part 57

15.2K 457 32
                                    

Ayla Ayuni memegang kepalanya.Dari semalam asyik berdenyut-denyut.

"Ayla,aku nak nasi lemak.Buatkan boleh?" pinta Azrif Ayril manja.

"Ye,aku buatkan.."

"Thanks.."

Ayla Ayuni mengangguk.Dia segera berlalu ke dapur.

Dia menyediakan bahan untuk membuat nasi lemak.Pelik dia dengan permintaan suaminya namun diturutkan sahaja.

Setelah beberapa minit,nasi lemak siap dimasak.Sambal udang juga siap.

Ayla Ayuni menghidangkan ke atas meja.Azrif Ayril sudah siap duduk di meja makan.

"Sejak bila kau pandai makan makanan berat waktu pagi ni?Nasi lemak pulak tu.." kata Ayla Ayuni.

"Tah lah.Semalam kat tv ada cerita tu dia makan nasi lemak so aku pon teringin lah nak makan.Nampak sedap je.Tu yang mintak kau buatkan.."

Ayla Ayuni hanya mendengar.Dia mencedok nasi ke pinggan suaminya dan juga sambal udang.

"Ayla,buangkan kulit udang tu.." pinta Azrif Ayril.

"Ni kenapa manja sangat ni?Selalu tak macam ni pon.."

"Ala,manja sikit pon tak boleh.Tak pe lah.Aku buang sendiri je lah.Kalau tak ikhlas tu cakap je lah!Aku boleh buat sendiri lah!"

Azrif Ayril pantas membuang kulit udang itu.Ayla Ayuni memerhati suaminya.

'Dia ni pahal?Pasal udang pon nak gaduh ke?Tak matang langsung!' getus Ayla Ayuni.

Ayla Ayuni bingkas bangun namun dihalang Azrif Ayril.

"Kau nak pergi mana?Teman aku makan!"

Ayla Ayuni kembali duduk.

"Makan lah.."

"Tak lapar.."

"Makan sekarang.Nanti kau sakit,aku pulak yang susah!Mengada!"

"Siapa yang mengada sekarang ni?Aku ke kau?" balas Ayla Ayuni geram.

'Dia yang mengada nak salahkan aku pulak!Huh..' getus Ayla Ayuni lagi.

Azrif Ayril yang sudah selesai makan terus beredar ke dapur untuk membasuh tangan.

Setelah itu,dia kembali ke hadapan.Dia mengambil beg dan kunci keretanya.

"Kau tak de kelas kan hari ni?Duduk rumah diam-diam.Kalau nak merayap,pastikan wasap aku dulu.Kalau aku tak bagi nasib kau lah.." ujarnya sebelum keluar dari rumah.

Ayla Ayuni yang masih belum siap makan hanya mendengar.Sakit hatinya dengan perangai suaminya itu.

***

"Azrif.." sapa Indah yang baru sampai di dewan kuliah itu.

Azrif Ayril hanya memandang Indah.

"Lepas habis kelas ni,I nak jumpa you boleh?I want to tell you something.."

"Important ke?" balas Azrif Ayril bersahaja.

"Penting,please.I janji tak lama pon.."

"Okay.."

Indah tersenyum.

Heidy Rykarl dan Nazrief Naufal hanya mendengar.Geram mereka dengan sahabatnya itu.

Suka sangat dengar kata-kata minah gedik itu.

Tepat jam 11 pagi,kelas tamat.

Azrif Ayril menunggu di luar dewan kuliah.

Indah tersenyum melihat Azrif Ayril menunggunya.

"Sorry,I'm late.." ucapnya.

"Cepat lah.Kau nak cakap apa?"

"Rif!Takkan kita nak bercakap dekat sini?"

"Habis tu kau nak cakap dekat mana?"

Mereka sampai di taman bunga atas permintaan Indah.

"Thank you sebab you sudi bawak I datang sini.." kata Indah.

"Kau boleh tolong cepat sikit tak?Banyak sangat lah iklan kau ni.."

"Okay.You ni rilek arhh.I ajak you datang sini sebab I..I nak ada kenangan dengan you.I tahu I dah salah jatuh cinta.I ni memang pompuan malang kan?"

"Apa kau merepek ni?"

"Rif,you dengar dulu.I love you so much.I love you.I tak boleh hilang you,Rif.You dah curi hati I.Tapi,I sedar diri I siapa.Ayla lagi better than me,right?I just want to say thank you very much because you lelaki first yang dah buat I jatuh hati kat you. I suka cara you.You jenis tak ambik kesempatan pada I.Maaf kalau selama ni I buat you tak selesa dengan I,tak suka dengan cara I.."

Indah mengalirkan air matanya.

"Indah,aku mintak maaf.Sepatutnya aku jujur dari awal perkenalan kita lagi.Aku mintak maaf sebab bagi kau harapan.Aku yakin kau boleh dapat lelaki yang jauh lagi better dari aku.Aku sentiasa akan doakan kau,Indah.Kita still kawan,kan?Dah lah jangan lah menangis.Tak comel dah.." pujuk Azrif Ayril.

"I comel?"

"Yea.You're so cute.."

Indah tersenyum.

"I doakan you semoga sentiasa bahagia dengan Ayla.Jaga dia baik-baik.."

"Thanks.."

"You're most welcome,Azrif Ayril.."

Jauh dari hati Indah,dia terasa bahagia walaupun lelaki di hadapannya ini bukan menjadi miliknya.

Ye,dia perlu lupakan lelaki yang bernama Azrif Ayril dan segera move on!

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now