💐Special chapter 9💐
Malam itu,mereka menunaikan solat isyak secara berjemaah.Selesai Syed Affan membacakan doa,dia berpusing menghadap isterinya.
Putri Amyra menyalam penuh hormat tangan suaminya.Syed Affan mengucup lembut dahi Putri Amyra.
Selepas itu,masing-masing mula melipat sejadah.
"Jom,dear.Kita turun bawah.Abang tak sabar nak rasa maggie goreng dear.."
Tangan Putri Amyra ditarik agar mengikuti langkahnya.Hampir sahaja gadis itu terdorong dek kerana langkah yang agak laju diatur oleh Syed Affan.
Mereka tiba di dapur.Tangan isterinya dilepaskan.
"Dear masak.Abang tunggu dekat depan.." ujar Syed Affan kemudian dia berlalu ke ruang tamu.
Putri Amyra terpinga-pinga seketika.Macam tu je?Tak nak tolong sekali?
Dia kemudian mengambil dan membuka dua bungkus mi sedaap goreng lalu dimasukkan ke dalam kuali yang sudah tersedia air yang sedang mendidih.
Beberapa minit kemudian,dia siap menggoreng maggie.Dia mengambil dua pinggan lalu diletakkan maggie itu sama rata tetapi pada pinggan suaminya,dia letak lebih sedikit.
Dia membawa dua pinggan itu ke ruang tamu.Kelihatan suaminya sedang kusyuk memandang televisyen.
"Nah,untuk abang.." hulurnya.
"Terima kasih.." balas Syed Affan sedikit teruja melihat maggie yang sudah siap digoreng itu.
Putri Amyra mula ingin mengatur langkah ke dapur semula apabila teringatkan minuman yang sudah siap dibancuh untuk mereka namun pergerakannya terhenti apabila Syed Affan mencapai tangannya.
"Nak pergi mana?" soal Syed Affan.
"Nak ambil minuman untuk kita.Myra lupa pulak.."
"Ohh.."
Dia mula melepaskan tangan isterinya.
***
Mereka menikmati maggie goreng itu sambil menonton drama thai yang bertajuk 'My Ambulance'.
Putri Amyra memandang ke arah suaminya yang begitu kusyuk melihat drama itu.
"Abang memang suka layan drama thai ke?"
"Tak jugak sebenarnya.Dulu zaman universiti,ada seorang member abang yang suka sangat layan.Abang pun join jelah.Tak sangka best.." balas Syed Affan tanpa memandang ke arah isterinya.
Matanya kusyuk melihat scene yang ada pelakon cantik Mai Davika.
Itu yang membuatkan Putri Amyra sakit hati.
"Apalah masalah Dr.Peng ni?Dah dapat awek cun pun still tak nak ajak kahwin.Kerja tu memang lah penting tapi Tantawan pun penting jugak lah.." kata Syed Affan geram.
Putri Amyra hanya mendengar.
"Abang ni,biarlah.Tu kan drama.Lebih-lebih pulak abang ni.." tegurnya.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...