je.."
"Kamu bertiga pon jomlah sekali.." kata Sir Faiq lagi.
"It's okay,sir.Kami boleh balik sendiri.." balas Nasya Eleena.
"Okay lah kalau macam tu.Saya dengan Ayla balik dulu ye.Jom,Ayla.."
"Jom.."
Ketiga-tiga sahabatnya memandangnya pelik.
"Ayla tu kenapa?" kata Nasya Eleena.
"Tah lah.Sejak Sir Faiq tu ada,Ayla lain sangat.." kata Hanees Hafeera pula.
"Dia tu kan suka Sir Faiq tu.." ujar Putri Amyra.
"Sama lah macam kau suka Adam,kan?" usik Nasya Eleena.
"Hah?"
Mereka bertiga berpaling.Putri Amyra mula gugup.
'Aduh!Dia dengar ke?Dorang ni.Saja nak bagi aku malu.Moga dia tak dengar..' getus Putri Amyra.
"Korang cakap apa tadi?" soal Nazrief Nauffal.
"Hah?Kita ada cakap pape ke tadi?Tak de kan?" kata Hanees Hafeera.
"Macam lah kitaorang tak dengar.." ujar Heidy Rykarl.
Adam Daniel pula memandang Putri Amyra yang serba tidak kena.
"Myra?Kau okay?" soalnya.
Putri Amyra memandang jejaka pujaan hatinya itu.
"Aku okay.Erm..kitaorang balik dulu lah.." balas Putri Amyra.
Mereka bertiga beredar dari situ.
"Korang ni.Suka buat aku serba tak kena kan?" kata Putri Amyra.
"Saja je usik kau.." ujar Hanees Hafeera.
***
Kelas 5 Arif berada di perpustakaan untuk kelas tambahan addmath.
Semuanya kelihatan fokus sewaktu Puan Hajar mengajar.
Setelah beberapa minit,mereka berehat sebentar.
"Aku tengok bukan main rapat lagi Ayla dengan Sir Faiq tu kan?Siap tumpangkan Ayla balik lagi.." ujar Heidy Rykarl.
"Tu lah.Aku pon pelik.." sokong Nazrief Nauffal.
"Cikgu muda tu tumpangkan Ayla?Ayla terima ke?" soal Azrif Ayril.
"Sebab tu lah kitaorang pelik.." kata Adam Daniel.
Tepat jam 5.30 petang,Azrif Ayril tiba di rumah.
Dia masuk ke dalam rumah.Setelah selesai membersihkan diri dan solat asar,dia turun ke bawah.
Kelihatan Ayla Ayuni sedang menonton tv.Dia mengambil tempat.Dia duduk di sebelah isterinya.
"Aku dengar kau tumpang Sir Faiq.Betul ke?"
"Amboi,semua kau tau?Kau ada spy ke?"
"Jawab aku,Ayla Ayuni!"
"Kau marah?Kau jeles erk?"
"Kau tak payah nak mengarut!Jawab soalan aku!"
"Salah ke aku tumpang Sir Faiq?Lagipon dia yang pelawa aku.Aku pon on je lah.."
"Aku dah warning kau kan?Tolonglah,jangan gatal dengan cikgu muda tu.Aku ni suami kau.."
"Kan aku pernah cakap.Antara kita tak de istilah kahwin.." balas Ayla Ayuni geram.
Mereka sudah berjanji tidak mahu membangkitkan isu itu lagi.Tiba-tiba hari itu,Azrif Ayril bangkitkan.Mana dia tidak geram?
"Okay,aku faham.Kau tau tak?Satu sekolah pandang serong kat kau.Aku tak nak tu berlaku.."
"Biar lah dorang nak cakap apa pon.Kau tu ramai orang berebut-rebut nak kan kau.Pilih je lah.."
"Masalahnya aku tak suka dorang.Dah lah malas cakap dengan kau.Bukannya faham aku pon!"
Azrif Ayril naik ke bilik.
Ayla Ayuni hanya memerhati sehingga jejaka itu hilang dati pandangan matanya.
'Apa yang aku tak faham?Kau jeles dengan Sir Faiq.Aku ni lagi sakit hati tengok kau dengan Ryana tu.Huh.Cakap tak suka dorang konon.Yang kau layan dorang kenapa?' getus Ayla Ayuni.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...