Beberapa bulan kemudian,
Ayla Ayuni selamat melahirkan bayinya.Yang terkejutnya,bukan seorang tapi dua orang.
Senang cerita kembar.
"Terima kasih,sayang.." ucap Azrif Ayril kemudian dia mencium pipi isterinya penuh kasih.
"Abang,anak-anak kita mana?" soal Ayla Ayuni.
"Ada.Nurse tengah bersihkan dorang.Hurm..lepas ni abang terpaksa mengalah lah.." kata Azrif Ayril sedih.
"Mengalah?"
"Ye lah.Lepas ni dua orang berebut kasih sayang dengan sayang.Abang mesti lah kena tinggal,tak kena layan.Sayang mesti lebihkan dorang daripada abang.."
Ayla Ayuni ketawa.
"Abang ni merepek apa?Dorang kan anak-anak kita.Abang segalanya bagi Ayla.Ayla janji Ayla tak lebihkan dorang daripada abang.Ayla akan bagi kasih sayang Ayla sama rata.."
"Tak nak.Abang nak lebih.."
"Ye lah.Ayla bagi kasih sayang Ayla lebih kat abang.Apalah.Dengan dorang pon nak cemburu.."
Tiba disaat itu,dua orang nurse menolak dua katil bayi.
Azrif Ayril tersenyum melihat puteri kembarnya.Dia mengangkat seorang dan memberikan kepada Ayla Ayuni.
Seorang lagi berada dalam dukungannya.
"Assalamualaikum.."
Terjengul wajah Mak Long dan Pak Long,maksu dan paksu serta sahabat-sahabat mereka.
"Waalaikumusalam.." balas mereka serentak.
Mujur Ayla Ayuni sudah sedia memakai tudung sarung hitam.Jadi auratnya tidak terdedah.
"Ya Allah,comelnya.." puji maksu.
"Dah ada nama ke?" soal Mak Long pula.
"Belum lagi.." balas Azrif Ayril.
"Lah,nak panggil apa ni?" kata maksu lagi.
"Erm..nanti kalau dah ada nama cepat-cepat tau bagitau kami.Geramnya tengok anak korang ni.."
Mak Long mencium-cium si kakak.Si kakak sudah mula merengek.
"Ala-ala.Shh,sayang.Okay-okay.Usik sikit pon dah menangis.." kata Mak Long.
Tidak lama kemudian,si adik yang berada dalam dukungan Hanees Hafeera pula mula menangis.
"Ak..aku nak buat apa ni?" kata Hanees Hafeera cuak.
Heidy Rykarl mengambil si adik.Ditepuk-tepuk si kecil.
"Wah,cayalah Dy.Dah boleh jadi bapak orang dah tu.." komen Adam Daniel yang berdiri di sebelah Putri Amyra.
Tunangnya,Asyrina tidak dapat hadirkan diri kerana ada hal.
"Tengok orang lah.Aku pon tak sabar nak ada anak sendiri.." kata Heidy Rykarl selamba.
Semua yang ada sudah ketawa.Hanees Hafeera pula sudah menundukkan dirinya ke bawah.Malu.
Serentak itu,pintu bilik itu kembali dibuka.
Terjengul wajah Dato Amril dan Datin Zarina.
"Ayla.."
Ayla Ayuni terkejut dengan kehadiran Dato Amril dan Datin Zarina.
Semua yang ada meminta diri untuk keluar.
Ayla Ayuni memandang wajah suaminya.Sungguh dia takut dengan Datin Zarina.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...