💐Special chapter 5💐
Putri Amyra turun ke tingkat bawah setelah selesai bersiap untuk keluar.
Terkejut dia melihat Syed Affan yang berada di rumahnya dan sedang berbual bersama daddy dan mummynya.
"Myra,kenapa tak cakap awal-awal nak keluar dengan Affan?Nak pergi dating ke?" ujar Puan Alya yang sudah tersenyum-senyum.
Dahi Putri Amyra sekali lagi berkerut.Dia memang bercadang mahu keluar tetapi bukan bersama lelaki itu.
"Affan,jaga anak daddy baik-baik ye?Cepat-cepat lah ikat si Myra ni.Nanti dia dikebas orang,kamu pula yang merana.." kata Encik Putra Aiman pula.
Membulat mata Putri Amyra apabila Encik Putra Aiman membahasakan dirinya kepada Syed Affan dengan panggilan 'daddy'.Selalunya kalau orang luar 'uncle'.Pelik dia.
"Daddy,kami berdua kawan je.Tak ada pape pun.." kata Putri Amyra tidak mahu kedua orang tuanya salah faham tentang dirinya dan Syed Affan.
Syed Affan pula hanya tersenyum.Lagilah membuatkan Putri Amyra sakit hati.
"Myra dah siap kan?Jom kita.." ujarnya tidak lama kemudian.
***
Putri Amyra memeluk tubuhnya apabila dipaksa naik satu kereta bersama Syed Affan.
Apabila kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah daddy dan mummynya,dia mula bersuara.
"Awak buat apa ni?" soalnya tidak puas hati.
"Aku buat apa?" balas Syed Affan sambil memandang ke arah sebelah.
Wajah Putri Amyra sedikit menggerunkannya.Nampak macam sedang marah je.
"Yang awak pandai-pandai datang rumah saya pastu kata kita nak keluar berdua dekat mummy dengan daddy saya tu kenapa?Dah dorang salah faham.Saya dengan awak bukan ada sebarang hubungan pun.."
"Tu je yang buat kau marah macam ni?Salah ke aku nak ajak kau keluar?Aku bukannya culik kau pun.Aku siap minta izin orang tua kau lagi.Baik kan aku?"
Syed Affan sudah tersengih nakal.Suka dia melihat wajah masam mencuka Putri Amyra.
"Ish,awak ni memang suka sakitkan hati orang eh?Suka hati awak je kan buat macam ni?Kita ni nak pergi mana?"
"Ye lah,dah aku tak de nombor kau.Cara macam ni jelah yang aku boleh buat untuk berjumpa dengan kau.."
"Awak nak jumpa saya untuk apa?Kita tak de sebarang urusan.."
"Siapa cakap tak de?"
"Urusan apa?"
Putri Amyra masih tidak puas hati selagi lelaki itu tidak membalas pertanyaannya.
"Kau rileks sudah lah.Nanti,kau akan tahu juga.."
Syed Affan tersenyum penuh makna.
***
Mereka berdua tiba di sebuah tasik.Putri Amyra dengan malas hanya mengikuti langkah lelaki itu.
Mereka duduk di sebuah bangku.Syed Affan mula teringat mimpi yang dialaminya beberapa hari lepas.
"Awak ajak saya pergi tasik ni untuk apa?"
"Tak de apa.Saja nak bagi kau lepaskan semua masalah kau.."
"Masalah saya?Saya mana ada masalah.."
Syed Affan memandang sekeliling.Agak ramai juga yang ada di sekitar situ.
Dia mula berdiri sambil menatap wajah Putri Amyra.
"Aku rasa aku dah jatuh hati pada kau.."
Ye,itulah niat sebenar dia mengajak gadis itu keluar bersamanya pada hari itu.Dia ingin berterus terang tentang perasaannya terhadap gadis itu.
"Jangan main-main boleh tak?" ujar Putri Amyra sambil cuba menghilangkan rasa tidak selesa dengan renungan lelaki itu.
"Aku tak main-main,Myra.Aku serius.Aku tak tahu bila perasaan ni datang.Jujur aku cakap,aku susah nak jatuh hati pada perempuan tapi dengan kau lain.Kau ada aura kau sendiri.Aku nak kau jadi isteri aku.."
Putri Amyra melarikan pandangannya.Dia cuba untuk berlagak tenang.
"Err..saya tak tahu nak cakap apa.Soal ni sangat serius.Saya tak nak menyesal di kemudian hari.Jujur saya cakap,saya teringin nak jadi macam kawan-kawan saya.Dorang semua dah berumahtangga.Bahagia bersama suami dan cahaya mata dorang.Tapi.."
Putri Amyra kehilangan kata-kata.Dia sebenarnya terharu dengan pengakuan lelaki itu.
"Sebenarnya,tadi aku sempat berbincang dengan family kau.Dorang tak de halangan.Dorang cuma serahkan semuanya pada kau.." jujur Syed Affan.
Dia tahu pasti gadis itu terkejut dengan pengakuan dia secara tiba-tiba.
"Saya nak jujur satu perkara sebelum kita putuskan apa yang akan berlaku lepas ni.Saya pernah sukakan seseorang tapi dia dah kahwin.Saya masih dalam proses untuk lupakan dia.."
"Kalau macam tu,aku nak ganti tempat dia.."
Apa jwpn Myra eh?Affan dh melamar dia tu😂tp cara Affan lebih kpd berterus terang bkn melamar😂😂
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...