💐Special chapter 8💐
Sudah seminggu usia perkahwinan mereka berdua.Mereka kini tinggal di rumah sendiri.
Syed Affan yang sudah selesai bertukang di dapur,menatang dulang ke bilik.Kelihatan isterinya masih sedang tidur.
Maklumlah,sedang bendera merah.Itu yang lambat bangun.
Dulang yang berisi sepinggan nasi goreng itu diletakkan di atas tilam bersebelahan Putri Amyra.
Syed Affan mengusap lembut ubun-ubun isterinya.Putri Amyra yang lena itu mula terjaga apabila terasa ada tangan kasar sedang mengusapnya.
Matanya dicelikkan.Wajah sang suami berada di hadapan matanya.
"Dear.."
Putri Amyra menghadiahkan senyuman nipis buat Syed Affan.Dia mula memandang ke arah dulang yang berada berhampiran dengannya.
Dia bingkas bangun dan duduk bersila.Rambutnya yang agak serabai mula dibetulkan.Getah rambut yang ada dipergelangan tangannya ditanggalkan lalu mengikat rambutnya.
"Abang,kenapa letak makanan atas katil ni?Kotor lah katil nanti.." ujarnya tidak puas hati.
"Eh,kira baik lah abang dah siapkan sarapan.Dear tahu membongkang je.Bukan nak tolong abang masak.Berpeluh-peluh abang kat dapur tadi.."
Syed Affan mula membuka cerita tetapi part yang berpeluh-peluh itu dia main-main sahaja.Sengaja ingin melihat reaksi isteri kesayangan.
"Sorry,abang.Kenapa tak kejut Myra bangun kalau abang lapar?Susahkan abang je.."
Putri Amyra mula berasa bersalah pada suaminya.Dia berasa dia bukan isteri yang baik buat Syed Affan kerana membiarkan suaminya itu menyiapkan sarapan seorang diri.
"Tak pe,dear.Abang faham.."
"Myra bukan isteri derhaka kan?"
Berkerut dahi Syed Affan mendengar pertanyaan si isteri.
"Kenapa dear cakap macam tu?"
"Ye lah.Baru seminggu kita kahwin,dah abang sediakan sarapan seorang diri.Kesian abang.Myra rasa macam Myra tak layak pulak jadi isteri abang.."
"Apa cakap macam tu?Dear seorang isteri yang baik.Selalu ikut cakap abang.Lagipun,baru hari ni abang masak.Sebelum ni,dear yang masak kan?Jangan cakap macam tu lagi,okay?Abang tak suka.Sekarang ni,kita makan.."
Syed Affan mula mencapai sudu.Dia mengambil nasi goreng buatannya lalu disua ke mulut isterinya.
"Kejap!Myra tak basuh muka lagi.Tak gosok gigi lagi.." halang Putri Amyra.
"Tak pe.Lepas makan dear nak mandi kan?Haa,lepas makan lah dear berus gigi,basuh muka.Okay?Sekarang,kita sarapan dulu.."
"Kita makan dekat bawah lah.Dekat meja makan.Nanti tumpah,tilam kotor.."
Syed Affan tersenyum.Ada sahaja alasan yang dicipta oleh si isteri.Sengaja tak nak makan bersuap lah tu.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...