Kelas 4 Arif berada di luar bilik kesihatan.Masing-masing kelihatan cuak.
Azrif Ayril dan gengnya kebetulan lalu di depan bilik kesihatan.
"Eh,pahal dorang dekat luar bilik ni?" kata Nazrief Nauffal.
"Dorang kan nak ambik darah.." ujar Adam Daniel.
"Ayla tak bagitau kau ke,Rif?" soal Heidy Rykarl.
"Patutlah dia semacam je pagi tadi.." balas Azrif Ayril.
"Dia takut lah tu.." kata Adam Daniel.
Mereka berempat ketawa.
Ayla Ayuni dan gengnya memandang mereka berempat.
"Good luck,korang.." ucap Nazrief Nauffal.
"Nees,kau rileks je.Jarum tu tak tajam pon.Rasa dia macam kena gigit semut je.Yang pastinya,sedap.." ujar Heidy Rykarl pula.
"Banyak lah,kau!" kata Hanees Hafeera.
"Ayla Ayuni.." kata nurse itu.
Terkejut Ayla Ayuni.Teragak-agak dia masuk ke dalam bilik kesihatan itu.Azrif Ayril hanya memandang.
Putri Amyra hanya memandang Adam Daniel.Dapat tengok crush terus hilang rasa takut.
"Myra?Are you okay?" soal Nazrief Nauffal.
"Hah?"
"Dari tadi pandang Adam.Dam,kau tak de kata-kata semangat ke dekat si Myra ni?Kesian dia.." usik Nazrief Nauffal.
"Kau ni.Kesian Myra.Tengok tu muka dia dah merah dah.." kata Adam Daniel sambil memandang juniornya itu.
Putri Amyra sudah malu.Dia memandang ke arah lain.Nasya Eleena dan Hanees Hafeera sudah tersengih.
"Jom arhh.Time bertugas ni.." kata Azrif Ayril.
Mereka berempat beredar dari situ.
Ketika itu,Ayla Ayuni keluar.
"Ayla,kau okay tak?" soal Nasya Eleena.
"Aku okay je.Betul cakap dorang macam gigit semut je.." kata Ayla Ayuni sambil cuba menahan sakit.
Bisanya masih terasa.
"Kau betul ke ni?Muka tu berkerut-kerut,kenapa?" soal Hanees Hafeera.
"Sikitlah.Erm..kenapa Myra tu diam je?"
"Kena usik sebab tu lah diam je.Malu lah tu.Tu lah.Pandang Adam macam pandang apa je.." kata Nasya Eleena.
"Diam lah!" marah Putri Amyra.
Mereka bertiga ketawa.
***
Ayla Ayuni masuk ke rumah.Lenguh di tangannya masih terasa.
"Okay tak?" kata Azrif Ayril.
"Okay je.."
"Ohh,okay.Aku naik dulu.Nak mandi.."
Ayla Ayuni mengangguk.Dia juga naik ke biliknya.
Setelah selesai membersihkan diri dan solat,dia turun kembali ke bawah.Dia menyediakan makanan.
Azrif Ayril turun tidak lama kemudian.Dilihatnya makanan yang sedang dihidang.
"Jom makan.." ajak Ayla Ayuni.
"Jom.."
Mereka menjamu selera.Setelah itu,mereka duduk di ruang tamu.
"Ayla.."
"Apa?"
"Tolong aku packing baju.."
"Kau nak pergi mana?"
"Jumaat ni kan aku pergi kem belajar.."
"Ohh.."
"Aku pergi tiga hari je.Kan bagus kalau kita sama batch.Dapat pergi sama-sama.."
"Tak nak aku sama batch dengan dua minah tu.."
"Siapa?"
Berkerut dahi Azrif Ayril.
"Ryana dengan Wina tu lah.Aku pelik lah.Ryana tu kan pandai tapi perangai dia tak kena dengan dia.Kalau si Wina tu gagah lah jugak.."
"Ohh,pandai eh kutuk dorang?Depan-depan diam je.."
"Amboi,back up dorang nampak?Mana ada aku diam.Cuma aku malas nak cari gaduh.Dah lah sebab minah tu aku digantung jawatan.."
"Sorry.Aku tuduh kau melulu.Cikgu Idah dengan Puan Rahayu minta maaf kat kau.Dorang dah tengok cctv tu.Memang Wina yang buat semua tu.."
"Aku dapat balik jawatan aku?Yeah.."
Ayla Ayuni melompat-lompat.Oleh kerana terlalu syok,dia tertolak karpet lalu dia ingin tersadung.
Azrif Ayril menangkap tubuh kecil itu.Terkaku Ayla Ayuni seketika.
"Err.."
Azrif Ayril segera melepaskan isterinya.
"Aku..aku naik bilik kejap.."
Dia mengatur langkah ke tangga.Ayla Ayuni hanya kaku di situ.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...