"Rif,bangun.Kau pergi kerja ke tak ni?" kata Heidy Rykarl sambil mengejutkan sahabatnya.
"Sayang,penatlah.5 minutes more,please.." ujar Azrif Ayril dalam keadaan mamai.
"Woi!Bangun!Aku bukan sayang kau lah.Aku Heidy!"
Heidy Rykarl memukul Azrif Ayril dengan bantal.
"Apa ni?!" kata Azrif Ayril yang sudah bangun dari pembaringannya.
"Dah kau tak nak bangun.Tu je cara untuk kau bangun.Tu lah.Rindu pergi lah balik sana.Sibuk nak tidur dekat sini.."
Azrif Ayril mengosok-gosok matanya.
"Dy,aku pinjam kemeja kau ehh?"
"Banyak lah kau!Erm..ambiklah.Pandai-pandai arhh gosok sendiri.Aku tunggu kau dekat bawah.."
Azrif Ayril hanya mengangguk.Nasib baiklah saiz badan mereka lebih kurang sahaja.
Setelah selesai bersiap,Azrif Ayril terus menuju ke bawah.
"Kau nak sarapan tak?" soal Heidy Rykarl.
"Tak pe,aku sarapan dekat ofis je.."
Azrif Ayril terus beredar ke kereta.
Setelah beberapa minit,dia sampai di pejabat.Dia terus masuk ke biliknya.
Ayla Ayuni yang baru sampai terkejut dengan kehadiran suaminya.
Dia terus menerpa ke arah bilik suaminya.
"Abang,abang pergi mana semalam?Abang tidur mana semalam?Sayang risau tau tak?"
"Hari ni aku ada apa?" ujar Azrif Ayril kasar.
"Abang.."
"Aku tanya kau ni.Hari ni apa jadual aku?Kalau tak de pape,kau boleh angkat kaki dari sini.."
"Err..abang ada appointment dengan Dato Amril.Tu je.."
"Dah?Kau boleh keluar.." halau Azrif Ayril.
"Abang,apa salah Ayla?"
"Salah kau?Pandai-pandailah kau cari.Dah lah.Berambus!Aku busy!"
Azrif Ayril mengambil fail.Dia membelek-belek fail tersebut.
Ayla Ayuni melangkah keluar dari bilik suaminya.
Dia kembali ke mejanya.
'Ya Allah,apa salah aku?' getus hatinya.
Nasya Eleena yang baru keluar dari pantry terus menerpa ke arah sahabatnya itu.
"Ayla,kau okay?"
"Nasya,apa salah aku dekat Rif?Dia tak nak layan aku.." adu Ayla Ayuni.
"Dia stres lah tu.Kan keputusan tender juta ringgit tu tak dapat lagi.Kau jangan lah fikir bukan-bukan.Nanti kau sakit,siapa susah?"
Ayla Ayuni mengangguk faham.
"Aku pergi sambung kerja dulu ehh?" kata Nasya Eleena.
"Okay.."
***
Setelah habis waktu lunch,Ayla Ayuni kembali ke mejanya.
"Ikut aku.." ujar Azrif Ayril.
"Pergi mana?"
Ayla Ayuni terpinga-pinga.Azrif Ayril segera mencapai tangan isterinya.
Dibawanya ke dalam kereta.
"Kita nak pergi mana?" soal Ayla Ayuni.
"Pergi Amrina Holding.."
"Ohh.."
Mereka sampai Amrina Holding beberapa minit kemudian.
"Selamat datang ke Amrina Holding.." ujar seorang wanita.
"Dato Amril ada?" soal Azrif Ayril.
"Err..Dato Amril ada hal tapi anak dia yang akan ganti.."
"Okay.."
"Mari saya tunjukkan bilik anak dia.."
Wanita itu membawa Azrif Ayril dan Ayla Ayuni ke bilik Zhafran Amirul.
Pintu bilik diketuk.
"Encik,ni wakil ni syarikat Golden Holding.."
"Okay,terima kasih.."
Mata mereka mula menatap antara satu sama lain.
"Ayuni.." kata Zhafran Amirul.
"Ehem.Boleh kita mulakan perbincangan kita?" soal Azrif Ayril.
"Yea,sure.."
Sepanjang perbincangan,mata Zhafran Amirul tidak berganjak memandang Ayla Ayuni.
Ayla Ayuni semakin tidak selesa.Azrif Ayril yang perasan mula terasa panas.
Setelah beberapa jam berlalu,perbincangan selesai.
"Thank you very much,Encik Azrif.." ucap Zhafran Amirul.
"Kenapa kau dari tadi pandang 'isteri' aku macam tu?" soal Azrif Ayril sinis.
"Isteri?Siapa isteri Encik Azrif?"
"Ayla Ayuni binti Aril.."
"Apa?"
"Kenapa?Terkejut?"
Ayla Ayuni terkaku.
"Tak pe lah.Kami balik dulu.." ujar Azrif Ayril.
Zhafran Amirul mengepal penumbuknya.
"Sampai hati awak tipu saya,Ayuni.Saya akan rampas awak.Tu janji saya!Saya takkan lepaskan awak.Awak milik saya!Hanya saya!" ujarnya sendirian.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...