Ayla Ayuni membelek-belek fonnya.
"Hah,buat apa tu?" sergah Azrif Ayril.
Akibat terlalu terkejut,fon Ayla Ayuni terlepas dari tangannya.
"Kau ni.Tengok!Terkejut aku tau tak?" marah Ayla Ayuni.
"Dah kau tu khusyuk sangat.."
"Weh,aku bosan lah.Jom keluar.." ajak Ayla Ayuni.
"Aku baru dapat call dari Pak Long.Pak Long ajak kita ke rumah dia.." balas Azrif Ayril apabila teringat yang Pak Longnya ada menghubunginya beberapa jam yang lepas.
"Ohh.Nak pergi sekarang ke?"
"Tak lah tahun depan kita pergi.."
"Azrif!"
"Ye,aku main-main jelah.."
"Aku pergi siap kejap.."
"Tak payah pakai lawa-lawa.Rumah Pak Long aku je.Ohh,lupa dekat situ kan ada Izhan.Kau nak mengorat dia kan?"
"Izhan?" kata Ayla Ayuni pelik.
Takkan Izhan yang sama kot?
"Ye lah,Izhan 4 Usaha tu. Sepupu aku tu.."
"Dia sepupu kau?"
Ayla Ayuni menayangkan mukanya yang tidak percaya.
"Kenapa kau ni?Macam dah kenal lama je dengan Izhan tu?"
Azrif Ayril memandang pelik ke arah gadis itu.
"Tak de pape lah.."
Setelah bersiap,mereka berlalu ke rumah Pak Long Azrif Ayril.
"Assalamualaikum.." ucap mereka serentak.
"Waalaikumusalam.Dah sampai dah.." balas Mak Long.
Ayla Ayuni menyalam Mak Long.
"Masuk lah.."
"Terima kasih.."
Mereka berkumpul di ruang tamu.
"Ada apa Pak Long nak jumpa kami?" soal Azrif Ayril memulakan perbicaraan.
"Aik?Pak Long nak jumpa anak sedara sendiri pon salah ke?" kata Pak Long.
"Bukan macam tu,Pak Long.."
"Tak de.Pak Long ingat lepas kamu habis SPM,Pak Long nak kamu ambik alih syarikat Pak Long tu.."
"Pak Long biar betul?Habis Han macam mana?"
"Pak Long tak percayakan dia tu.Dia tu langsung tak boleh harap.."
"Rif ikut Pak Long je.."
"Baguslah kalau macam tu.Untung betul arwah papa dengan mama kamu.."
Azrif Ayril hanya senyum nipis.
Izhan yang baru turun terkejut melihat tetamunya.
"Hah,Han.Kamu baru turun?" ujar Pak Long.
"Papa ni.Hari ni kan cuti.Bagilah Han rehat.Kan,Ayla?"
Azrif Ayril terkejut.Dia memandang Izhan.
"Kamu berdua makan sini ehh?Mak Long dah siapkan makan tengahari.." kata Mak Long.
Mereka mengangguk.Setelah selesai makan,Ayla Ayuni berlalu ke halaman luar rumah.Saja mahu mengambil angin.
"Ayla.."
Ayla Ayuni berpaling.Terkejut dia melihat Izhan.
"Aku rindu kau.."
"Kau jangan macam-macam ehh?Aku jerit karang.." ujar Ayla Ayuni bengang.
"Huh..kau ni.Aku punya lah baik bertegur sapa dengan kau.Macam ni kau balas?"
"Aku tak de masa nak bertegur sapa dengan orang macam kau ni.Aku nak ingatkan kau,jangan ganggu Nasya lagi.Kalau tak nahas kau!"
"Hurm..masalahnya aku dah pon ganggu dia.Dia tu hah sombong sangat dengan aku.Aku pon ganggu lah dia.Kalau kau jeles,meh aku ganggu kau pulak.." usik Izhan sengaja ingin menakut-nakutkan gadis itu.
"Kau ni memang binatang,Izhan!"
"Aku manusia lah.Kau ni kalau rabun pkailah spek.Aku ni punyalah hensem,binatang kau panggil aku?"
"Ye,sebab kau memang binatang.Kalau aku tak de waktu tu,tah apa lah jadi dekat Nasya.."
"Hurm..tak pe lah.Aku masuk dalam dulu.Kat sekolah nanti kita jumpa lagi erk?Bye.Say love you dekat Nasya.."
Izhan masuk ke dalam rumah.Ayla Ayuni membuat muka menyampah.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...