Ayla Ayuni turun ke bawah.
"Rif.." panggilnya.
Namun,tiada sahutan.
"Mana pulak dia ni?" soalnya sendirian.
Ayla Ayuni menjenguk ke luar rumah.
"Aik?Kereta pon tak de?Dia dah pergi ke?"
Dia kembali masuk ke dalam rumah.Telefon dicapainya.
"Hello,Nees.Weh,ambik aku.Rif tak de.Dia dah pergi kot.."
"Okay,aku on the way.."
Talian dimatikan.Tidak lama kemudian,kereta sahabatnya sampai.
Ayla Ayuni masuk ke dalam kereta.
"Sorry,weh.Aku susahkan kau pulak.." katanya.
"Susahkan apa pulak?Tak pe,tak susah pon.Rif pergi mana?" soal Hanees Hafeera.
"Tah lah.Aku turun je bawah tengok dia dah tak de.Dah pergi kot.."
"Awalnya?" kata Nasya Eleena pula.
Apabila sampai di universiti,mereka segera berlalu ke dewan kuliah.
Tepat jam 11 pagi,kelas pun tamat.Mereka bertiga bercadang ke perpustakaan.
Ayla Ayuni berlalu ke rak buku.Dibelek-beleknya buku yang ada disitu.
Sedang asyik membelek,dia terlanggar seseorang.
"Ya Allah,sorry.Saya tak sengaja.." ujarnya kalut.
"It's okay.Ehh,you ni adik Azrif kan?"
"Ohh,cik Indah.." ujarnya sambil cuba mengukir senyuman.
"Tak payah lah panggil I cik.Just call me,Indah.Tapi insya-Allah,nanti jadi Mrs Azrif ke kan?Mana tahu?"
Indah tersenyum.
"Dah lama ke awak kenal 'abang' saya tu?"
Hati Ayla Ayuni mula panas.
"Abang you tu sweet lah.I like him.Erm..tak de lah lama sangat.I masuk je universiti ni,lebih kurang seminggu macam tu kot,I terlanggar air dia.Tapi dia tak marah pon.Bahkan dia yang say sorry to me.Baik kan dia?" kata Indah lagi.
"Ohh,so sweet.." ujar Ayla Ayuni meluat.
"Ayla,kau buat apa tu?Kau cari buku ke bu.."
Kata-kata Nasya Eleena terhenti apabila terlihat Indah.
"Err..I have to go,by the way kenapa Rif tak datang kelas hari ni?" kata Indah lagi.
'Azrif tak datang kelas?' desis hati Ayla Ayuni.
"Erm..tak pe lah.I pergi dulu ye.." kata Indah kemudian beransur pergi.
"Kau borak apa dengan minah tu?" soal Nasya Eleena.
"Pertemuan dia dengan Azrif.Kau nak dengar?Sweet tau.."
"Kau ni.Jomlah.Hanees dah tunggu tu.."
Mereka berlalu ke meja.
"Amboi,korang?Bukan main lama lagi cari buku?Buku apa yang korang cari tu?" soal Hanees Hafeera tatkala melihat dua sahabatnya itu.
"Ni hah,si Ayla ni.Sibuk borak dengan si Indah tu.." cerita Nasya Eleena.
"Aik?Kau ni dah buang tabiat ke pergi borak dengan si Indah tu?" kata Hanees Hafeera pula.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...