Amyra&Affan

6.8K 283 20
                                    

💐Special chapter 10💐

Beberapa bulan kemudian,

Tamat sahaja waktu bekerja,Putri Amyra menggerakkan keretanya menuju ke sebuah klinik yang berdekatan.

Dia pulang ke rumah setelah selesai pemeriksaan di klinik tersebut.

Apabila dia tiba di rumah,kelihatan suaminya sedang menunggu kepulangannya sambil bersandar di tepi keretanya.

Mungkin suaminya itu juga baru sampai beberapa minit yang lepas.

Dia mula membuka pintu kereta dan keluar.Dia mendekati Syed Affan.Tangan suaminya dicapai lalu disalam.

"Dah lama abang sampai?" ujarnya.

"Dear!Betul ke apa yang abang dengar ni?!"

Suara Syed Affan sedikit meninggi.Terkejut Putri Amyra dibuatnya.

Kenapa suaminya tiba-tiba jadi sebegitu?Selama ini,mana pernah lelaki itu meninggikan suara terhadapnya.Dia ada buat salah yang teruk ke sampai lelaki itu meninggikan suaranya?

"Abang kenapa ni?"

Putri Amyra mula memegang bahu suaminya.

"Jangan pegang abang!" laju sahaja Syed Affan menepis tangan isterinya.

Putri Amyra mula terasa hati dengan sikap suaminya.Namun,diendahkan sahaja.Dia cuba berlagak selamba.

"Myra ada buat salah ke sampai abang marah macam ni?Abang marah sebab Myra balik lambat?Myra kan dah text abang tadi.."

Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menangis.

"Bukan sebab tu lah!Abang tak sangka dear sanggup curang belakang abang.."

"Bila masa Myra curang belakang abang?Mana abang dapat cerita mengarut ni?Myra sayang abang seorang je.Tolong lah percayakan,Myra.." rayu Putri Amyra.

Air mata yang cuba ditahan tadi akhirnya jatuh juga membasahi pipinya.

Syed Affan yang melihat mula berasa serba salah.Niatnya hanya ingin bergurau.Tidak sangka pula isterinya akan jadi sebegitu.

"Dear.."

Putri Amyra mengesat air matanya.

"Abang,Myra betul-betul sayangkan abang tapi kalau abang percayakan Myra,terpulang.Myra cuma nak bagitahu abang.Myra pergi klinik tadi.Doktor bagitahu yang Myra pregnant.Dah dua minggu lebih.Myra happy sangat.Tak sabar nak bagitahu kat abang.Err..Myra masuk dalam dulu.Maafkan salah dan silap Myra ye,abang?"

Putri Amyra mula ingin mengatur langkah.Namun langkah dihalang Syed Affan.

Putri Amyra tidak berani mahu menatap wajah suami kesayangannya.Dia hanya menunduk.Takut dimarahi lagi.

"Hei,tak sudi dah pandang wajah abang?Dear,abang minta maaf,okay?Abang saja je buat dear suspen tadi.Abang tahu dear takkan curang belakang abang.Abang excited sangat bila kawan abang bagitahu yang dear pregnant.Sorry,okay?"

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now