"Okay,saya nak bagitau dua minggu lagi kita akan adakan perkhemahan perdana yang akan diadakan di Tanjung Malim.Sesiapa yang berminat sila ambil borang ye.." ucap Puan Hajar di tapak perhimpunan itu.
Semua pelajar kelihatan bersorak.
Setelah itu,mereka dibenarkan masuk ke dalam kelas.
"Rif,kau kenapa?Serius je?" kata Heidy Rykarl.
"Aku memang macam ni kan?" kata Azrif Ayril.
"Kau ada masalah ke?Korang gaduh lagi ke?" ujar Nazrief Nauffal pula.
"Tak,cuma aku pelik dengan Ayla.Macam mana dia boleh kenal dengan Han pulak?"
"Dorang kan sama batch.Tak mustahil lah kenal.." ujar Adam Daniel pula.
"Betul tu.." sokong Heidy Rykarl.
"Azrif.." ujar Ryana yang tiba-tiba muncul.
"Ada apa,Ryana?"
"Aku rasa Ayla tu dah melampau lah.."
"Melampau?"
"Ha'ah.Dia biadap sangat.Kau tak marah dia ke?"
"Setahu aku,kau yang tampar dia.Ayla tak buat pape pon.Macam mana kau boleh kata Ayla tu biadap?" kata Adam Daniel.
"Kau ni,Dam.Sibuk arhh.Aku cakap dengan Azrif.Bukan kau.Aku tampar budak tu sebab mulut dia tu hah.Tak sedar diri tu siapa.Huh.."
"Ryana,aku minta maaf.." ujar Azrif Ayril.
"Kau tak buat salah pon dekat aku.Jangan lah minta maaf.Segan pulak aku.."
Ryana tersengih.
Empat jejaka itu hanya memerhati.
"Maafkan Ayla.Dia tu budak lagi.Dia tak sengaja.."
"Apasal pulak kau nak minta maaf bagi pihak dia?Dia ingat dia tu siapa?Rif,kau tak rasa ke Ayla tu tak layak jadi isteri kau?"
"Kau jangan nak cakap Ayla macam tu.Dia lagi better dari kau.."
Azrif Ayril berlalu ke tempatnya.Gengnya juga mengikuti langkah sahabat mereka.
Ryana membuat muka menyampah.
***
"Tak sabarnya nak pergi kem.." ujar Putri Amyra teruja.
Nasya Eleena hanya diam.Sebaik sahaja mendengar perkataan kem,dia terus diam.
Traumanya masih ada.Dia takut peristiwa itu kembali semula.
"Nasya?Kau okay?" soal Hanees Hafeera.
"Hah?Err..aku..aku okay.."
"Nasya.Aku tahu kau takut pasal peristiwa tu.Tapi boleh kan kita pergi kem tu bersama lagi?" kata Ayla Ayuni pula.
"Sorry korang.Aku takut lagi dengan peristiwa tu.Korang pergi jelah.." tolak Nasya Eleena.
"Kitaorang akan selalu ada dengan kau Nasya.Kitaorang akan jaga kau.Izhan tu memang tak guna.Huh.." kata Putri Amyra.
"Macam mana kalau peristiwa tu kembali?Aku tak nak.Aku takut.."
"Jangan risau.Kitaorang akan ada dengan kau.Kita pergi ehh?" ajak Hanees Hafeera.
"Okay lah.." balas Nasya Eleena.
"Yeah.."
Putri Amyra bersorak keriangan.
"Kau ni macam budak-budak lah Myra.." kata Ayla Ayuni.
"Tah.Ni kalau Adam tengok memang terus dia reject.." usik Nasya Eleena.
"Apa kena mengena dengan dia pulak?Korang ni perlahan lah sikit cakap tu.Nanti dorang dengar malu aku.."
"Macam lah kitaorang tak tahu.Dah suka tu mengaku jelah.." kata Hanees Hafeera.
"Korang saja kan?"
"Memang kau suka dia pon kan?" kata Nasya Eleena.
"Salah ke kalau aku suka dia?"
Putri Amyra sudah membuat muka.Mukanya sudah merona merah.
Ayla Ayuni dan dua lagi sahabatnya itu sudah ketawa.Suka mereka mengusik Putri Amyra.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...