part 69

16.7K 516 24
                                    

Ayla Ayuni melilit shawl menutupi kepalanya.Setelah siap,dia turun ke bawah.

Azrif Ayril yang baru hendak menyuap mee goreng terus berhenti.Dia merenung tajam ke arah isterinya.

"Kau nak pergi mana?"

"Ayla nak pergi kerja lah.."

"Boleh tak kau duduk je rumah?Kau tu tak sihat lagi.Jadi pape nanti aku yang susah.."

"Ayla susahkan abang ke?"

"Err..bukan macam tu maksud aku.."

"Tak pe lah.Ayla duduk rumah je lah.."

Ayla Ayuni berlalu naik ke bilik.Azrif Ayril mengeluh.

Dengan pantas dia menarik tangan isterinya.

"Okay,aku minta maaf.Aku tak maksudkan pon.." pujuk Azrif Ayril.

"Tak pe lah.Ayla faham.."

Ayla Ayuni melepaskan pegangan suaminya.Dia naik bilik.

Azrif Ayril memerhati isterinya.Dia mengambil kunci kereta dan beredar dari situ.

Sampai sahaja di pejabat,dia masuk ke dalam biliknya.

"Rif,boleh Pak Long masuk?" ujar Pak Long di muka pintu.

"Masuk lah.."

Pak Long duduk di hadapan anak sedaranya itu.

"Ayla macam mana?Okay?"

"Biasalah muntah-muntah sikit.Tapi dia okay je.."

"Kamu berdua okay kan?Pak Long bukan nak menyibuk tapi Pak Long ada terdengar kamu marah-marah Ayla haritu.." kata Pak Long.

"Rif bukan apa.Rif kecewa.."

"Rif,Ayla tu sayangkan kamu.Pak Long yakin dia mesti ada sebab rahsia hal tu.."

"Tapi Pak Long.."

"Rif,rumahtangga ni kita kena jaga elok-elok.Walau marah sekalipon kita ni kat isteri,kita kena cepat-cepat padamkan kemarahan tu.Rif nak ke Ayla tu jatuh kat tangan orang lain?Pak Long tak nak kamu berdua bercerai-berai.."

"Rif faham.."

"Kalau faham,berbaik lah dengan Ayla tu.Ayla tu pon ada perasaan.Jangan buat dia macam tu.Lagi-lagi sekarang kan dia tengah berbadan dua.Kalau dia stres,dia boleh gugur tau tak?Kamu nak ke hilang anak buat kali kedua?"

Azrif Ayril terdiam.

"Balik ni kamu pergi berbaik dengan dia.Minta maaf kat dia.Tak salah kalau Rif yang mulakan walaupon Ayla yang salah.Tapi bagi Pak Long dua-dua salah.."

"Pak Long datang ni sebab nak cakap hal Rif ke?" soal Azrif Ayril.

"Amboi,perli Pak Long ke apa?Tak.Pak Long datang ni sebab nak cakap pasal tender yang berjuta ringgit tu.Terima kasih,Rif.Kita dapat tender tu.."

"Ya Allah,betul ke ni Pak Long?"

"Ye.Mungkin ni rezeki anak kamu kot.."

Azrif Ayril hanya senyum.

"Okaylah,Pak Long keluar dulu ye.Ingat apa yang Pak Long cakap tadi.." ujar Pak Long sebelum keluar.

***

Ayla Ayuni menahan sakit di kepalanya.Tiba disaat itu,kedengaran orang memberi salam.

Dia keluar dari biliknya.Dia menuju ke bawah.

"Maksu?"

Dia menyalam tangan maksu.

"Maksu buat apa kat sini?Kenapa datang tak bagitau dulu?"

"Saja je maksu singgah.Maksu tengok pucat je muka kamu ni.Kamu dah makan ke belum?" soal maksu.

"Ayla tak de selera lah.Masuk lah maksu.."

Mereka berbual di ruang tamu.

"Kamu ni kenapa tak makan?Tak elok tau macam ni.Kamu tak kesiankan anak kamu ke?"

"Maksu,Ayla okay.Tak payah lah risau.."

"Ishh,kamu ni.Tak kesian langsung dekat baby.."

"Maksu ni,Ayla tak de selera lah.Nanti makan pastu muntah.Kan membazir?"

"Menjawab je kamu ni.."

Ayla Ayuni yang baru ingin melangkah terus tumbang.

"Ayla!"

Maksu menepuk-nepuk pipi Ayla Ayuni.Maksu terus mengambil fonnya lalu menghubungi Azrif Ayril.

"Cepat lah angkat,Rif.Maksu dah tak tahu nak buat apa ni.." ujar maksu yang sedang panik itu.

Panggilan masih belum disambung.

Setelah tiga kali dihubungi akhirnya panggilan disambung.

"Rif!Ya Allah,kamu ni.Please balik sekarang!Ayla pengsan!"

"Apa?!Okay,Rif balik sekarang!"

Talian dimatikan.

Setelah beberapa minit,Azrif Ayril tiba di muka pintu.

"Maksu,macam mana boleh jadi macam ni?" soalnya cemas.

"Tetiba je dia rebah.Terkejut maksu.."

"Tak pe lah.Rif angkat Ayla naik bilik dulu ye.."

Maksu mengangguk.Azrif Ayril segera mencempung tubuh kecil itu.

Dibaringkan Ayla Ayuni ke atas katil.

Maksu tiba dengan menatang dulang yang berisi air masak dan bubur.

"Rif,maksu balik dulu ye.Paksu kamu tu dah tunggu kat rumah tu.Ayla tu kejap lagi sedar lah tu.Suap dia bubur tu.Dari tadi tak makan.Tu sebab lah dia pengsan kot.."

"Ye lah.Terima kasih maksu sebab jenguk Ayla.Kalau maksu tak de tadi tah apa jadi kat Ayla ni.."

Setelah menghantar maksu ke luar rumah,Azrif Ayril segera naik ke bilik.

Ayla Ayuni mula sedar.Dia memegang kepalanya yang terasa berat.

"Puas dah buat aku risau?"

Ayla Ayuni memandang suaminya.

"Abang?Bila abang balik?Maksu mana?"

"Maksu dah balik dah.Ni aku nak tanya.Kenapa kau tak makan?"

"Sorry buat abang risau.Ayla tak de selera.Takkan Ayla nak paksa diri?" kata Ayla Ayuni sambil membela diri.

"Meh,aku suapkan kau bubur.."

"Abang marah?"

"Kau tak makan bubur ni lagi aku marah.Kalau kau tak kesiankan diri kau,kesiankan baby kita tu.." ujar Azrif Ayril sedikit tegas.

"Okay.."

Ayla Ayuni menundukkan wajahnya ke bawah.Azrif Ayril menyuapkan bubur itu ke dalam mulut isterinya.

Sorry I'm late😔😔😔
Vote and comment okay?Love you guys😘😘😘💕💕

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now