part 72

17.4K 448 26
                                    

Ayla Ayuni dan Azrif Ayril memasuki supermarket.Mereka membeli barang basah.

Azrif Ayril menolak troli.Ayla Ayuni pula mencari barang basah yang diperlukan.

Dia berlalu ke arah ikan.

"Abang,abang nak ikan apa ni?"

"Ambik jelah pape tapi kalau ikan patin ada beli lah.."

"Ikan patin?Erm..kejap,Ayla tengok.."

Ayla Ayuni mengambil seekor ikan patin dan beberapa ekor ikan lagi.

Setelah selesai mencari barang keperluan dan membayar,mereka berlalu ke kereta.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" soal Ayla Ayuni sambil menolong suaminya memasukkan barang yang dibeli ke dalam bonet.

"Kita pergi tengok barang baby nak?"

"Abang ni.Macam awal lagi je.."

"Kita tengok je.Abang tak kata pon nak beli lagi.."

"Ayla ikut abang je lah.."

Mereka masuk ke dalam kereta.Sampai sahaja di mall,mereka berjalan beriringan.

Azrif Ayril memegang tangan isterinya.Mereka tiba di kedai barangan bayi.

"Abang!Comelnya!Tengok tu!" ujar Ayla Ayuni teruja.

"Sayang ni.Jangan jakun sangat.Malu lah.."

"Comel kan abang?" kata Ayla Ayuni sambil memegang kasut bayi yang berwarna pink itu.

"Sayang ni confident je baby kita ni pompuan.Kalau lelaki macam mana?"

"Ala,Ayla suka tengok kasut ni.Tu yang Ayla ambil.Okay,macam ni.Abang pilih je barangan bayi lelaki,Ayla pilih barangan bayi pompuan.Kan adil macam tu?"

"Sayang,abang cakap apa tadi?Kita tengok-tengok je bukan beli.."

"Ishh,susah lah abang ni.."

Ayla Ayuni keluar dari kedai itu.Azrif Ayril mengikuti langkah isterinya.

"Sayang,jangan lah merajuk.."

"Tak nak.Abang jahat.."

"Bila masa pulak abang jahat?"

Sedang mereka gaduh manja-manja,seseorang menegur mereka.

"Ayla?"

Ayla Ayuni dan Azrif Ayril berpaling.

"Err.."

"Ayla apa khabar?"

"Siapa ni sayang?" soal Azrif Ayril.

"Saya Dato Amril.Daddy Zhafran.." kata Dato Amril sambil menghulurkan tangan.

"Saya Azrif,suami Ayla.."

Azrif Ayril menyambut huluran Dato Amril.

"Ohh,jadi kamu lah suami Ayla.."

"Abang,abang pergi mana?Puas Rina cari.Rina dah kata kan tunggu kat dalam spa tu.Kenapa tinggalkan Rina?" ujar Datin Zarina yang baru muncul.

Dia terkejut melihat Ayla Ayuni.Segera tangannya menampar Ayla Ayuni.

"Rina!Apa Rina buat ni?" kata Dato Amril.

Azrif Ayril turut terkejut.

"Hei,pompuan!Kenapa kau muncul lagi?Puas lah kau kan?Kau tau tak?Disebabkan kau,Zhaf meninggal tau tak?Apa jenis pompuan kau ni?!"

Dato Amril menenangkan isterinya.

"Zhaf dah meninggal?" soal Ayla Ayuni.

"Ye!Dia meninggal disebabkan kau!Dasar pompuan tak guna!Dah lah kau tolak dia mentah-mentah 5 tahun dulu!Sekarang kau bunuh pulak anak aku?!Kau ni memang.."

Datin Zarina ingin memukul-mukul Ayla Ayuni namun dihalang Dato Amril dan Azrif Ayril.

"Datin,saya minta maaf bagi pihak isteri saya.Pasal Zhaf meninggal tu memang kami tak tahu apa-apa.." kata Azrif Ayril.

"Ohh,sedapnya kau kata tak tahu apa-apa.Kau yang rancang kematian anak aku kan?Kau berdendam kan sebab isteri kau ni dilamar orang kan?Perlu ke anak aku yang kena?Perlu ke?!" kata Datin Zarina yang sedang membara api kemarahannya.

"Rina,dah lah.Malu orang tengok.Kami balik dulu ye.." ujar Dato Amril sambil menarik isteri untuk pergi.

Ayla Ayuni pula hanya diam.Azrif Ayril memeluk isterinya.

"Salah Ayla ke Zhaf meninggal?" ujar Ayla Ayuni dalam pelukan suaminya.

"Sayang,semua yang berlaku ni bukan salah sayang.Semua ni takdir.Dah,jom kita balik.." pujuk Azrif Ayril.

Mereka sampai di rumah tidak lama kemudian.

Mereka duduk di sofa ruang tamu itu.

"Abang,Ayla nak minta maaf.Sebab Ayla abang kena tuduh dengan Datin Zarina tadi.." ujar Ayla Ayuni.

"Tak pe.Bukan salah sayang pon.Abang okay je.Sayang tu yang teruk.Sampai hati datin tu tampar isteri kesayangan abang ni.Klau abang tak fikir rasa hormat kat Dato Amril,memang dah lama abang balas.."

"Abang ni.Sikit je.Tak pe lah.Ayla okay je.."

"Sikit apa sampai merah macam ni?" kata Azrif Ayril sambil menunjukkan kesan merah yang terdapat pada pipi isterinya.

"Terima kasih sebab selalu ambil berat pasal Ayla.."

"Isteri abang.Mestilah abang ambik berat.Karang abang ambik berat pasal isteri orang,sayang yang merana.."

"Ohh,ada hati erk?"

"Abang gurau je.Hanya Allah je yang boleh pisahkan kita.."

"Abang.."

"Ye?"

"Ayla sayang abang tau?"

"Ye,abang pon sayang Ayla.Dah lah.Barang dalam kereta tu pon abang tak keluarkan lagi.Abang pergi keluarkan kejap ehh?"

Azrif Ayril bangun lalu dia mengeluarkan barang-barang yang dibeli mereka tadi.

Ayla Ayuni hanya memerhati.Dia hendak menolong tapi dihalang suaminya.Risau sangat katanya.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now