part 60

17.8K 482 40
                                    

5 tahun kemudian,

Ayla Ayuni mengetuk pintu bilik suaminya.

"Sayang.."

"Ni kopi awak.." ujar Ayla Ayuni sambil menghulurkan cawan yang berisi air kopi itu.

Lima bertahun berlalu.Macam-macam terjadi.Panggilan mereka juga sudah bertukar.Tiada lagi 'kau aku'.

Kini,mereka berdua sudah mengambil alih syarikat paklong Azrif Ayril.

Ayla Ayuni dijadikan PA kepada Azrif Ayril.

"Thanks,sayang.." ucap Azrif Ayril sebaik sahaja menyambut huluran isterinya.

"Encik Azrif,hari ni encik ada lunch dengan syarikat Rafi Holding.Pukul 3 petang pulak,encik ada meeting dengan syarikat Permata Holding.." ujar Ayla Ayuni serius.

"Kenapa serius sangat ni?" tegur Azrif Ayril.

"Kan tengah kerja.Mestilah saya kena serius.."

"Tapi serius sangat.Takut saya.."

"Okay.Saya keluar dulu.."

"Ala,tak nak temankan saya ke?"

"Awak jangan nak mengada ehh?Ingat sikit ni ofis bukan rumah.."

Ayla Ayuni memberi amaran.Azrif Ayril tersengih.

"Okay.."

Azrif Ayril mempamirkan muka sedihnya.

Ayla Ayuni keluar.Dia menuju ke mejanya.

Dia mula menjalankan tugasnya.

Tiba di waktu lunch,dia menuju ke restoran seorang diri.

"Woi,lajunya jalan!" tegur Nasya Eleena.

Nasya Eleena juga bekerja di syarikat paklong Azrif Ayril.Ni pun Azrif Ayril yang tolong sahabatnya itu mendapatkan kerja.

"Sorry arhh.."

"Azrif mana?"

"Dia ada lunch dengan syarikat luar.Tu aku lunch sorang.."

"Ala sedihnya cerita kau.Macam tak pernah makan sorang je.."

"Ishh!"

Mereka duduk di kerusi.

Sedang asyik makan,Ayla Ayuni terpandang ke arah seorang wanita sambil mendukung seorang bayi.

"Kalau aku tak gugur waktu tu mesti aku dapat dukung anak aku macam tu kan?" kata Ayla Ayuni tiba-tiba.

Nasya Eleena yang enak mengunyah terus berhenti.

"Erm..Ayla.Kau sabarlah.Semua ni kan dah tertulis.Insya-Allah.Satu hari nanti kau akan ada anak jugak.."

"Kau tak nampak ke wajah Azrif waktu dia dapat tahu aku gugur?Aku dah buat dia kecewa,Nasya.."

"Erm..Ayla.Dah lah tu.Janganlah fikirkan sangat hal tu.."

Ayla Ayuni diam.Dia menghirup minumannya.

***

Putri Amyra memandu keretanya.Sudah lama dia tidak meronda kawasan KL.

Dia sampai di mall.Setelah lama dia bershoping,dia menuju ke kereta.

Dia kembali memulakan perjalanan.Sedang dia asyik memandu,fonnya berbunyi.

Dia mencari fonnya.Tangannya membuka handbagnya.

Tanpa dia sedar,seseorang sedang melintas jalan.

"Arhhhh!"

Nasib dia sempat menekan brek.Dia pantas keluar dari keretanya.

"Cik,cik okay.Saya minta maaf.Saya tak sengaja.." ujarnya serba salah.

"Sayang,awak okay?" kata seorang lelaki.

Putri Amyra memandang pasangan itu.

"Saya betul-betul minta maaf.Saya tak sengaja.."

"Tak pe.Saya okay.." balas gadis itu.

"Myra?Kau Putri Amyra kan?" soal lelaki itu.

Putri Amyra terkejut.Macam mana pula lelaki itu boleh mengenalinya?

"Aku lah.Adam.." kata Adam Daniel.

Putri Amyra sudah tidak keruan.Adam?Sudah lama dia tidak mendengar nama itu.

Sejak di London,dia bertekad untuk fokus pada studynya.

"Awak kenal dia?" soal gadis di tepi Adam Daniel itu.

"Sayang,ni Myra.Kawan sekolah saya.Myra,ni Asyrina.Tunang aku.."

Hati Putri Amyra bagaikan dihempap sesuatu.Dia menghadiahkan senyuman kepada mereka berdua.

"Ohh,tahniah.Erm..aku gerak dulu lah.." ujarnya.

"Okay.See you again.." ucap Adam Daniel.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now