part 8

21.8K 787 48
                                    

Azrif Ayril menyarung kemeja birunya.Rambutnya dirapikan.Dia keluar dari biliknya.

Dia turun ke bawah.Kelihatan Ayla Ayuni sedang bersarapan.

"Rif,tak nak sarapan ke?" soal Puan Rina.

"Err..Rif dah lambat lah,ma.Rif pergi dulu erk?"

"Pergi lah dengan Ayla.." ujar Encik Aril pula.

"It's okay,pa.Ayla pergi sendiri je.."

Ayla Ayuni menyalam Puan Rina dan Encik Aril.Dia menyarung kasut hitamnya.

"Rif jaga Ayla ehh?" kata Encik Aril.

Azrif Ayril mengangguk.Dia menuju ke sekolah.Tidak lama kemudian,dia sampai ke sekolah.

"Rif,lambat kau sampai?" kata Heidy Rykarl.

"Macam biasalah.Mana ada lambat.."

"Erm..macam mana kau dengan Ayla?Okay?" soal Adam Daniel pula.

"Macam tu lah.Dah lah aku nak bertugas.Korang bertugas,karang Cikgu Hamidi nampak aku juga yang kena.."

"Baik lah,KP Azrif.."

Azrif Ayril beredar dari situ.

"Rif.."

"Ehh,Wina.."

Syazwina senyum.

"Aku dengar kau dengan Ayla form 4 tu adik beradik tiri.Betul ke?"

"Erm..betul.Aku bertugas dulu ye.."

"Okay,jumpa nanti.."

Azrif Ayril hanya senyum kelat.

***

Tepat jam 1 petang,mereka pulang ke rumah.

Ayla Ayuni dan Azrif Ayril berlalu masuk ke rumah.

"Ayla.."

"Apa?"

"Sunyi je rumah.Mama dengan papa mana?"

"Mana lah aku tahu.Aku kan baru je balik ni.."

"Ye lah.Mana lah tahu papa ada bagitau kau pape ke pagi tadi.."

"Tak de.."

"Aku naik dulu lah.."

Azrif Ayril berlalu naik ke biliknya.

Ayla Ayuni juga begitu.Dia duduk di dalam bilik.Tiba disaat itu,fonnya berbunyi.

"Hello ni Ayla ke?"

"Ye saya.Kenapa?"

"Papa awak ada kat HKL sekarang ni.Papa awak accident.."

Terjatuh fonnya.Dia berlari mendapatkan Azrif Ayril.

Dia segera menterjah ke bilik lelaki itu.

"Ayla!"

"Rif.."

"Kau kenapa ni?"

"Pa..papa.."

Ayla Ayuni bagaikan rebah.Azrif Ayril sempat menangkap tubuh kecil gadis itu.

"Ayla,bangun.."

"Papa,Rif.." ujar Ayla Ayuni lemah.

"Kenapa dengan papa?"

"Papa dekat HKL.."

Terkejut dia mendengar kata-kata adik tirinya itu.Dia mula memikirkan keadasn mamanya.Dia berharap mamanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Kau duduk rumah.Aku pergi tengok papa.."

"No!Aku nak ikut!"

Mereka berlalu ke HKL.Mereka sampai di wad Encik Aril.

"Pa.."

Ayla Ayuni mendekati dirinya dengan katil papanya.

Encik Aril tersenyum melihat Ayla Ayuni dan Azrif Ayril.

"Pa,mama mana?" ujar Azrif Ayril sambil matanya meliar mencari mamanya.

"Mama..mama dah tak de Rif.."

"Hah?"

Azrif Ayril kehilangan kata-kata.Baru pagi tadi dia melihat wajah mamanya,peluk serta salam semasa hendak ke sekolah,tiba-tiba petang itu dia mendapat khabar yang mamanya sudah tiada.

"Ayla.."

"Pa.."

"Papa rasa.. papa dah..tak de masa,sayang.." kata Encik Aril tersekat-sekat.

"Papa jangan lah cakap macam tu.."

Air mata Ayla Ayuni deras jatuh.

"Rif..kamu..tolong jagakan.. puteri papa ye.."

Mata Encik Aril tertutup.

"Papa?Papa?"

Ayla Ayuni mengoncang tubuh papanya.

"Ayla!Enough!"

Ayla Ayuni tidak mengendahkan kata-kata Azrif Ayril.

"Ayla,dah lah tu.Papa dah tak de.."

"Kau tak faham!Aku tak boleh hidup tanpa papa!Kenapa papa tinggalkan aku?"

Azrif Ayril meraup wajahnya.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now