Hari ini merupakan hari perkhemahan.Semua pelajar kelihatan begitu teruja.
"Okay.Semua boleh masuk dalam bas masing-masing.." ujar Puan Hajar.
Ayla Ayuni dan Nasya Eleena duduk berdua manakala Putri Amyra dan Hanees Hafeera duduk berdua.
Begitu juga Azrif Ayril dan Nazrief Nauffal.Manakala Heidy Rykarl dan Adam Daniel.
Masing-masing membelek fon.
You
Hoi,kau buat apa tu?Minah senget😅
Ko pahal hah?😮You
Okay,sorry.Hi,sweetheart.Buat apa tu?😁Minah senget😅
Kau tak nampak ke aku buat apa?You
Tempat aku dengan kau kan jauh.Lagipon aku malas nak tengok kau buat apa..Minah senget😅
Ishh.."Amboi,Rif.Fokus betul tengok fon?Ada pape yang menarik ke?" soal Adam Daniel.
Azrif Ayril memandang ke arah sahabatnya.
"Dia tengah angau dengan minah senget dia.." balas Nazrief Nauffal.
"Minah senget?Siapa tu?" soal Heidy Rykarl pula.
"Ayla Ayuni.." balas Azrif Ayril selamba.
"Minah senget kau save nama dia?Apa lah.Orang save lah sayang ke darling ke sweetheart ke baby ke.Ada ke patut minah senget?" ujar Adam Daniel.
"Suka hati akulah nak save apa pon.."
"Azrif marah lah.Kau lah ni, Dam.." kata Heidy Rykarl.
Setelah beberapa jam,mereka sampai di tapak perkhemahan.
"Okay,kamu semua boleh berkumpul dalam group khemah yang telah saya tetapkan hari tu.." ujar Puan Hajar.
Ayla Ayuni dan Nasya Eleena sama group.Setiap khemah mempunyai penghuni seramai lima orang pelajar.
"Apasal lah aku kena satu khemah dengan budak dua ni?" ujar Ryana.
"Kau pon.Aku tak ingin lah sama khemah dengan kau dan dua budak ni.." ujar Syazwina pula.
"Apasal aku pulak?Kau ingat aku nak sangat ke satu khemah dengan kau?Dah lah rampas Azrif aku!" kata Ryana.
Ayla Ayuni dan Nasya Eleena serta seorang budak form 3 iaitu Aryna hanya memerhati dan mendengar.
"Korang pasang lah khemah ni.Tak kuasa aku nak pasang benda alah ni.." kata Syazwina.
"Erm..maaflah.Kita ni satu khemah so masing-masing ada tanggungjawab.Lagipon kita kena lah bekerjasama pasang khemah.." ujar Ayla Ayuni.
"Kau ni memang jenis tak faham bahasa ke?Aku kan suruh kau dengan lagi tiga orang ni pasang.Apa yang susah sangat kau nak faham ni hah?"
"Kalau kau rasa senang sangat pasang khemah ni,kau buat lah sendiri!" kata Nasya Eleena pula.
"Apa yang tak mula lagi ni?Orang lain dah pasang dah.Ryana!Kamu dengan yang lain pasang khemah ni sekarang.." ujar Puan Hajar.
Semua yang tengah memasang khemah memandang ke arah mereka berlima.
"Ni semua salah korang.." kata Ryana.
Ayla Ayuni,Nasya Eleena dan Aryna mula memasang khemah itu.Syazwina dan Ryana hanya memerhati.
Masing-masing berpeluk tubuh.
Khemah pelajar lelaki
"Rif,kau tak risau ke Ryana dengan Wina tu satu khemah dengan Ayla?" ujar Heidy Rykarl.
Nasib mereka satu khemah.Nazrief Nauffal dan Adam Daniel juga satu khemah.
"Aku tahu Ayla tu pandai jaga diri dia.Tak pe aku jaga dia dari jauh je.Kalau dorang dua berani usik Ayla siap dorang.."
"Wowww.Aku sokong kau,Rif.Jeles pulak aku dengan kau ni.Untung lah kahwin awal.."
"Kau pon boleh kahwin awal.."
"Tak de maknanya.Aku kalau nak kahwin bila dah ada kerja,ada kereta,ada rumah.Baru lah aku kahwin.."
"Baguslah tu ada simpan angan-angan nak kahwin.Aku doakan kau bahagia dengan si dia.."
"Aaminn.."
"Dah lah cerita pasal kahwin.Cikgu dengar karang,habis kita.."
Mereka berdua ketawa.
***
Pada malam itu,mereka berkumpul di ruang makan setelah selesai solat isyak dan mendengar ceramah.
Putri Amyra dan Adam Daniel mengambil makanan.
"Myra.."
"Hah?"
"Tolong ambilkan ayam goreng tu.." pinta Adam Daniel.
"Hah?Err..nah.."
Putri Amyra meletakkan ayam goreng itu ke pinggan Adam Daniel.
"Terima kasih.."
Putri Amyra hanya mengangguk.
"Amboi,sweetnya.." tegur Hanees Hafeera.
"Apa?Aku tak buat pape pon lah.." kata Putri Amyra yang cuba menutup malunya.
"Kita ada cakap dia buat pape ke tadi?Tak de kan?" ujar Nasya Eleena pula.
Ayla Ayuni hanya ketawa melihat kerenah sahabat-sahabatnya.
Matanya beralih pula ke kiri.Dia terlihat Azrif Ayril dan gengnya sedang berbual.Tiba disaat itu,Ryana duduk di sebelah suaminya.
Sakit pula matanya melihat.Dia kembali memandang sahabat-sahabatnya.
"Ayla,jom.." ajak Hanees Hafeera.
Ayla Ayuni mengangguk.Mereka berlalu ke tempat yang disediakan.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Novela Juvenil#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...