part 4

24.9K 830 40
                                    

"Ayla.." tegur Dhia disaat berselisih dengan juniornya sewaktu dalam perjalanan ke bilik disiplin.

"Eh,Kak Dhia.."

"Ayla bagi kunci bilik pengawas ni kat KP kita tu.Akak nak masuk bilik disiplin kejap.Tadi cikgu Idah panggil akak.." ujar Dhia aka PKP sekolah itu sambil menghulur segugus kunci.

Ayla Ayuni mengangguk.Dia mencari Azrif Ayril.

"Adam,kau ada nampak Azrif tak?" soalnya tatkala melihat salah seorang geng Azrif Ayril iaitu Adam Daniel.

"Tak de lah pula.." balas Adam Daniel sambil membetulkan jam yang berada di pergelangan tangan kirinya.

"Erm..kalau kau jumpa dia,bagi kunci ni kat dia.Tadi Kak Dhia pesan kat aku suruh bagi kat dia.." hulur Ayla Ayuni segugus kunci itu.

"Okay.Erm..Ayla.."

"Ye?"

"Tahniah.." ucap Adam Daniel tiba-tiba.

"For what?"

Ayla Ayuni memberikan pandangan pelik kepada lelaki itu.Tiba-tiba sahaja mengucapkan tahniah kepadanya.Rasanya dia tidak menang apa-apa pertandingan.

"About your dad and Azrif 's mom.."

"Ohh.Erm..jangan lupa bagi kunci tu tau.."

Adam Daniel mengangguk.Ayla Ayuni beredar dari situ.

Kemudian,Azrif Ayril,Nazrief Nauffal dan Heidy Rykarl berada di situ.

"Kau borak apa dengan Ayla?" soal Azrif Ayril.

"Ni,Dhia bagi kau.Dia suruh Ayla pas kat kau.." balas Adam Daniel sambil menghulurkan segugus kunci.

"Ohh.."

***

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.

"Ayla,kau nak makan apa?" soal Nasya Eleena.

"Macam biasalah.Aku tunggu kat tempat bertugas.."

"Okay,jom Myra teman aku pergi beli.."

"Yelah.." ujar Putri Amyra.

"Ayla,aku gerak dululah.." ujar Hanees Hafeera.

Dia berlalu ke tempat bertugasnya iaitu di tangga perempuan.

Ayla Ayuni pula beredar belakang dewan.

Azrif Ayril juga berada di situ.Mata mereka bertembung.

"Hai,adik.." ujarnya.

"Kau ni kenapa?" marah Ayla Ayuni.

"Wow,lek arhh.Jangan lah marah.Nanti cepat tua.."

"Ayla.."

Ayla Ayuni berpaling.

"Nah.."

Dia menyambut huluran Nasya Eleena.

"Bertugas!Jangan tahu makan je.." kata Azrif Ayril.

"Baik,bos.." ucap Nasya Eleena.

"Nasya,pesan kat kawan kau tu makan biarlah beradab.Makan tu duduk.Ni tak,makan sambil berdiri ni ibarat makan dengan syaitan.." ujar Azrif Ayril.

Ayla Ayuni menjeling Azrif Ayril.

"Apa masalah kau,hah?Aku tak kacau pun kan?"

"Aku nasihat.Tak salah kan kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain.Betul tak,Nasya?"

"Eerr..betul.."

"Hah,see!Nasya pun cakap betul.."

Azrif Ayril tersenyum riang.Dia beredar dari situ.

Nasya Eleena masih tersenyum.

"Yang kau senyum macam tu kenapa?"

"Salah erk aku senyum?Senyum kan sedekah?"

"Kau dengan KP kau tu sama je!Dua kali lima je!"

"Dua kali lima bersamaan sepuluh,cik Ayla.."

Ayla Ayuni mencebik.Nasya Eleena ketawa.

Setelah itu,mereka mengarahkan beberapa murid lelaki yang suka melepak di belakang dewan beratur.

"Rehat dah habis!Pergi beratur.." ujar Ayla Ayuni.

"Tak sangka budak form 4 macam korang ni berani tegur kitaorang.." ujar Raziq.

"Korang ingat kitaorang takut ke dengan korang?" ujar Nasya Eleena pula.

"Korang dua ni cantik sangat.Geram pula abang tengok.." ujar Darwish pula.

Mereka ketawa jahat.

"Dah!Beratur sekarang!"

"Ops,adik marah lah.Jom guys.."

Mereka beredar dari situ.Ayla Ayuni dan Nasya Eleena mengeluh lega.

Nasib baik mereka tidak buat apa-apa.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now