Amyra&Affan

11.6K 373 64
                                    

💐Special chapter 11💐

Putri Amyra selamat melahirkan seorang bayi lelaki.Sudah seminggu dia dibenarkan pulang ke rumah.

Alhamdulillah,sepanjang dia berbadan dua,dia dan Syed Affan tidak mengalami sebarang alahan cuma selera makannya sahaja yang bertambah.

Sepanjang dia berpantang,Puan Alya dan Puan Afirahlah yang menjaganya.Mummy dan mama tidur di rumah mereka berdua.

Syed Affan pula tidak boleh berenggang dengan puteranya.Dia lah yang mandikan si kecil itu.Dia lah yang memujuk si kecil itu apabila mula merengek.Senang cerita,segala tentang Syed Amirul Affandi,semuanya Syed Affan uruskan.

***

Mereka berkumpul di rumah Putri Amyra dan Syed Affan memandang sewaktu Putri Amyra bersalin,mereka tidak dapat hadir.

Semua berebut mahu mendukung Syed Amirul Affandi.Putri Amyra dan Syed Affan hanya menjadi pemerhati.Kesian pada si anak yang menjadi rebutan.

"Bagilah aku dukung dulu.." kata Ayla Ayuni tidak puas hati apabila si kecil itu berada dalam dukungan Hanees Hafeera.

"Kau dah ada baby baru kan?Dukung lah anak kau tu.." balas Hanees Hafeera seakan tidak mahu lepas Syed Amirul Affandi.

Ayla Ayuni mula mencebik.Ye,dia juga telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki beberapa bulan yang lepas yang diberi nama Alif Azfan.

Azrif Ayril begitu teruja dengan kelahiran bayi lelaki itu.Dia sudah ada geng.Siapa yang tidak seronok kan?

"Aku nak dukung jugak.Nees,boleh lah.Kau datang-datang terus sambar Mirul ni.Bagi lah aku pulak.." ujar Nasya Eleena pula.

"Aku tak puas lagi lah,Sya.Mirul ni comel sangat.Muka dia banyak ikut laki Myra.."

Heidy Rykarl mula memandang isterinya.

"Sayang,Hazieq ni pun comel juga.Banyak ikut muka abang.Tak puas ke?" ujarnya sambil sempat menyindir isterinya.

Hanees Hafeera mula memandang wajah Hazieq Hilman yang duduk di atas riba suaminya.

Si kecil itu mula dihulurkan kepada Nasya Eleena.Nasya Eleena sudah tersengih melihat tindakan Hanees Hafeera.

Itulah galak lagi dengan anak orang.Bila suami sendiri bagi ayat sindiran baru nak sedar.

"Dear.." bisik Syed Affan sambil mencuit bahu isteri kesayangan.

Putri Amyra memandang wajah si suami.

"Apa?"

"Abang rasa dear kena pregnant semula lah.Tengok lah tu.Kesian baby kita jadi rebutan kawan-kawan dear.." kata Syed Affan yang masih dalam keadaan berbisik.

Lengan Syed Affan dijadikan sasaran.Putri Amyra mencubit mesra lengan suaminya.

"Abang,Myra ni pantang pun belum habis tau?Ada hati nak bagi Mirul adik.."

"Apa salahnya?"

Syed Affan tersengih nakal.

***

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now