Ayla Ayuni merenung Azrif Ayril yang sibuk berbincang dengan Puan Idah dan Encik Hamidi.
"Ayla.."
Nasya Eleena menepuk bahu sahabatnya.Terkejut Ayla Ayuni.
"Kau ni pahal?Terkejut lah.."
Ayla Ayuni pura-pura marah.
"Kau pandang apa tu,Ayla?" soal Hanees Hafeera pula.
"Mana ada aku pandang siapa-siapa.Aku tengah terfikir nak pakai baju apa waktu hi tea nanti.."
Dia menghembuskan nafas lega.Mujurlah otaknya ligat berfikir.Nanti kalau dia terkantoi,mahu diusik dengan sahabat-sahabatnya.
"Ha'ah,kan?Aku pon tak tahu nak pakai baju apa.." sampuk Putri Amyra pula.
"Kau tu tak payah nak lawa-lawa.Lain lah Ayla.Dia berhak lawa supaya Azrif tak cari lain.." kata Hanees Hafeera.
"Kau jeles kan aku lagi lawa dari kau?" kata Putri Amyra.
"Apa ni?Pasal ni pon nak gaduh ke?" kata Ayla Ayuni.
"Ayok!Ayla marah.." ujar Nasya Eleena.
"Okay,kamu semua boleh bersurai.Jangan lupa hi tea esok.Pakai lawa-lawa ye.." pesan Puan Idah.
Semua pengawas beredar ke kelas masing-masing.
Waktu rehat
Nasya Eleena ke koperasi sekolah.Sejak jadual bertugas tukar,dia dikehendaki jaga di situ.
"Hi sweetie.." ujar Izhan.
"Apa ni,Han?"
Nasya Eleena mula tidak selesa.
"Jangan lah masam macam ni.Aku tak suka tengok sweetie aku masam macam ni.."
Izhan merapatkan dirinya ke arah gadis pujaannya itu.
"Han!Apa ni?Orang ramai lah!"
"Ohh.Kalau orang tak ramai,aku boleh lah.."
Izhan berhenti berkata kemudian dia tersenyum nakal.Dia ingin mencuit dagu gadis itu namun tindakannya terbatal apabila seseorang memanggil namanya.
"Izhan!" jerit seseorang.
Mereka berdua berpaling.
"Apa kau buat ni?" ujar Nazrief Nauffal.
"Kau ni sibuk arhh.." marah Izhan.
"Kau pergi beratur sekarang!Rehat dah habis!" tegas Nazrief Nauffal berkata.
Nasya Eleena menghembuskan nafasnya tanda lega.
"Sweetie,nanti kita sambung lagi tau.." ujar Izhan.
Izhan sempat menjeling ke arah Nazrief Nauffal.
Setelah itu,dia beredar dari situ.
Nasya Eleena dan Nazrief Nauffal masing-masing membisu.
"Err..thanks.." ucap Nasya Eleena.
"It's okay.."
"Erm..aku gerak dulu lah.Sekali lagi terima kasih.."
"Nasya.."
Langkah Nasya Eleena terhenti.
"Ye?"
"Lain kali jaga tu berteman lah.Kalau kau tak ada peneman.Aku boleh jadi peneman kau.Lagipon Izhan tu bahaya.." pesan Nazrief Nauffal.
Nasya Eleena hanya mengangguk faham.Dia kemudian beredar dari situ.
***
Ayla Ayuni sibuk mencari pakaian yang sesuai untuk hi tea pengawas nanti.
"Ni macam tak je.Yang ni lagi lah tak okay.Hurm..yang ni?Aduh,mana satu ni?"
Pening kepalanya.
Azrif Ayril yang duduk di hadapan pintu bilik isterinya hanya memerhati.Sesekali dia tergelak sendirian.
Ayla Ayuni memandang ke arah Azrif Ayril yang sedang gelak itu.
"Aku buat lawak ke?" soalnya.
"Ha'ah,kau ni.Pilih baju je pon.Bersepah macam cari apa je.."
"Suka hati aku lah.Kau buat apa kat sini?"
"Aku nak tolong kau.Meh,aku tolong.."
Azrif Ayril mendekati isterinya.Dia membelek-belek baju yang ada di atas katil.
"Kau dah ada baju ke?" soal Ayla Ayuni.
"Lelaki ni senang je cari baju.Tak macam perempuan,complicated.." ujar Azrif Ayril.
"Amboi,sedap mulut kau je!Dah aku tak tahu nak pilih yang mana,nak buat macam mana?"
"Kau pakai yang ni je.Pastu pakai shawl.Biar tak de siapa minat dekat kau.Lelaki ni dia suka perempuan pakai bawal tau.Tapi bila kau pakai shawl tak de siapa yang akan minat kau.Hahahaha..padan muka!" kata Azrif Ayril lagi sambil memegang dress labuh berwarna biru laut itu.
"Ewah-ewah.Siapa kata tak de orang suka aku?Mana kau tau lelaki suka perempuan pakai bawal berbanding pakai shawl?"
"Aku tau lah.Aku kan lelaki.Kitaorang suka perempuan pakai bawal.Sebab bila pakai bawal nampak matang,cantik.Bila pakai shawl,dah serupa pakai helmet tau tak?"
Ayla Ayuni mengetap bibirnya menahan marah.
"Suka hati aku lah nak pakai apa pon!Sini baju tu!"
Dia merampas baju itu.
"Ayla.."
"Apa?"
"Kau tenung aku kan tadi?" soal Azrif Ayril yang cuba mengusik.
"Bila masa pulak aku tenung kau?Orang lain yang tenung kau,aku pulak yang kena?"
"Tadi waktu aku berbincang dengan Cikgu Idah dan Cikgu Hamidi.Kau tenung aku kan?Aku perasan lah.Kau tak payah nak cover line.."
"Kau ni kuat betul perasan kan?Bila masa tah aku tenung kau.Dah lah,aku nak tidur.Esok nak pergi hi tea.Nak lawa-lawa.Biar Sir Faiq terpikat.."
Ayla Ayuni mengekek ketawa.
"Amboi!Berdosa tau tak?Kau nak lawa-lawa dekat aku je.."
"Biar lah.Dah,aku nak tidur.Good night.Erm..by the way,tak sangka KP yang sorang ni kaki skodeng rupanya.Sekarang saya tahu.."
"Aku bukan skodeng lah!Aku nak jaga kau je.."
Azrif Ayril berlalu keluar dari bilik itu.Dia menuju ke biliknya.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...