💐Special chapter 6💐
Puan Afirah memerhati anak bongsunya yang berada di halaman rumah.Kepalanya agak pening melihat Syed Affan yang tidak duduk diam itu.
Syed Affan sekejap ke kanan.Sekejap ke kiri.Macam tengah memikirkan soal negara lagaknya.
"Awak tengok apa tu,Irah?" tegur Encik Syed Arfan.
"Af ni hah,bang.."
"Lah,dah kenapa pulak tu?"
Encik Syed Arfan juga mula memerhati anak bongsunya itu.Dia kemudian mendekati anak muda itu.
Puan Afirah mengekori dari belakang.
"Ni kenapa ni?Baru balik kerja kan?Kenapa tak masuk rumah terus?Selalu tak macam ni pun.." tegur Encik Syed Arfan sambil menarik kerusi.
"Err.."
Syed Affan menggarukan kepalanya yang tidak berasa gatal.Dia duduk berhadapan mama dan papanya.
"Pasal Putri Amyra ke?" duga Encik Syed Arfan.
Syed Affan terpaksa menganggukkan kepalanya.Papanya itu seperti ahli nijum boleh tahu apa yang membuatkan dia runsing.
"Kalau ye pun,masuk lah dalam rumah dulu.Mandi.Kamu tu baru je sampai.Tak penat ke?Mama kamu ni dah risau tengok kamu macam tadi tahu tak?"
"Ye lah,Af.Kamu buat mama susah hati.Pelik mama dengan kamu hari ni.Selalu balik kerja,terus masuk rumah.Pastu sakat mama.Ni,terus dekat halaman rumah.Putri Amyra tu buat apa kat kamu sampai kamu jadi tak tentu arah ni?" kata Puan Afirah pula.
"Erm..Af yang buat dia tak tentu arah.Dua hari lepas,Af lamar dia.." jujur Syed Affan.
Mata Puan Afirah dan Encik Syed Arfan sudah bersinar-sinar mendengar kata-kata Syed Affan.Teruja.
"Dia dah bagi jawapan?Apa jawapan dia?" ujar Puan Afirah tidak sabar.
"Dia tak bagi kata putus lagi.Erm..Af rasa dia tak terima kot.Dia ada bagitahu Af yang dia pernah ada hati dekat seorang lelaki ni tapi lelaki tu dah kahwin.Dia cakap dia dalam proses lupakan lelaki tu.."
"Sabarlah sikit lagi.Bagi dia masa.." kata Encik Syed Arfan.
***
Mereka berkumpul di rumah Ayla Ayuni dan Azrif Ayril untuk melawat si kembar yang sedang demam.
Nasya Eleena meraba dahi si kembar yang sedang nyenyak tidur.
"Dah lama ke dorang demam?" soal Heidy Rykarl.
"Yura demam dulu pastu kelmarin Yuna pulak.Kembar kan?Biasalah.." balas Azrif Ayril.
"Dorang demam sebab dapat tahu dorang bakal ada adik kot.Ye lah,lepas ni,korang mesti tumpukan lebih pada baby.." usik Hanees Hafeera.
Hazieq Hilman yang berada dalam dukungan Heidy Rykarl hanya memerhati si kembar yang sedang terbaring lemah itu.
Kemudian dia memandang pula ke arah Naura Nazirah yang berada dalam dukungan Nazrief Nauffal.Mereka berdua sebaya iaitu 1 tahun.
Mereka mula turun ke tingkat bawah.Kaum hawa berbual di ruang tamu manakala kaum adam di halaman rumah.
Barangkali ada hal kerja yang ingin dibualkan.
"Err..korang.." ujar Putri Amyra tidak lama kemudian.
"Kau kenapa?" soal Hanees Hafeera sambil membetulkan kedudukan Hazieq Hilman di atas ribanya.
"Aku nak minta pendapat korang.."
"Pendapat?" ujar Ayla Ayuni dan Nasya Eleena hampir serentak.
Mata mereka bertiga tajam memandang Putri Amyra.Macam serius je bunyinya.
"Erm..korang ingat tak Syed Affan?"
"Syed Affan?Kenapa dengan dia?" teruja Hanees Hafeera tatkala terdengar nama itu.
"Siapa Syed Affan?"
Mata mereka berempat beralih ke arah suara garau yang bertanya.Sekejapnya borak.Ketiga-tiga jejaka itu memandang ke arah mereka berempat.
Mereka bertiga mula mengambil tempat di sofa ruang tamu itu.
"Sayang,siapa Syed Affan?" soal Heidy Rykarl.
"Jejaka hensem yang sukakan Myra.." balas Hanees Hafeera sambil tersenyum penuh makna.
Heidy Rykarl sudah memberikan pandangan tidak senang hati apabila isterinya memuji lelaki lain.
"Gatal kan kau ni?Haritu dekat Aeon lagi lah.." kata Ayla Ayuni pula.
"Kejap.Korang kenal ke Syed Affan ni?" soal Azrif Ayril pula.
"Baru je kenal.Haritu terserempak kat Aeon waktu nak balik.." kata Hanees Hafeera lagi.
Nazrief Nauffal memandang isterinya yang seakan tidak mengambil port tentang soal lelaki yang bernama Syed Affan.
"Jejaka hensem ye,sayang?"
Hanees Hafeera tersengih.Gurau sikit pun tidak boleh?
"Myra,sambung balik apa yang kau nak cakap tu.." ujar Nasya Eleena.
"Dia lamar aku.." kata Putri Amyra berterus terang.
Dia memandang semua yang ada di ruang tamu itu.
"Patut ke aku terima?" soalnya.
"Kalau kau selesa dengan dia,why not?Myra,lelaki ni kalau dia betul-betul sayangkan seorang perempuan tu,dia akan ajak halalkan hubungan.Aku tak kenal siapa Syed Affan tapi aku yakin dia lelaki yang baik.Bagilah dia peluang dan lupakan Adam.Kitaorang pun nak tengok kau ada life sendiri jugak.Takkan kau nak single sampai bila-bila?" kata Nazrief Nauffal sekadar memberikan pandangannya.
"Betul tu,Myra.." sokong Azrif Ayril.
"Tahniah,beb.Aku harap dia boleh jaga kau dengan sebaik yang mungkin.." ujar Ayla Ayuni.
"Terima tau,Myra.Boleh lah aku selalu jumpa dia bila aku jumpa kau.." kata Hanees Hafeera.
"Ehem!Balik kejap lagi siap sayang.Gatal depan abang.Nak kena ni.."
Heidy Rykarl sengaja berkata begitu.Galak sungguh isterinya itu.
Hanees Hafeera mula memberikan pandangan tajam kepada Ayla Ayuni.Ayla Ayuni yang perasan sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sebentar lagi.
"Kau pecahkan rahsia aku kan,Ayla?Aku nak pecahkan rahsia kau pada Azrif.Rif,Ayla ada makan kek waktu kitaorang makan kat secret recipe.."
Azrif Ayril yang mendengar sudah mengagak hal itu akan berlaku.
"Dah boleh agak dah.Ayla ni kan degil orangnya.Mana nak dengar arahan orang.." sempat dia memerli isterinya.
Ayla Ayuni malas mahu memback up dirinya.Balik-balik nanti dirinya juga yang dipersalahkan.Dia redha.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...