part 29

16.7K 551 11
                                    

Perhimpunan rasmi dimulakan.

Setelah selesai nyanyian tiga buah lagu dan ikrar yang dibacakan oleh Heidy Rykarl,semua pelajar dibenarkan duduk.

Putri Amyra selaku mc pada hari itu,menjemput Puan Idah selaku guru bertugas pada hari itu berucap.

Setelah selesai berucap,perhimpunan  diteruskan lagi dengan ucapan dari unit Bimbingan dan Kaunseling dan juga dari unit disiplin.

Kemudian,perhimpunan diakhiri dengan ucapan daripada pengetua.

"Okay,sebelum saya habiskan ucapan pada minggu ni.Saya nak perkenalkan seorang guru praktikal.Saya tahu semua pelajar mesti tertanya-tanya siapakah jejaka hensem di hadapan kamu semua ni kan?Tanpa membuang masa,saya perkenalkan Encik Faiq Hakimi.." ujar Puan Hasma di akhir ucapannya.

Semua pelajar perempuan bersorak.

Setelah itu,Puan Hasma meminta Encik Faiq Hakimi untuk memberi sedikit ucapan.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.." balas semua murid.

"Nama saya Muhd Faiq Hakimi.Kamu semua boleh panggil saya Sir Faiq.Saya akan mengajar subjek bi.Saya dari UPSI.Harap semua boleh beri kerjasama pada saya.." ujarnya.

"Sedapnya suara dia.Dah lah hensem.." ujar Ayla Ayuni.

"Kan.Harap dia ajar kelas kita.." kata Hanees Hafeera pula.

***

Ayla Ayuni turun dari tangga.Dia menuju ke bilik guru.Setelah selesai urusannya,dia bertembung dengan Sir Faiq di tangga disaat dia mahu turun.

Sir Faiq sempat membaca nametag nama pelajar itu.

"Ayla Ayuni?"

Ayla Ayuni menoleh.Berdebar-debar pula jantungnya tatkala jejaka yang diminatinya menyebut namanya.

"Ye,sir?"

"Boleh bawakkan saya ke kelas 4 Arif?"

"Tu kelas saya.Erm..mari sir.."

"Ohh,ye ke?Kebetulan pulak.Jom.."

Mereka berdua berjalan bersama.Semua pelajar di kelas tingkatan 5 di aras bawah memandang mereka.

"Rif,tu Ayla kan?Dengan Sir Faiq kan?" kata Nazrief Nauffal.

Azrif Ayril memandang ke arah isterinya.

Ayla Ayuni dan Sir Faiq sampai di kelas 4 Arif.

Ayla Ayuni duduk di mejanya.

"Okay class,I'm Sir Faiq.Saya akan ajar kamu subjek english sementara saya praktikal kat sini.."

"Wowwwww.."

Kelas itu serta merta bising.

"Ayla,sweetnya.." ujar Nasya Eleena.

"Ape?"

"Macam mana kau boleh datang sekali dengan Sir Faiq ni?" soal Hanees Hafeera.

"Aku terserempak dekat tangga bilik guru tadi.."

"Ohh.."

Di rumah

Ayla Ayuni membuka kasutnya.

"Amboi,bukan main lambat lagi kau balik?pergi mana?" soal Azrif Ayril.

"Ada kelas tambahan lah.."

"Kelas tambahan?Setahu aku form 4 mana ada kelas tambahan.Kau jangan nak tipu aku.."

"Yang kau sibuk sangat pasal aku ni kenapa?"

"Aku risaukan kau je.."

"Tak payah nak risau sangat lah.Aku tolong Sir Faiq tadi.."

"Kau menggatal dengan cikgu tu?Ayla,kau sedar tak yang dia tu cikgu kau?"

"Apa yang kau merepek ni?Memanglah aku suka dia tapi tak de lah aku nak menggatal dengan dia.Dah lah,aku penat.Aku nak naik atas,nak solat.."

"Aku tak nak kau menggatal dengan dia lagi!" laung Azrif Ayril.

Ayla Ayuni sudah sampai di biliknya.

"Pelik betul mamat ni.Dengan Sir Faiq pon tak boleh ke?Aku bukannya buat pape pon.." kata Ayla Ayuni sendirian.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now