part 9

21.6K 768 14
                                    

Ayla Ayuni duduk di dalam bilik.Sudah hampir seharian dia berkurung di dalam bilik itu.

"Ayla.."

Ayla Ayuni tidak menyahut.

"Ayla,buka pintu ni.Jom lah keluar.Kau tak makan dari tadi kan?Kau tak lapar ke?"

"Aku tak nak makan!Aku nak papa!"

"Ayla,aku cakap bukak pintu ni!Aku pecahkan pintu ni kalau kau tak nak bukak!" ugut Azrif Ayril.

"Pecah lah!Aku tak kisah lah!"

"Kau jangan cabar aku,Ayla!"

"Kau nak makan pergi je lah makan!Jangan sibuk pasal aku!"

Azrif Ayril cuba mencari kunci pendua.Disaat itu,dia ternampak kunci pendua yang tergantung pada dinding.

Dia pantas mengambil dan membuka pintu itu.Pintu dibuka.

Kelihatan Ayla Ayuni duduk di tepi katil sambil memeluk  frame gambar arwah papa dan arwah mamanya.

"Ayla.."

"Kau buat apa kat sini?Keluar!Aku tak perlukan kau!" halau Ayla Ayuni.

"Aku abang kau.Kau keluar dari bilik ni!Jom makan!"

Azrif Ayril menarik tangan Ayla Ayuni.

"Apa hak kau nak sentuh aku?Sejak bila kau jadi abang aku?"

"Ayla,papa dah tinggalkan kita.Kau kena redha.."

"Papa tak tinggalkan aku!Kau tak faham apa yang aku rasa!Kau tak faham!"

"Aku tak faham?Kau kata aku tak faham?Mama aku meninggal,Ayla!Tu yang kau kata aku tak faham?" marah Azrif Ayril.

Geram dengan perangai Ayla Ayuni.Dia juga turut berasa kehilangan namun dia tidak mahu tunjuk lemah di hadapan gadis itu.

Ayla Ayuni terdiam.

"Azrif,Ayla.." ujar maksu.

Mereka berdua berpandangan.

"Jom.Kita turun makan.."

Mereka berdua keluar dari bilik itu.

Setelah selesai makan,mereka berkumpul di ruang tamu.

"Ayla,Azrif.Paksu dengan maksu nak bincang sikit ni.." kata paksu.

"Apa tu,paksu?" soal Azrif Ayril.

"Ayla tinggal dengan kami ye?" ujar maksu.

"Betul tu.Lagipon tak manis kamu berdua tinggal bersama.." kata paksu.

***

Petang itu,Ayla Ayuni keluar dari rumah.

"Kau nak pergi mana?" soal Azrif Ayril.

"Aku nak jumpa geng aku.."

"Biar aku ikut.."

"No!"

"Aku risaukan kau.."

"Aku dah besarlah.Pandai lah aku jaga diri aku.."

"Ayla nak pergi mana ni,sayang?" soal maksu yang baru tiba dari dapur.

"Ayla nak keluar.Ayla pergi dulu ye.."

"Ye lah.Hati-hati.."

Ayla Ayuni mengangguk.Dia menyalam maksu dan beredar dari situ.Dia sampai di taman.

"Ayla.." ujar Hanees Hafeera.

"Kau banyakkan bersabar ehh?" kata Putri Amyra pula.

"Aku dah takde siapa-siapa weh.."

"Kau ada kitaorang.Kau ada Azrif.." kata Nasya Eleena.

"Kenapa papa aku tinggalkan aku?"

Ayla Ayuni mula menangis.

"Ayla,tak baik kau cakap macam ni.Semua ni dah tertulis,Ayla.Kau kena redha.." nasihat Hanees Hafeera.

"Aku tak kuat.."

Mereka bertiga memeluk Ayla Ayuni.

"Selagi kitaorang ada dengan kau,kitaorang akan sentiasa support kau.Kau sahabat kami dunia akhirat,Ayla.Dah janganlah nangis.Buruk tau tak kau menangis.." kata Putri Amyra cuba menghilangkan kesedihan sahabatnya.

"Kau dengan Azrif okay?" soal Nasya Eleena.

"Okay je.." balas Ayla Ayuni malas.

"Aku rasa kan korang dua tak boleh duduk sekali lah.Nanti orang mengata pulak.."

"Dia kan abang aku.Lagipon sekarang ni kat rumah tu ada maksu dengan paksu aku.."

"Memanglah dia abang kau.Tapi still korang dua boleh kahwin.Kau tak risau ke?"

"Aku percayakan Azrif.Selama arwah mama dan papa kami meninggal,dia tak pernah pon ambil kesempatan kat aku.."

"Ayla,kau still kena berjaga-jaga.Buatnya kalau korang kena perangkap macam mana?"

Ayla Ayuni terdiam.Dia berfikir sejenak.

"Erm..aku balik dulu.." ujarnya.

"Okay,hati-hati.."

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now