part 55

15.8K 445 33
                                    

Ayla Ayuni bersiap untuk berjumpa dengan Zhafran Amirul.Entah kenapa hatinya terasa berdebar-debar.

"Tak payah lawa sangat.."

Azrif Ayril memberi amaran.Ayla Ayuni tersenyum di hadapan cermin itu.

"Aku memang lawa pon kan?"

"Perasan!"

"Okaylah,aku dah siap.Aku pergi dulu tau.."

Tangan Azrif Ayril dicapai.Dia menyalam tangan suaminya itu.

Azrif Ayril sempat mengucup dahi Ayla Ayuni.

"Jangan lama sangat tau.Aku rindu.."

"Mengada lah kau ni!"

"Hati-hati bawak kereta tu.Selalu ingatkan aku tau?"

"Ye.Dalam otak aku ni penuh nama kau,Azrif Ayril.."

Azrif Ayril tersenyum bahagia.

Setelah beberapa minit,Ayla Ayuni sampai di Tasik Titiwangsa.

Kelihatan Zhafran Amirul sudah menunggunya.

"Assalamualaikum,sorry lambat.." ujar Ayla Ayuni.

"Tak pe.."

Zhafran Amirul menghadiahkan senyuman.

"Kenapa awak tak pernah balas senyuman saya?"

"Hah?Err.."

"Never mind.Saya tak kisah pon.."

Dia tersenyum lagi.

"Erm..ada apa awak nak jumpa saya ni?"

"Saya nak ucap selamat tinggal.."

Terkejut Ayla Ayuni.

"Awak nak pergi mana?"

"Awak risaukan saya ye?Jangan risau.Saya pergi tak lama.5 tahun je.My mum and my dad nak saya uruskan syarikat kat England tu.Saya berkeras tak nak,Ayuni.Sebab saya tak sanggup nak tinggalkan awak kat sini.."

"Apa maksud awak?"

Zhafran Amirul melulut di hadapan Ayla Ayuni.

"Aw..awak buat apa ni?Bangunlah.Malu orang tengok.."

Hati Ayla Ayuni bagaikan berkocak laju.

Zhafran Amirul mengeluarkan sekotak cincin.

"Sudi tak awak jadi isteri saya?"

Ayla Ayuni tercengang.

"Zhaf!Benda ni tak lawak okay?"

"Tak,Ayuni.Saya tak bergurau.Apa yang saya katakan waktu tu semuanya ikhlas dari hati saya.Saya cintakan awak,saya nak memiliki awak,saya nak jaga awak.Dan yang paling saya nak,saya nak awak jadi yang halal untuk saya.Memang betul,saya playboy.Saya banyak scandal tapi lepas saya jumpa awak,segalanya berubah.Saya boleh je jadikan awak scandal saya,tapi saya tak nak Ayuni.Sebab awak terlalu mahal.Awak tak macam gadis-gadis lain.Awak terlalu special dalam hidup saya,Ayuni.."

Ayla Ayuni terdiam.

"Zhaf.."

"Ayuni,kalau awak tak nak jawab sekarang tak pe,saya okay.Saya faham awak mesti terkejutkan?Tapi bila saya dah balik sini lepas 5 tahun tu,saya harap awak dah ada jawapan.Saya harap awak tak hampakan saya,Ayuni.."

"Zhaf,saya nak jujur dengan awak pasal satu perkara.."

"Apa tu?"

"Saya.."

Kata-kata Ayla Ayuni terbantut tatkala fon Zhafran Amirul berbunyi.

"Saya jawab call ni dulu ye.." kata Zhafran Amirul.

Ayla Ayuni mengeluh.

Setelah beberapa minit,Zhafran Amirul mendekatinya.

"Ayuni,I have to go now.Sorry.My flight lagi 3 jam.Selamat tinggal,sayang.I will miss you,honey.Jangan kecewakan saya.."

Zhafran Amirul beredar dari situ.

Ayla Ayuni tercengang.Air matanya laju membasahi pipinya.

"Ya Allah.."

Keluhannya dilepaskan.

'Kenapa jadi begini?Apa aku dah buat ni?Apa aku nak cakap dekat Azrif?Bodohnya aku!Sepatutnya aku jujur dari awal..' getus hatinya.

Dia mengesat air matanya.Kotak cincin pemberian Zhafran Amirul digengam.

***

Azrif Ayril yang duduk di rumah itu hanya kebosanan sementara menunggu Ayla Ayuni pulang.

Dia menonton tv.Macam-macam channel dibukanya namun tiada satu pun yabg menarik perhatiannya.

"Ayla,mana kau?Cepatlah balik!" ujarnya sendirian.

Tidak lama kemudian,Ayla Ayuni sampai di muka pintu rumah.

Azrif Ayril terus menerpa ke arahnya.

"Sayang.."

"Err..kau buat apa je?" soal Ayla Ayuni acuh tidak acuh.

Fikirannya masih dibelenggu dengan apa yang berlaku beberapa jam lepas.Sungguh dia tidak menyangka perkara sebegitu akan berlaku.

"Ayla?Aku cakap dengan kau ni.."

Ayla Ayuni kembali ke dunia asal.

"Hah?Kau cakap apa?Sorry tak dengar.."

"Ishh..kau ni.Aku dah ada dekat depan kau ni.Kau fikir apa?"

"Tak..tak de pape.."

'Macam aku nak bagitau kau,Rif?Aku tak kuat.Aku tahu ni semua salah aku.Maafkan aku,Rif.Aku memang bukan isteri yang terbaik untuk kau,Rif..' getusnya sambil merenung wajah suaminya.

Sungguh dia berasa serba salah pada suaminya itu.

"Ayla Ayuni.Hei,kau ni kenapa?Dari tadi macam ni.."

"Sorry,Rif.Aku penatlah.Aku nak mandi.Nak tukar baju kejap.."

"Kau ada masalah ke?" duga Azrif Ayril.

"Err..tak.Aku okay je.."

Ayla Ayuni segera naik ke bilik.Azrif Ayril hanya memerhati.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now