Pagi itu,Ayla Ayuni dan Azrif Ayril bersiap untuk ke sekolah.Mereka keluar dari bilik masing-masing.
"Ayla.."
"Ye?"
"Petang ni aku balik lambat sikit tau.Jangan tunggu aku.."
"Siapa nak tunggu kau?Tak ingin aku.."
"Kau ni.Jom lah turun.Nanti lambat pulak.."
Setelah bersarapan,mereka beredar ke sekolah.Sampai sahaja di sekolah,Ayla Ayuni terus berlalu ke tempat bertugasnya.
Azrif Ayril hanya memerhati.
"Hah,usya anak dara orang?" kata Adam Daniel.
"Anak dara?"
"Ye,Ayla.Ke korang dah..?Kau jangan.Ayla tu SPM pon tak lepas lagi.."
"Aku tau lah.Aku masih waras lagi.Lain lah kalau kau.."
"Aku?Siapa lah nak dengan aku ni.."
"Myra ada.Kau pulak yang jual mahal.." kata Nazrief Nauffal pula.
"Myra?Kenapa dengan dia?" soal Adam Daniel pelik.
Tiba-tiba sahaja nama juniornya itu naik.Sungguh dia tidak mengerti.
"Kau tak perasan ke yang dia suka kau?" kata Azrif Ayril.
Adam Daniel tersengih.
"Merepek lah korang ni.Kalau betul Myra tu suka aku,dah lama dah dia mengaku.."
"Kau ni agak-agak lah dia nak mengaku.Kena tolak naya je.." kata Heidy Rykarl pula.
"Okay lah,aku bertugas dulu.." kata Azrif Ayril.
Dia beredar dari situ.
***
"Pukul 12 karang semua cikgu ada mesyuarat.Jadi saya nak kamu semua buat sport check.Saya dapat aduan budak form 3 ada yang bawak fon.." kata Puan Idah.
Mereka mengangguk faham.
"Baik,cikgu.." kata Azrif Ayril.
"Okay,kamu semua boleh bersurai.Azrif dengan Dhia tunggu.Saya ada benda nak bincang dengan kamu berdua.."
Azrif Ayril dan Dhia berpandangan.
'Mati lah.Ni mesti kena bebel..' getus Dhia.
'Masaklah.Dorang ni tahu buat masalah je.Yang kena aku.Huh..' getus Azrif Ayril pula.
Setelah habis perjumpaan pengawas,mereka bersurai.
Putri Amyra tidak habis-habis memandang Adam Daniel.Bibirnya mengukir senyuman.
"Woi!Kau pahal?Angau?" kata Nasya Eleena.
Mereka berempat menuju ke tangga untuk naik ke kelas.
"Biarlah.." balas Putri Amyra.
"Kalau suka tu terus terang.Nanti melepas baru padan muka.." kata Nasya Eleena lagi.
"Tak nak lah.Nanti kena reject malu lah aku.By the way aku ni just suka bukannya nak couple dengan dia pon.."
"Dah lah tu.." tegur Ayla Ayuni.
"Tahu lah orang tu dah bahagia.." kata Putri Amyra.
"Apa pulak aku?" soal Ayla Ayuni pelik.
"Ayla,aku rasa ada orang jeles lah kat sini.." usik Hanees Hafeera pula.
"Ishh,korang saja kan?"
Putri Amyra terlebih dahulu masuk ke dalam kelas.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Dla nastolatków#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...