Sedang mereka asyik berbincang,Izhan muncul di hadapan pintu bilik Azrif Ayril.
Dia menepuk tangannya.Ayla Ayuni dan Azrif Ayril berpaling.
"Han?" ujar Azrif Ayril.
"Ye.Aku Muhammad Khairul Izhan bin Muhammad Khairuddin.Kenapa?Ada masalah?"
Dia masuk ke dalam bilik Azrif Ayril.Dia duduk di sofa yang tersedia sambil menyilangkan kakinya.
"Bukan macam tu maksud aku.."
"Korang dua ni memang tak tahu malu kan?Dah lah menumpang kerja dekat sini.Boleh pulak buat macam ofis ni korang yang punya.Wow,aku tak sangka.Kedua-dua pelajar ternama dekat sekolah,akhirnya terpaksa kerja dekat syarikat ayah sedara sendiri.Wow.."
Izhan ketawa sinis.
"Apa kau cakap ni,Han?"
"Apa aku cakap?Salah ke apa yang cakap?Ops,kau terasa ke?Azrif,kau KP sekolah tu.Selalu naik pentas sekolah tu.Kau tak malu ke belajar tinggi-tinggi tapi kerja dengan ayah sedara sendiri?Huh.."
"Daripada kau tu.Lagi teruk!" kata Ayla Ayuni.
Geram dia tatkala Izhan memperlekehkan suaminya.
"Kau,Ayla.Kau tak de kena mengena dalam hal ni.Jangan nak menyibuk!" marah Izhan.
"Kenapa pulak?Yang kau cakap tu suami aku!"
"Kau ni!"
"Han!Okay,kalau kau tak suka aku dengan Ayla dalam syarikat ni,kitaorang boleh keluar.."
Kata-kata Azrif Ayril terhenti tatkala Izhan memintas.
"Memang aku tak suka korang dan memang aku nak kau berambus pon dari syarikat ni!Korang dua tak layak!" pintas Izhan.
"Tak de siapa pon yang akan keluar dari syarikat ni!" kata seseorang.
Mereka bertiga berpaling.
"Paklong?" kata Azrif Ayril.
"Papa?"
Izhan juga terkejut dengan kehadiran papanya.Dia bangun dari sofa itu.
"Kamu ni memang kurang ajar,Izhan!"
Paklong segera menampar pipi Izhan.
"Papa!Papa sanggup tampar Han?"
"Ye!Sebab kamu biadap!Patutnya dari dulu papa tampar kamu!"
"Pa,salah ke apa yang Han cakap?Dorang dua ni memang tak layak ada dalam syarikat kita!"
"Siapa cakap dorang tak layak?Han kena ingat tau.Syarikat ni milik Azrif jugak!Papa dengan arwah pakngah kamu sama-sama bangunkan syarikat ni.Jadi kamu tak de hak nak cakap dorang dua ni tak layak dalam syarikat ni!Faham?"
"Tapi.."
"Apa lagi?Apa lagi yang kamu tak puas hati dengan Azrif?Kamu nak jadi Ceo?Han,papa tak nak syarikat papa ni lingkup disebabkan kamu.Dah lah kamu tu ada panas baran!"
"Papa lebihkan anak sedara papa berbanding dengan Han?Sampainya hati papa.Teruk sangat ke perangai,Han?"
"Memang teruk!"
Izhan mengepal penumbuknya.Laju sahaja tangannya itu menerpa ke bibir Azrif Ayril.
"Kau memang melampau,Rif!"
Terduduk Azrif Ayril dibuatnya.Paklong meleraikan mereka.
"Han!Dah lah tu!"
"Kau tunggu Rif!Aku takkan mengalah dengan kau!" ujarnya sebelum keluar dari bilik itu.
Paklong juga keluar.Ayla Ayuni membantu membangunkan suaminya.
"Awak okay?"
"Saya okay je.Sikit je ni.."
"Melampau lah Han tu!"
Ayla Ayuni membelek-belek bibir suaminya yang sudah pecah itu.
Dia mengambil tisu lalu mengelap darah yang ada di bibir suaminya.
"Arrhhh!" jerit Azrif Ayril.
"Sorry!Sakit sangat ke?" kalut Ayla Ayuni bertanya.
"Sakit lah.."
"Sorry.."
Ayla Ayuni mempamirkan muka serba salah.
Azrif Ayril memandang isterinya.Dia tersengih.
"Sayang ni.Saya gurau je lah.Tak sakit pon.."
"Betul ni?"
"Ye,sayang.Saya dah biasa dah kena tumbuk ni.Ala,penumbuk Han tu kecik je.Tak rasa langsung.." ujar Azrif Ayril berlagak.
Padahal dia rasa sakit itu.Namun dibiarkan sahaja.Biarlah dia sahaja yang yang merasa sakit itu daripada Ayla Ayuni yang terpaksa menanggungnya.
"Awak rehat jelah.Saya nak keluar kejap.Nak sambung kerja.."
"Ala,buat dekat sini tak boleh ke?"
"Nanti Pak Long marah lah.."
"Tak de nya.Kalau Pak Long nak marah,biar saya yang marah paklong balik.."
"Awak ni!Tak baik tau.Pak Long dengar nanti.."
"Pak Long memang dah dengar pon,Ayla.Berani erk kamu nak marah pak Long balik ye,Azrif?" kata Pak Long.
Mereka berdua terkejut.
"Pak Long,Rif gurau je.." kata Azrif Ayril dengan riak wajah serba salah.
Niatnya hanya bergurau dengan isterinya sahaja. Tidak sangka Pak Longnya mendengar pula.
"Pak Long tahu,Rif.Pak Long saja je.."
Paklong tersengih.Azrif Ayril menghembuskan nafas lega.
"Pak Long minta maaf pasal Han tadi.Bibir kamu tu macam mana?"
"Tak pe,Pak Long.Rif faham.Ala,bibir ni okay je.Rif kan anak jantan.Sikit je ni.Nanti Ayla ubatkan okaylah.." kata Azrif Ayril sambil memandang Ayla Ayuni.
"Sweet memanjang je kamu berdua ni.Pak Long doakan kamu berdua bahagia.."
"Aamiinn.."
"Pak Long keluar dulu lah.Ayla,kamu nak duduk sini sampai malam ke?" perli Pak Long.
"Hah?Err..Ayla nak keluar lah ni.."
Ayla Ayuni terus berlalu keluar bersama Pak Long.Azrif Ayril hanya memerhati.
'Pak Long ni kasi lah aku nak nak bermanja-manja sekejap.Ishhh..tak support lah Pak Long ni..' getus Azrif Ayril.
Dia kembali meneruskan kerjanya yang berlambak di atas meja itu.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...